13.

Fantasy Series 15969

"Kau duduk di rumah elok-elok. Itu.. dia akan ikut kau jika kau mahu ke mana-mana nanti." tunjuk Shah pada harimau kumbang di tepi rumah itu.

Segala keperluan pada tubuh kudanya diperbetulkan kedudukannya sebelum beralih pada Husna di belakang.

"Ish abang ni! Una dah bagi nama kan semalam. Nama dia tompok.. bukan dia, dia.. Tompok!" ujar Husna menekankan nama itu pada Shah.

Lelaki itu mengangkat sebelah keningnya, sinis.

"Apa-apa sajalah. Kau jika mahu keluar, kunci pintu dahulu. Jangan senja baru pulang, ini duit untuk kau. Belilah apa-apa jika kau lapar." seguni sebesar tapak tangan diserahkan pada Husna.

Dia berpaling sebelum mahu menunggung si hitam, tetapi tarikan manja pada bajunya menyebabkan perbuatannya terhenti.

Dia menoleh dengan dingin,

"Apa?" soalnya.

"Abang pulang awal boleh? Una ingat nak masak je dekat rumah.. kita makan sekali, boleh?" pintanya berharap.

Wajah comel dengan mata sengaja dikerdipkan beberapa kali ditayangkan, memujuk.

Lelaki itu menatapnya diam, sebelum..

"Hm.." melarikan pandangan daripada Husna, dia terus kembali menunggang kuda tingginya.

Husna hanya berdiri, menghantar pandangan pemergian si suami pada awal pagi itu.

"Aku pergi dulu." ujarnya perlahan sekilas memandang wajah Husna.

Wanita itu mengangguk polos membalas. Tetapi baru beberapa langkah kuda Shah berjalan, tali pada leher si hitam ditarik Shah agar berhenti.

"Aku lupa sesuatu." ujarnya lagi sambil memandang Husna tanpa perasaan.

"Hum?" bingung wajah comel itu menatapnya.

"Sini. Rapat." panggilnya tak ramah. Dia berdehem sesekali semasa si isteri merapati.

"Abang nak ap-" Wanita yang hanya separas pehanya itu ditarik merapati sebelum menunduk, mengucup sekilas bibir kemerahan itu.

Huh? Terkedu.

"Jaga diri. Nanti aku pulang makan malam." Shah menggosok kepala Husna yang memandangnya gamam. Terpaku.

Comel.

Hidung si isteri dicuitnya sedikit, menyentakkan Husna dari lamunan sebelum Shah mengukir senyuman kecil.

"Jangan berangan sangat hmm?" ujarnya sedikit ramah.

Tali yang dipegangnya disentak sedikit kuat dan si hitam mula melangkah laju, berlari meninggalkan Husna di hadapan rumah.

Memerhati kelibat itu hingga hilang dari pandangannya.

"OMG. OMG. OMG. OMG! Abang kiss aku tadi? Biar betul.. Eee! Bestnya!" menggeletik dia kegedikan seorang diri di situ sambil menekup muka. Teruja!

Laluan yang dilalui si suami tadi dilihatnya, 'Una tunggu abang balik.' gumam hatinya sambil melangkah semula ke dalam rumah.

Rambutnya diperkemaskan ikatan dan disalin kepada pakaian yang lebih sesuai, dia mahu bersiar-siar melihat kawasan sekeliling.

Lagipula kata Shah, dia tak perlu risau apabila berjalan-jalan sendirian kerana harimau kumbang belaan lelaki itu akan mengikutinya ke mana saja.

Husna juga sudah tidak takut dengan si kucing besar hitam yang diberi nama Tompok itu apabila mula rapat dengan kucing itu semasa menemani Shah yang merokok di luar beranda rumah.

"Jom Tompok! Kita pergi jalan-jalan!" riang saja suaranya bertutur. Mengajak Tompok jalan bersamanya.

Hari ini dia mahu beramah-mesra dengan warga kampung dan dapatlah juga dia menambah kenalan di situ.

Wang di dalam guni yang diberi Shah tadi dilihat sekilas. 20 keping syiling timah.

Dia pun tidak pernah tahu cara jual beli di situ, jadi harap-harapnya dia mampu berjimat-cermat nanti.

~~~~~~~~~~~~~~

Shah tiba di pelabuhan kerajaan itu. Kapal-kapal dagang daripada negara-negara luar berlabuh di pelabuhan negeri itu dipantau.

Dipastikan tiada yang terlepas daripada membayar cukai, tiada yang menipu dalam urusan jual beli begitu juga barang seludupan.

Kuda dia tinggalkan di bawah, kaki dibawa naik ke atas pelabuhan besar. Berkawal dan berjaga.

Pedagang dari Cina, Jepun, Arab dan beberapa lagi negara diperhati memaparkan barang dagangan mereka untuk urusan pembelian secara besar-besaran.

Para pedagang ramai berkumpul di pelabuhan utama itu bagi memenuhi keinginan sendiri.

Shah sambil-sambil berjaga tertarik apabila terlihatkan sesuatu pada salah seorang para pedagang Jepun.

Hamparan hasil dan meja yang dipenuhi pelbagai barangan itu dihampirinya. Terdapat juga beberapa orang warga luar di situ, melihat-lihat dan berbual bersama jurujual bahasa Melayu.

Pada tika itu, sememangnya bahasa Melayu merupakan bahasa utama perdagangan di kawasan Nusantara.

Sesiapa yang ingin menjalankan urusan perdagangan di sana perlulah tahu akan bahasa itu sebagai bahasa perhubungan.

"Tuan?" jurujual itu menegurnya ramah.

Shah hanya mengangguk sekilas sambil meneliti barangan kemas itu. Sebelum ini tidak pernah dia membawa Husna ke pelabuhan.

'Mesti dia suka..' desis hatinya sendirian apabila teringatkan wanita mengada itu.

Sebiji batu bewarna biru kehijauan yang berbeza daripada yang lain itu diambil dan diusap permukaannya. Tertarik.

"Aku mahukan ini. Berapa kau boleh berikan pada aku? Akan aku bayar." ujarnya pada si penjual.

"Jika tuan mahukannya.. saya akan berikan pada tuan tanpa sebarang bayaran." jurujual itu mula tersenyum senang padanya.

"Tidak perlu. Aku akan membayarmu." melihatkan gelengan daripada si penjual, Shah mengeluarkan beberapa keping syiling perak sebelum diberikan pada lelaki tua itu.

"Ambil. Aku tak suka berjasa." ujarnya dingin sebelum kembali menjalankan tugas.

Batu itu disimpannya cermat di dalam kocek. Dia sudah terbayang wajah orang rumahnya apabila dia memberikan wanita itu hadiah ini nanti.

'Aku harap dia akan sukakannya..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience