"Abang.. Una perlu pakai pakaian macam mana ye? Kalau kain batik dengan kebaya ni boleh tak?"
Sehelai kebaya kosong bewarna krim dengan sedikit sulaman pada hujungnya bersama kain batik coklat kehitaman itu ditunjukkan pada Shah.
Hari ini dia akan mengikuti lelaki itu ke pantai, ke pelabuhan!
"Hmm.. boleh. Pakai selendang kau. Jangan terlalu berlebihan. Aku tak suka." kata Shah sambil menyinsing sedikit lengan baju yang dipakainya.
"Okay.." tanpa membuang masa, kain batik yang diselit di pinggangnya terus dilucutkan dari tubuh walaupun Shah masih berada di dalam bilik itu. Sengaja!
Shah yang menghadap cermin mengerling pada Husna yang sudah separa bogel di belakangnya.
"Abang.. kita tak sarapan lagi. Una laparlah nanti." adu Husna sambil membuka baju kurung kedah yang singkat daripada tubuhnya pula.
Wajah Shah pada cermin tidak dilihatnya kerana dia tahu lelaki itu sedang mencuri pandang padanya kini.
Lelaki.. senang saja pemikiran mereka. Walaupun bagi seorang Shah.
"Dekat sana mesti ramai orang kan? Una nak duduk mana nanti? Ikut abang je ke?" soal Husna sendirian. Bagai berbual sendiri pula.
Shah bagai kejung, tak mengalihkan tubuh, pandangan mahupun bersuara menjawab soalan-soalan Husna.
Halkum jantannya naik turun entah ke berapa kali meneguk liur. Setiap lekuk tubuh itu mengiurkannya.
Terasa sesuatu yang lain pada pemikiran dan refleks tubuhnya.
Husna selamba saja dengan hanya berpakaian bedung pada dada dan seluar dalam duduk di birai katil.
Kain batik yang dibawa keluar bersama baju kebaya tadi dipakainya perlahan.
Sengaja matanya tak mahu bertentang mata dengan Shah. Biar lelaki itu tergoda dengannya.
"Abang.. kenapa diam je? Una macam cakap sorang-sorang dah ni." adunya lagi.
Kebaya dipakainya dan berlalu di hadapan Shah di cermin untuk menyanggul rambutnya kemas.
"Ta-tak ada apa-apalah. Kau tu lambat sangat.. cepatlah sikit." ujar Shah seraya mengalihkan pandangan apabila tersedar akan kelakuannya.
Kaki laju saja melangkah keluar tanpa apa-apa kata. Husna tersenyum sendiri.
'Malulah tu..'
Rambut panjangnya disanggul dan dicucuk dengan satu aksesori kayu agar kedudukannya tetap.
Selendang bewarna putih diletakkan di atas kepalanya dan berlalu keluar, menuju ke arah Shah di luar.
Lelaki itu sudah siap sedia menunggunya di tepi kuda. Apabila melihat Husna yang mahu menuruni tangga selepas mengunci pintu, Shah pantas merapati dan menghulurkan tangan, ingin membantu walaupun tidak perlu.
Dengan senang hati, huluran tangan Shah disambutnya juga dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Dipimpinnya si isteri menuruni anak tangga dan diberikan sandal Husna betul-betul di kakinya.
Bagai kanak-kanak pula diperlakukan Shah. Caring sangat!
"Terima kasih." ucap Husna suka. Lebar saja senyumannya apabila Shah masih tak melepaskan tangannya, ditarik Husna mengikuti langkahnya.
"Kita tak naik kereta kude ke?" soal Husna polos apabila melihat hanya ada kuda hitam Shah saja di halaman rumah.
"Tak. Kau naik dengan aku saja." tutur Shah dingin.
Kuda padi dominan berkacukan itu dinaikinya mudah. Tali dipegang agar si hitam tidak berganjak sebelum menunduk ke Husna di tepi.
Huluran tangannya disambut Husna dan diangkat lelak itu mudah. Didudukkannya mengiring, rapat bersama Shah di atas pelapik yang disediakan agar tidak sakit semasa menunggang kuda.
