16.

Fantasy Series 15969

"Lambatnya abang balik.." adu Husna setelah melihat Shah yang sudah pulang tadi selesai mandi.

"Hmm.. penat.. banyak kerja." balasnya malas.

"oo. Ye ke penat. Aang pergi ke mana? abang pergi istana ek?" Husna mula menyoal selidik Shah. Tak percaya. Manalah tahu suaminya itu ke lain.

Sebenarnya dia cemburu apabila terdengarkan dari kawan-kawan Shah mengenai puteri yang menyukai suaminya itu. Tak boleh! Bahaya!

"Kenapa banyak tanya pulak ni?" baju tidak dipakainya. Kain tuala dibawa bersama dan diberikan pada Husna yang duduk bersila di atas katil.

Duduknya dilabuhkan di birai katil, membelakangi Husna. Wanita itu pula sudah terbiasa dengan keinginan si suami terus mengeringkan rambut Shah lembut.

"Orang tanya je." gumamnya perlahan dari belakang. Muncung bibir itu apabila soalannya tidak dijawab.

"Aku ke pelabuhan.. bukan ke istana. Aku tak suka ke sana. Kelmarin pun sebab kau, aku terpaksa ke sana." ujar Shah menjawab perlahan.

Kedua bahu Shah terus dipegang Husna dari belakang sambil menjenguk ke depan. Manja.

"Betul ni? Sebab Una? Eee! Sukanye! Hehe.. Husna tau abang sayang Una kan.. kan.." digeselkan wajahnya pada batang leher Shah sambil memeluk batang leher itu dari belakang.

Entah mengapa, dia terasa mahu bermanja pula dengan Shah. Lelaki itu kekal beku tetapi dia tak kisah.

Biarlah dia yang memulakan langkah, lagipula dengan suami sendiri bukannya orang lain.

"Abang.. Abang dah makan? Petang tadi Una pergi jalan-jalan, dapat kawan-kawan dekat sini.. best sangat! Orang kampung pun semua baik-baik." beritahunya tanpa dipinta.

Sememangnya itulah rutin hariannya. Dia tahu Shah mendengar walaupun lelaki itu tak memberikan sebarang reaksi kadang-kadang. Sombong!

"Hmm.. aku dah makan. Baguslah kalau kau suka." ujar Shah seperti tidak berminat.

"Okay dah siap. Kejap Una sikatkan rambut abang.." sikat kayu berukiran yang ada di dalam almari diambilnya sebelum duduk bersila di hadapan Shah.

Rambut hitam lembut itu disikatnya perlahan sambil bertanya..

"Amm.. bang?"

"Hmm.."

"Una terfikirlah tentang hubungan kita. Kenapa abang nak nikah dengan Una? Sedangkan abang tak kenal Una pon." soalnya polos.

Sengaja pandangan dingin Shah yang sedang memandangnya itu dielak. Pura-pura ralit menyikat rambut lebat si suami.

"Sebab.."

??? Terdiam mereka berdua seketika. Husna merengus geram.

"Hish! Sebab apa? Abang ni cakap tak habis-" kata-kata Husna dipintas,

"Aku sunyi."

Mata mereka bertentangan, kedua tangan kecil pucat milik Husna dipegangnya sambil menunduk. Diramas-ramasnya perlahan.

"Aku sunyi." ulangnya perlahan.

Sayu? Abang sedihkah?

"Hmmm..bang. Una nak tanya ni, abang takde family ke? Mana keluarga abang? Abang tinggal seorang je selama ni?" disoalnya berkali-kali. Teruja ingin tahu tentang si suami.

Selama ini tak pernah pun dia bertanyakan soal Shah. Dia tak mengenali langsung suaminya itu. Jadi biarlah mereka perlahan-lahan menjalinkan hubungan yang sebenar-benarnya.

Lagipula Husna yakin, Shah seorang lelaki yang baik.. suami yang baik! Dia tak akan mensia-siakan Shah.

"Aku ada keluarga.. tapi semuanya dah tak ada sekarang." balas Shah lemah sebelum mengeluh berat.

Tangan Husna tadi dilepaskannya sebelum mengesot ke bantal tidurnya. Kepala dilabuhkan tanpa menghiraukan Husna di hujung kakinya, masih menunggu cerita.

