Husna memandu kereta Honda Jazz miliknya menuju ke kampung pada malam hari seorang diri.
Setelah habis peperiksaan SPM, inilah masanya dia pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama nenek dan atuknya. Rindu!
Tambahan, dua hari lagi akan diadakan kenduri untuk perkhawinan Pak Su nya. Jadi sudah tentu ramai saudara mara yang akan pulang ke sana memeriahkan.
Jam di dashboard dilihat sekilas, 9.45pm. Dari pagi dia bertolak dari KL, sikit je lagi nak sampai... Husna sudah menguap beberapa kali.
Inilah padahnya mahu pulang sendiri. Ahli keluarganya yang lain sudah mengajak untuk pulang awal bersama, tapi Husna menolak dengan alasan mahu bershopping barang-barangnya sebelum pulang ke kampung.
Iyalah kan.. kampung sudah la banyak nyamuk, kedai pun tak semestinya barangan keperluan yang selalu digunanya ada.
Husna sekadar menyediakannya sebagai persiapan.
Jalan ke kampungnya itu agak terpencil dan tidak punya sebarang tiang lampu. Sekeliling pun hutan belaka.
Rumah-rumah di sana semuanya jarak-jarak, maklumlah, tanah banyak..
Sedang Husna melawan ngantuk di mata, entah dari mana secara tiba-tiba kelibat seorang wanita tua bongkok dengan memegang satu tongkat kayu dan memakai kain batik di kepala melintas.
Betul-betul di hadapan matanya.
"Ya Allah!"
Brek di tekan mengejut dan kereta terus terhenti. Terhumban sedikit dia ke hadapan.
'Astagfirullah.. ape bende tu?'
Fikiran Husna sudah menerawang. Sekeliling ditelitinya dari dalam, tak berani mahu keluar.
'Aduhhh.. hantu mane pulak ganggu aku ni..' dia pasti itu bukan manusia.
Sepantas mungkin, Husna memulakan semula pemanduannya. Takut! Gila kau tak takut! Nak terkuncil aku tadi tau!
Alunan al-quran dibuka sepanjang saki-baki perjalanan pulang. Dalam hati tak henti berdoa agar dapat dihindari perkara-perkara tak sepatutnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Setengah jam selepas itu, Husna pun tiba. Rumah banglo papan milik nenek dan atuknya tersergam di tengah perkarangan lapang itu.
Kereta-kereta sanak-saudaranya yang lain turut ada terletak elok di halaman rumah. Khemah-khemah juga sudah separuh yang siap dipasang, menanti hari bahagia sepasang mempelai.
"Assalamualaikum.." dengan menjinjit beg-begnya mendaki tangga, salam diberi.
"Waalaikumsalam.. ha, bertuah punya budak. Malam-malam macam ni baru nak sampai."
Makngah Jah yang duduk di ruang tamu bersama beberapa orang lagi ahli keluarga menegur.
"Sorry makngah.. traffic jam tengahari tadi." Husna membalas ala kadar dengan senyuman. Penat.
"Hmm.. yelah. Tu si Razak tu sibuk cari kamu dari petang tadi. Tak sampai-sampai.." Makngah tersenyum mengusik pula.
Glup.
Haih.. Razak lagi.
Razak adalah rakan baiknya di kampung sewaktu dia tinggal bersama nenek dan atuknya di sini 3 tahun yang lalu.
Banyak desas-desus yang mengatakan mereka bersama tapi hakikatnya Razak dianggap sebagai rakan sahaja, tak lebih dari itu.
"Hahaha.. ada-adalah makngah ni. Bagi je pada Balqis tu. Kan dah keluar muncungnya." Husna menjawab pula.
Balqis yang duduk di sebelah makngah, mummy nya, menjeling sekilas pada Husna. Tak puas hati.
Balqis sebaya dengannya, berumur 17 tahun dan merupakan adik sepupunya. Gadis itu amat tidak menyukai Husna kerana selalu dibanding-bandingkan dengannya.
Lelaki yang disukainya juga menyukai Husna, sangat tak adil!!
'Ingat bagus sangat lah tu. Menyampah!' gumamnya geram melihat kemesraan mummynya dan Husna.