Kain Husna yang menampakkan bahagian lutut diperbetulkan Shah hingga tertutup hampir ke buku lali.
Baju Shah dipegang Husna manja, suka sangat apabila lelaki itu melingkarkan tangan kirinya pada tubuhnya agar tidak terjatuh.
Tali pada kudanya dihentak sedikit kuat dan kudanya mula berlari biasa, mengikuti laluan yang sudah biasa diikuti si tuan.
Husna dan Shah hanya diam saja sepanjang perjalanan yang tidak seberapa jauh itu.
Hampir dua puluh minit kemudian..
Pandangan dibuang Husna melihat sekeliling apabila tiba di suatu kawasan yang mulai ramai orang.
Sepertinya pasar juga tetapi penuh dengan orang asing. Barangan yang dijualnya juga bukan daripada Tanah Melayu saja, tetapi daripada pelbagai tempat.
Tahulah Husna bahwa dia sudah hampir ke pelabuhan apabila pada hujung pandangan, sudah dia lihat pesisir pantai dan kapal-kapal dagang yang besar-besar belaka.
"Uwahhh.. dah macam filem Pirates Of The Carribean la bang.. banyaknye kapal." ujar Husna teruja.
Duduknya diperbetulkan tegak dan memerhati sekeliling jakun. Berapa lama agaknya dia hanya tinggal di kampung itu saja.
Shah pula tayang wajah ketat saja kerana banyak mata-mata yang memandang apabila dia membawa seorang wanita bersama.
Dia membawa Husna bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk keselamatan wanitanya dan cuba dia elakkan permasalahan dengan adik-beradik putera diraja itu. Memang menyusahkan!
"Abang.. Una nak tu boleh tak? Lapar.." ujar Husna manja, memujuk.
Sepertinya sebuah gerai dengan pelbagai barangan dan buahan dipamerkan oleh orang Cina.
"Nak apa?"
"Anggur dengan melon.." ucapnya manja, memujuk.
Mata sengaja dikebil-kebilkan apabila melihatkan wajah Shah yang berkerut bagai mahu marah saja.
"Kata lapar.. makan bende lain sajalah." ucapnya datar. Kuda masih terus berjalan tanpa berhenti.
"Ala.. dah lama Una tak makan buah tu.
Please abang.." digoyang-goyangkan baju lelaki itu lagi dengan wajah mengharap.
"Kau boleh diam tak? Lain kali kau tinggal sajalah di rumah. Bising betul." balas Shah malas. Wajah ketatnya bertambah-tambah ketat memandang Husna yang degil.
Memuncung bibir gadis itu dengannya. Kepala dibawa jatuh beberapa kali. Mengangguk.
"Maaf." ucapnya perlahan, hampir tak kedengaran.
Husna diam tidak bersuara langsung seperti tadi. Tangan yang memegang baju Shah tadi pun dilepaskannya dan memeluk tubuh sambil memandang ke tepi.
Tidak mahu memandang Shah mahupun berkata apa-apa. Protes!
Seminit.. dua minit.. tiga minit..
'Aduh.. merajuk pulak ke? Aku cuma cakap macam tu pon nak merajuk? Lemah betullah aku dengan orang macam ni..' monolog Shah sendiri.
Wajah ketat Husna di dadanya dicuri pandang sesekali.
'Haish.. ketat semacam je muke minah ni. Sah merajuk teruk ni.' keluh Shah berat.
Tak seberapa lama kemudian, mereka tiba di hadapan pelabuhan. Seorang lelaki kampung menghampiri dan mula memegang kuda hitam yang ditunggang mereka.
"Tuan Shah.." tunduk lelaki muda itu sedikit, tanda menyapa si tuan.
Shah tak membalas. Setelah tali kuda diikat lelaki itu pada palang kayu, Shah turun daripada kuda tetapi sebelah tangan masih memegang pinggang Husna di atas.
Dipimpin si isteri turun berhati-hati. Walaupun masih merajuk, Husna menerima juga bantuan Shah dengan wajah masam.
Tanpa disengajakan, kain batik yang dipakai Husna tersingkap hingga ke lutut. Memperlihatkan betis bunting padinya.