'Macam mana aku boleh terlajak beritahu dia pasal diri aku? Dia bukan sesiapapun.. kenapa hati kau lemah sangat dengan dia ni Shah?' monolog Shah sendirian.

"Sorry sebab ganggu abang.." ucap Husna perlahan, menunduk wajah itu bermain dengan jari-jarinya di bawah.

Shah hanya mengerling sekilas pada budak merajuk itu sebelum kembali memejam mata.

Tiba-tiba, seseorang menghampirinya. Kepala dilabuhkan pada perut Shah sambil menarik sebelah tangan lelaki itu ke dalam pelukannya.

Pandangan mereka bersabung..

"Una tak akan tinggalkan abang.." kata-kata si isteri membuatkan Shah meneguk liur kasar.

"Kenapa? Sebab kau terikat dengan aku?" duga Shah pula.

Kabut Husna bangun semula sebelum menggeleng pantas.

"Bukan bukan bukan. Mana ade.. Una ta-tak cakap macam tu! Una tak akan tinggalkan abang bukan sebab tu." nafi Husna kalut.

Comel. Tersenyum nipis Shah.

"Habis tu? Sebab apa?" soalnya lagi.

Sebelah tangannya yang dipegang Husna hanya dibiarkan saja dimain jari-jemari kasarnya. Ralit wanita itu berfikir.

"Hmm.. nampaknya betul lah ni." keluh Shah perlahan, mata dipejamnya semula. Sengaja mahu memaksa Husna.

"Sebabnya Una dah jatuh sayang dekat abang.." Merah wajah putih itu menatap wajah dingin Shah ragu-ragu. Marahkah lelaki itu dengan pengakuannya?

Tajam saja pandangan itu padanya, bagai mahu ditelan saja. Husna hanya mengakukan diri.

Beberapa saat berlalu tanpa sebarang kata membuatkan Husna memecah kesunyian,

"Hehehe.. sorry bang pasal tadi. Abang lupakan jela, tak penting pun. Dah la tu, ah ni.. Una nak tanya abang tentang pelabuhan tu. Bile abang nak bawak Una ke sana? Seronok tak?"

Bantalnya ditepuk-tepuk seketika, pura-pura biasa, sebelum membaringkan diri. Cuba berlagak selamba. Bagai kata-katanya tadi hanyalah sekadar gurauan saja.

Sebenarnya hatinya agak terasa dengan reaksi Shah. Tidakkah lelaki itu punya perasaan yang sama dengannya?

"Biase saje. Tak ada apa-apapun yang menarik." Balas Shah tanpa membuka mata.

Dirasakan dadanya dicuit beberapa kali, mata dibuka memandang Husna dengan kening terangkat malas.

"Hmm.."

"Una teringin nak pergi jalan-jalan la bang.. Boleh tak? Kita berdua.." pintanya manja.

Wajah sengaja dicomelkan dengan tangan yang tak henti melukis-lukis di dada terdedah si suami di sebelah. Taktik!

"Hmm.. yela aku benarkan. Esok kau ikut aku ke pelabuhan. Aku perlu pergi lagi." beritahu Shah.

"Yes! Boleh la Una beli-beli barang dekat sana.. yeay." gembira saja si isteri kurang matangnya itu menjerit keriangan.

Terangkat hujung bibirnya tersenyum tapi cepat saja dikawal agar tidak kelihatan. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

"Oh ye.. Husna." panggilan Shah menarik perhatian Husna. Wajah di atas lengannya di sebelah itu memandangnya polos.

"Ye? Abang nak cakap ape-ape ke?" soal Husna. Ingin tahu.

"Aku ada belikan kau sesuatu tadi.. tu. Dalam karung yang tergantung tu. Kau lihatlah." tak sampai sesaat pun selepas kata-katanya, Husna terus meloncat pergi mengambil karung kecil sebesar tapak tangan yang tergantung di belakang pintu bilik.

"Wahh.. abang belikan Una apa ni? Tak sabarnye." gedik.

Dia duduk kembali bersebelahan Shah yang masih berbaring di atas katil setelah mengambil karung tersebut.

Dibuka simpulan tali ringkas itu sebelum dibawa keluar sesuatu. Seutas rantai berbatu jed yang amat menarik pada pandangannya.