Setelah bersalaman dengan semua dan membersihkan diri, Husna terus merehatkan diri di dalam bilik besar khas untuk anak dara di rumah itu.
Toto dihamparkan dan dia berbaring mengiring memandang tingkap bilik yang terbuka.
Suasana yang masih riuh-rendah di luar tak dihiraukannya. Kakak-kakak dan adik-adik sepupu perempuannya yang lain, semuanya masih belum tidur. Hanya dia seorang diri di sana.
Bunyi noti di phone nya menarik perhatian.
Emy
-Beb, u dekat mana ni?
Husna
-I dah sampai.. sorry lupa inform u.
Emy
-Baguslah. Its ok. Kirim salam dekat your mama n papa. Nanti hari kenduri I datang.. then kita spend time dekat kampung! Can't wait!! :)
Husna
-InsyaAllah. Okay beb. I tunggu. :)
Emy adalah rakan baiknya. Kehidupan di asrama membuatkan hubungan mereka akrab bagaikan adik-baradik. Dari awal tingkatan satu.. sehingga ke hari terakhir tingkatan lima.
Mereka sentiasa bersama.
Tapi entah mengapa, hati Husna dibelenggu perasaan tidak enak. Bagaikan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.
'Hmm.. mungkin perasaan aku je kot.'
Baru saja dia hendak memejamkan mata, hatinya terdetak kuat. Husna terasa seperti diperhati.
Dia pantas bangun, duduk dari baringannya. Memandang sekeliling panik. Haish.. ada apa pula kali ni..
Sudahlah terserempak dengan si 'dia' waktu ke sini tadi, sekarang apa pula?
Husna bangun dari pembaringan, sekeliling bilik diterokainya. Ingin tahu. Rambut panjang melebihi bahu itu diperbetulkan ikatannya sebelum dia melihat ke arah tingkap yang terbuka tadi.
Instinct nya kuat mengatakan jangan pergi, tapi kakinya masih juga berjalan perlahan, mendekati.
Husna menjenguk ke luar, udara segar dek hutan-hutan dan angin malam menampar lembut kulit putihnya. Sekeliling diperhati.
Tiada apa-apapun yang menarik melainkan beberapa orang ahli keluarga lelakinya yang melepak di luar. Bergelak ketawa dan meluangkan masa bersama.
Tapi, baru.saja dia mahu berpaling semula ke belakang, pandangannya tertancap pula dalam kesamaran malam.
Di hujung perkarangan rumah, sebelum ke semak-samun hutan.. kelibat si nenek tua kelihatan samar-samar.
Seperti mengetahui dirinya dilihat, si dia dengan sukar berpusing ke belakang perlahan-lahan dan melangkah pergi.. menghilang dari pandangan.
Husna kaget. Dia takut, tapi kaki dan pandangan matanya tak dapat dikalihkan dari tingkap itu, memandang tepat ke arah tempat nenek tadi menghilang. Bagai terpaku.
"Woi Sya!" Husna kembali tersedar apabila Izan memanggilnya dari bawah.
Itulah panggilan manjanya oleh ahli keluarga. Husna Dalisya.
Terkebil-kebil dia melihat si abang dari tingkap di atas.
"Hish angah ni! Terkejutkan Sya je!" marah Husna manja.
"Eeh.. kita pulak dimarahnya. Pegi masuk dalam. Dah malam ni, duduk termenung dekat luar dah kenapa? Dah pi masuk.." halau Izan sebelum berlalu pergi.
Kata-kata Izan mengundang ketawa beberapa orang rakannya, ahli keluarga dan jiran-jiran lelaki yang turut ada di luar, melepak di bawah khemah.
'Hish! Tak sukalah angah nih.' Husna protes. Tingkap pantas ditutup.
Dia menghembus nafas berat apabila teringat kembali kejadian tadi.
'Fuh.. relax. Semuanya akan baik-baik je.'
Dia kembali ke toto dan membaca doa tidur, berselawat sebelum mula melelapkan mata.
Dengan harapan, tiada yang akan mengganggunya hingga keesokan harinya.
Share this novel