Bulat mata Alim melihat keindahan di depan matanya. Cepat saja ditutup Shah apabila menyedari mata-mata sekeliling yang memandang mereka.
"Mari ikut aku. Aku perlu berjaga di atas." ajak Shah pada Husna datar.
Geram saja dia dengan pandangan orang sekeliling, tetapi Shah abaikan. Tak mahu menimbulkan masalah.
Husna ditarik tangannya mengikuti langkah Shah agar tidak terpisah kerana ramai orang di dek, turut mengadakan urusan jual beli.
Walaupun merajuk, Husna masih tidak mahu berenggang dengan Shah kerana berasa tidak selamat di tempat baru itu.
Lengan Shah dipeluknya sebelah sambil berjalan rapat di sebelah. Shah membawa Husna hingga ke bahagian dalam kapal.
Dan mereka tembus pada bahagian luar bagaikan balkoni besar yang sedikit tinggi, memandangkan mereka mendaki tangga semasa di dalam tadi.
"Kau duduklah dulu di sini. Lihat-lihat. Nanti aku kembali." arah Shah sebelum mahu pergi.
"Aaahh.. abang nak tinggal Una sorang-sorang?" rengek.Husna tak mahu.
Sudahlah dia ditinggalkan seorang diri, banyak mata yang memandang.
"Aku akan kembali segera. Kau lapar bukan? Nanti aku bawakan makanan. Tunggu." arah Shah dan pergi tanpa menoleh lagi.
Dia membeli entah berapa jenis makanan yang pelbagai dan tidak lupa juga buah-buahan yang dimahukan wanita itu.
Semasa dia kembali ke balkoni di bahagian atas kapal, kelihatan Azal dan Imran, rakan-rakannya sedang berbual bersama Husna. Kelibat Rakib tidak pula kelihatan.
"Kau orang buat apa di sini? Tiada kerja?" biasa saja percakapan Shah, tetapi pada pandangan orang lain akan terlihat sinis.
"Kami terlihat Husna di atas sini jadi kami datang mahu menyapanya. Kau dari mana ini? Banyak makanannya." balas Azal ramah.
"Untuk Husna. Katanya lapar." makanan yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja di depan Husna.
"Uwahhhh.. terima kasih, sayang abang!" gedik intornasinya. Hilang terus rajuknya tadi.
Azal dan Imran bantai ketawa.
Tak sangka lelaki paling digeruni di negeri itu sedang melayan seorang wanita manja. Tak sesuai betul.
"Apa-apapun, kau orang ke sini untuk pemeriksaan itukah? Siapa yang panggil kemari?" soal Shah dingin, menukar topik.
Dibiarkan Husna menikmati makanannya dan melihat-lihat sekeliling.
"Tuanku akan datang esok. Jadi kami diminta Tuanku Salleh kemari membantu kau di sini." Imran membalas.
"Jadi siapa yang mengawal di kampung? Hanya Rakib?" soalan Shah mengundang gelengan Imran.
Mereka bertentang mata sesama mereka sebelum kembali memandang Shah.
"Aku terdengar perbualan di istana, katanya Tuanku Salleh mahu ke kampung." Azal menceritakan pada Shah.
"Aku rasa dia sebenarnya mahu bertemu Husna. Tuanku Salleh mana pernah turun padang mahu melihat rakyat, dan lebih tepat lagi di kampung kau." sambungnya lagi.
Shah sekadar mengangguk saja.
"Fikiran kau itu memang betul. Aku juga tahu akan rancangan dia. Sebab itu aku bawa Husna kemari hari ini." balas Shah beku.
Suasana sibuk di dek bawah dilihatnya daripada atas.
Husna yang perasan namanya disebut-sebut sudah panasaran. Dengan mulut yang masih mengunyah, dia menoleh memandang mereka.
Diam. Mereka bagaikan punya telepati yang menghubungkan fikiran ke fikiran tanpa perlu berkata apa-apa.
"Abang sembang apa ni? Kenapa dengan Una?" soal Husna polos.
"Tak ade apelah." balas Shah malas mahu menjawab. Dia tertekan dengan kondisi kini.