"Uwaaaah.. cantiknya bang.. mesti mahal kan? Abang, abang.. bangunlah. Pakaikanlah untuk Una. Abang ni tak sweet betul la. Bang!" lengan Shah digoyang-goyangnya mengada.

"Ish.. kau ni mengadalah!" walaupun mulut merungut, Shah masih juga bangun dari baringannya.

Tubuh si isteri dikalihkan membelakanginya dan tanpa banyak perangai, Husna terus berpaling teruja.

Terbit senyuman Shah dalam diam. Suka dia melihat wanita itu amat suka dengan pemberiannya. Terasa dirinya amat dihargai.

"Kau suka?" soalnya sengaja.

Tahu wanita itu sukakan hadiahnya tetapi tetap juga ditanyanya. Mahu melihat reaksi wanita itu lagi. Bahagia..

"Hadiah yang abang bagi.. semuaaaa Una suka! Terima kasih bang.. Una suka sangat rantai ni. Cantik." puji Husna melambung.

Rantai di lehernya ditilik-tilik sambil sesekali kerling, mencuri pandang Shah di sisi.

Sudah alang-alang dia mendapat hadiah daripada si buah hati, ditanam juga tebu di tepi bibir untuk mengambil hati si beku itu. Harap-harapnya suaminya itu akan lebih menyayangi dia.

"Hmm.. baguslah." senyuman disembunyi daripada dilihat Husna. Bantal ditepuk-tepuknya sebelum merebahkan tubuh seperti tadi dengan mata tertutup.

Berpura-pura mahu tidur.

Senyuman tak lekang di bibir Husna melihat telatah Shah. Dia nampak senyuman lelaki itu tadi walaupun timbul hanya beberapa saat.

Itupun sudah cukup membahagiakan dirinya.

Husna turut membaringkan diri bersebelahan Shah seperti kebiasaan.

Lengan lelaki itulah pelapis kepalanya yang paling selesa, tubuh keras itulah bantal peluk kegemarannya dan haruman maskulin lelaki itulah yang amat disukainya.

Pipi Shah dikucupnya sekilas sebelum menutup mata dengan senyuman, "Selamat malam abang." ucapnya perlahan.

Dengan keadaan selesa, sekejap saja Husna hanyut dibuai mimpi. Dengkuran halus kedengaran tak lama selepas itu, menampar-nampar gegendang telinga Shah yang masih belum melelapkan mata.

Terus saja matanya terbuka, mengerling ke sebelah. Senyuman terukir tanpa dipinta. Tubuh dibawa mengiring menghadap Husna.

Dimain-mainkan rambut hitam panjang yang terurai itu dengan jari-jemarinya. Sesekali dia mengusap lembut kulit wajah dan tangan Husna sambil menilik wajah itu leka.

"Aku tak tahu kau dari mana. Aku tak kenal kau.. aku tak tahu apa-apapun tentang diri kau yang lepas." wajah polos itu ditatapnya redup.

"Tapi yang aku tahu, kau dah isi kekosongan dalam hidup aku. Hadirnya kau membahagiakan dan menggembirakan hari-hari aku." dahi licin itu dikucupnya sekilas.

"Akan aku pertahankan kau. Dari apa-apapun. Sebab kau milik aku.. kau isteri aku, Husna." dibisiknya perlahan seorang diri di dalam kesamaran malam itu.

Dia tak akan benarkan sesiapapun mengambil wanitanya. Akan dia bawa perempuan itu lari jika keadaan memaksa.

Peristiwa di pelabuhan sebelum dia pulang tadi terimbau kembali.

~~~~~~~~~~~~~~~

Sedang dia memantau pelabuhan pedagang cina dan jepun, seseorang menegurnya.

"Tuan Shah." panggilan seseorang dari belakangnya membuatkan Shah menoleh.

Kening terangkat dengan wajah tak berekspresi.

"Apa yang kau mahukan Karim?" soal Shah dingin.

Lelaki awal 40an berbadan sasa dan berkulit hitam manis itu diiringi dua orang bawahannya di belakang, merapatinya.

"Kau boleh beredar dari sini. Aku akan jagakan pelabuhan." ujar Karim, tersungging senyumnya. Sinis.

Lelaki itulah pahlawan istana yang amat digeruni. Ketegasan, kekuatan dan kepatuhannya pada keluarga diraja membuatkan Karim memperoleh pangkatnya kini.

Laksamana.

Tsk.

"Ini tugas aku. Mengapa kau mahu mencampuri tugasanku pula?" soal Shah lagi. Berura-ura mahu beredar.

"Shah, tunggu. Ini adalah arahan tuanku mahkota. Tuanku mahukan kau bertemunya di kapal dari Arab sekarang. Di bilik cukai." beritahu Karim lagi.

Shah menoleh seketika, bertentang mata dengan Karim bagaikan memikirkan sesuatu tetapi tidak dia ucapkan. Sukar untuk meneka apa yang bermain di fikiran lelaki itu.

Hanya kepala saja yang diangguk memahami sebelum mahu beredar.

"Baiklah. Kau jagakan tempat aku." tanpa mendengar balasan dari Karim, dia terus menoleh dan berlalu pergi ke kapal pedagang Arab selang beberapa buah kapal dari dek dagangannya.

Shah merengus geram, apalah yang budak mentah itu mahukan daripadanya? Sudahlah Yuzuf, si adik, mahukan Husna. Kini abangnya pula mencarinya.

Memikirkan saja hal itu membuatkan Shah rasa bagai mahu tumbuk saja wajah kedua putera itu. Sial belaka!

Dengan langkah lajunya, dia sampai betul-betul di hadapan pintu cukai pedagang Arab tanpa sebarang bunyi derapan kaki pada lantai kayu itu.

Baru saja dia mahu meloloskan diri ke dalam, perbualan di dalam menarik perhatiannya.

Telinga ditekapkan pada belahan pintu yang tertutup, dengan harapan agar dia dapat mendengar perbualan orang yang bagaikan separa berbisik itu. Dan dia berjaya mendengarnya.

"Tuanku pastikah mahu berbuat begitu? Tuan Shah itu bukan calang-calang orang.. patik risau dia akan buat sesuatu jika tahu akan perkara ini." suara seseorang menyapa pendengarannya.

Siapa lagi jika bukan orang kanan bendahari negeri tersebut. Fazil.

Lelaki sebaya Shah yang bertanggungjawab mengira cukai bagi setiap pedagang berdasarkan negara dan bahan dagangan masing-masing.

Tetapi apa yang mereka cuba rancangkan ini?

"Beta yakin dengan rancangan ini. Tuan hamba hanya perlu menyuruh Tuan Shah lakukan pemeriksaan mata wang esok dan cuba buatkan dia berlengah daripada pulang ke rumah sebelum senja." suara seorang lagi kedengaran.

Tersungging senyum sinis Shah sambil menggeleng perlahan. Tak percaya.. sungguh dia tak percaya.

Tuanku Sallehudin, putera mahkota negeri dan merangkap rakan segurunya mahu merancang sesuatu untuknya?

Adakah lelaki itu ada kene mengena dengan adiknya, Tuanku Yuzuf?

"Baiklah Tuanku. Patik akan cuba lengahkan masa dan timbulkan sedikit masalah esok supaya Tuan Shah akan lambat pulang. Tetapi.. apa yang tuanku mahu lakukan sebenarnya?" Fazil menyoal juga ragu-ragu dengan sengihan.

Sifat ingin tahunya memakan diri apabila dipandang tajam Tuanku Salleh.

"Tuan hamba tak perlu tahu urusan beta! Lakukan saja!" keras suara itu memberi arahan walaupun perlahan. Penuh ketegasan.

"Ampun tuanku. Ampun." tertunduk-tunduk Fazil kesal. Baru saja dia mahu membuka muka pintu, bunyi tapak kaki daripada koridor kapal membuatkan dia saling berpandangan dengan Salleh.

Tuanku Salleh mengangguk, memberi isyarat. Fazil turut membalas dan berpura-pura mahu kaluar dan dia bertembung dengan Shah di muka pintu.