Dia tak boleh meninggalkan Husna, tetapi dia perlu lakukan juga tugasannya. Bagaimana?
"Oh ya! Shah, apa kata jika kau tinggalkan Husna di rumah aku saja. Isteri dan anak-anak aku juga ada. Tidak perlulah kau khuatir tentang Husna." Imran memberikan cadangan tiba-tiba.
Shah kelihatan ragu-ragu pada awalnya tetapi selepas sejenak, dia mengangguk.
"Hmm.. boleh juga. Kau tolong bawakan dia ke sana dan terus ke kampungku. Aku mahu tahu pergerakan Salleh itu seperti apa." arah Shah serius.
"Baiklah. Malam nanti kita bertemu di rumah aku saja." Shah mengangguk bersetuju dengan idea Imran.
Selepas Husna siap bersarapan, dia perlu ditinggalkan Shah pula.
Wanita itu akan mengikuti Imran ke kampungnya dan tinggal di sana untuk keselamatannya.
"Abang balik la awal sikit.. Una tak nak duduk sana lama-lama." sedih saja wajah si isteri padanya, cuba meraih simpati.
"Aku tahulah. Sebaik saja aku siap, aku akan terus menjemput kau di sana. Tak perlu risau." ujar Shah.
Pipi putih bersih pujaan ramai itu diusap Shah dengan jari-jemari kasarnya. Dibiarkan dirinya dipeluk Husna seketika.
Tidak dia pedulikan mata-mata sekeliiing.
"Kau jaga diri. Nanti aku kembali." pesannya lagi sebelum Husna menaiki kereta kuda yang akan diiringi Imran.
"Okay.. abang jage diri jugak." ucap Husna pasrah dengan arahan Shah.
Jelas terpancar riak risau di wajah lelaki itu. Kepala Husna ditariknya rapat dan seperti sebelumnya, mereka berkucupan ringkas pada bibir.
Tetapi kali ini sedikit lama dari biasa. Kedua pipi lembut Husna turut dikucupnya beberapa kali sebelum mengakhirinya di dahi licin itu.
Husna terkedu di kedudukannya. Wajahnya memerah, malu! Kerana bukan hanya mereka di situ.
Dengan sekali sentakan tali, dua ekor kuda yang dibawa seorang lelaki tua sekitar 60an dan diiringi kuda Imran itu berjalan pergi.
Meninggalkan Shah dan Azal di belakang, semakin menjauh.
"Abang Imran. Kita sudah mahu sampaikah?" soal Husna yang sudah kebosanan di belakang.
Hanya sesekali saja dia berbual bersama lelaki tua bernama Hilam itu.
"Kita sudah hendak sampai Husna. Di depan sana saja." balas Imran pula.
Kini mereka sudah memasuki sebuah area kampung yang baru pada pandangan Husna.
Rumah-rumah di sini agak rapat-rapat berbanding di kampung Shah yang rumahnya berjarak luas.
Dalam beberapa minit kemudian, kereta kuda itu terhenti di hadapan sebuah rumah papan yang besarnya bagai rumah Shah.
Hanya halamannya saja yang agak kecil tetapi banyak sayur-sayuran yang ditanam kemas di tepi rumah.
Lelaki itu membantu Husna turun dan memberi salam. Tidak lama, seorang budak lelaki berusia 5 tahun kelihatan.
"Waalaikumsalam. Ayah! Ayah pulang!" teruja saja dia kegirangan apabila melihat Imran.
"Iya.. ayah pulang. Ibu mana? Tolong panggilkan ibu." arah Imran pada anaknya itu.
"Husna.. marilah naik ke atas." ajak Imran pada Husna di belakangnya.
Husna naik ke atas. Ruangan rumah itu luas dan kemas. Dia duduk bersimpuh sedikit jauh daripada Imran di atas tikar mengkuas yang dianyam cantik dan kemas.
Tak lama kemudian, seorang wanita mengandung kelihatan daripada bahagian dapur di belakang bersama kanak-kanak tadi.
"Wahida. Kemari. Abang bawakan seseorang." ujar Imran mempamit si isteri.
Husna perasankan sesuatu, Wahida masih gadis yang sangat muda untuk dijadikan isteri. Mungkin hanya tua beberapa tahun darinya.
Kandungannya yang sudah 6 bulan membataskan pergerakannya. Dia duduk bersimpuh perlahan seraya melemparkan senyuman pada Husna.
"Ini siapa bang?" soalnya. Suara Wahida lembut sekali.
Sepertinya wanita itu agak polos dan dari segi lagaknya, Husna berfikiran bahwa Wahida seorang yang amat lembut orangnya.
"Ini Husna. Isterinya Shah. Abang mahu ke kampung seberang. Jadi buat seketika, biar Husna tinggal di sini saja. Malam nanti, Shah akan menjemputnya pulang." ujar Imran pula.
Wahida tidak banyak bertanya hanya mengangguk memahami.
"Kakak, Wahida." tangannya dihulur bersalaman dengan Husna dan kalut wanita itu membalas.
"Ah ye. Saya Husna. Selamat berkenalan kak." Husna turut memperkenalkan diri walaupun sudah diberitahu Imran tadi.
"Farouq di mana? Abang tak nampak pun dari tadi." soal Imran pada isterinya.
Perbualan suami isteri itu hanya didengari Husna diam.
"Dia tidur selepas bermain tadi. Ada di dalam bilik." balas Wahida. Mungkin anak mereka juga yang dibualkan.
Imran meminta diri pula. Dia tak dapat berlama-lamaan di rumah.
Wahida, Husna dan seorang anak kecil tadi yang bernama Adham turun ke balkoni menghantar pemergian Imran.
"Bagaimana hari ini? Kau mahukan apa-apakah?" soal Imran sebelum pergi.
"Hmm.. Wahida mahu makan mangga. Abang carikan ya?" tersenyum lebar wanita itu, meminta.
Husna yang melihat cemburu dengan keluarga itu. Bahagia.
Dapatkah dia menjalinkan hubungan dan kehidupan sebegitu juga bersama Shah nanti? Mestilah boleh! Ini Husna lah!
Dia mula berangan, jika Shah melayannya lembut begitu, jika dia berbadan dua, jika mereka sudah punya anak-anak nanti.
Tersengih sendiri Husna tanpa sedar Imran sudah ke kudanya, berjalan pergi dari pandangan.
"Husna. Mari masuk ke dalam. Kakak mahu kenali kamu lagi. Mari." ajak Wahida lembut.
"Baik kak. Jomlah." Husna turut mengikuti langkah Wahida.
"Nanti petang adik kakak pulang, namanya Rahman. Kamu jangan terkejut pula ya jika ada lelaki di rumah." pesan Wahida sambil mereka berjalan menuju ke bahagian dapur.
"Baik kakak." balas Husna. Dia terfikirkan sesuatu. Di mana agaknya dia pernah mendengar nama itu?
Rahman? Hmm.. entahlah. Husna tidak ambil kisah sangat. Dia berbual rancak bersama Wahida dan sesekali membantu wanita itu.
~~~~~~~~~~~~~
Di kampung Shah, Tuanku Salleh diikuti 3 orang lagi pengiring dan pembantunya berhenti di hadapan rumah Shah.
Sunyi.. kosong.. Pintu dan tingka tertutup rapat bagai tiada orang.
Salleh merengus kasar. Sial! Si tak guna itu tahukah akan rancangannya mahu bertemu Husna? Memang malang!
Dia melihat-lihat sekeliling sebelum mengarahkan.
"Bakar rumah ini." arahan Salleh mengejutkan tiga orang lagi lelaki itu.
"Kamu pekakkah?! Beta titahkan kamu bakar rumah ini!" marahnya apabila mereka bagai tidak mahu mematuhi arahannnya.
Setelah dijerkah, ketiga-tiga pengiring Tuanku Salleh itu mula menjalankan apa yang dipinta.
Api sedikit besar dinyalakan pada bahagian rumah. Apabila pasti rumah tersebut sudah sedikit terbakar, mereka pergi meninggalkannya begitu saja.
Dari jauh, disebalik semak samun, Imran menyaksikan perbuatan keji putera itu.
'Kau memang tidak layak bergelar raja Salleh.'
Share this novel