"Tuan Shah. Jemputlah masuk. Tuanku Salleh ada di dalam." Hormat saja tutur katanya pada si rakan.

Shah sekadar mengangguk perlahan tanpa memandang Fazil dan terus meloloskan diri ke bilik tersebut.

Pintu ditutup oleh Fazil daripada luar. Kini tinggallah mereka berdua saja dalam bilik tersebut.

Lelaki bermisai dan berjambang nipis kemas itu dilihat Shah dengan pandangan dingin. Tiada sepatah suara yang keluar dari kedua mulut mereka buat seketika.

Sallehudin Awwal, tuanku putera mahkota. Mereka punya masa silam remaja yang cerah dan gelap bersama.

"Nampaknya kau kemari juga. Beta ada perkara mahu katakan pada kau." akhirnya Salleh memulakan perbualan. Memecah kesunyian.

"Apa yang kau mahu katakan?" soal Shah malas. Wajah kosong ditayangkan tanda langsung tidak berminat dengan apa yang bakal diperkatakan lelaki itu.

Salleh ketawa sinis melihat reaksi megah Shah.

"Kau memang tidak berubah bukan? Masih lagi berlagak dan megah seperti dulu.. Kau sepatutnya sudah sedar akan kedudukan kau dengan beta." ucap Salleh pula.

Shah mengeluh berat. Makin lamalah perbualan mereka. Sudahlah dia malas mahu bersua muka dengan lelaki bertopeng ini.

"Apa yang penting sangat hingga kau panggil aku ke mari? Aku sibuk. Jika tiada yang penting, aku mahu beredar." ucap Shah pula, masih dengan dinginnya.

Tidak akan dia senyum sekalipun apabila bersama dengan lelaki ini. Hipokrit.

"Esok aku mahu kau uruskan pelabuhan para pedagang. Aku tak mahu ada sebarang kecurian mahupun penyeludupan di sini. Ayahandaku mahu melihat-lihat pelabuhan dua hari lagi. Jadi aku mahu kau sentiasa awasi di sini."

Ujar Salleh tenang. Wajah Shah diperhatinya kosong. Dia tahu lelaki itu tidak akan kisah jika tugasan yang diterimanya sukar.

"Boleh atau tidak?" keningnya terangkat sombong, bertanya.

"Baiklah." balas Shah sepatah sebelum terus.berlalu pergi tanpa pamitan. Pintu ditutupnya kembali cermat dan berjalan keluar, melakukan kerjanya balik.

Tersungging senyuman lebar Salleh sambil membuang pandangan ke luar tingkap kapal. Jambang nipis kemasnya diurut-urut sambil memikirkan hal esok.

Senanglah dia mahu ke kediaman lelaki itu nanti. Mengapa?

Kerana dia dengki. Sifat dengkinya makin mendalam pada lelaki bernama Umar Shah itu.

Dia tidak suka Shah yang dianggap lebih segala-galanyanya daripada dia. Lelaki itu lebih kacak, lebih handal, lebih terkenal, sering dipuji-puji.. disukai ramai.

Argh! Mengapa yang baik-baik saja yang ada pada lelaki itu? Dia bencikannya!

Sudahlah Puteri Fasihah, tunangannya kini menyukai Shah dan wanita dambaan hati si adiknya pula adalah isteri lelaki itu.

Dia tidak faham mengapa lelaki itu mampu dapat apa yang mereka tidak boleh! Dia juga teringin benar mahu bertemu Husna, wanita yang digilai Yuzuf sehingga sanggup memperkenalkan wanita itu kepada kedua orang tuanya.

Khabar angin mengatakan wanita itu adalah jelmaan bunian di hutan yang sesat di dunia manusia. Itu bukan suatu mitos. Bunian itu wujud. Dia juga yakin akan hal itu.

Jika dia mampu mendapatkan Husna, dia akan peroleh wanita tercantik dan unik sebagai isterinya. Puteri Fasihah? Lantaklah wanita itu! Dia bukan sukakan wanita sombong itu pun.

'Aku mahu lihat dia dahulu dengan mata kepala aku. Jika dia seperti yang diperkatakan khabar angin, aku teringin mahu memperisterikannya.. ayahanda juga pasti setuju dengan permintaanku. Dia tidak pernah membantah jika mampu mendapatkannya untukku.'

Tersenyum Salleh seorang diri sambil sesekali dia ketawa sendirian bagai orang kurang waras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience