15.

Fantasy Series 15969

Hari sudah mulai senja. Husna sudah siap menyediakan makan malam untuk dirinya dan juga Shah di ruang makan. Tetapi seperti tiada tanda-tanda si suami akan pulang lagi.

'Haih.. dah la takde tv, phone aku pun.. bosan betul.' rungut hatinya.

Oleh sebab terlalu bosan seorang diri, Husna mula menerokai setiap ruang rumah tersebut. Almari-almari dan barangan simpanan Shah dipunggahnya, ingin tahu.

"Wahh.. apa bende ni?" sesuatu menggamit pandangannya.

Di bahagian bawah sekali baju-baju lelaki itu, ada gambar yang sangat lusuh. Lama. Ditariknya keluar dan ditilik wajah-wajah di dalam gambar tersebut.

Kelihatan seorang lelaki tua beruban sepenuhnya putih, seorang lelaki dewasa dan seorang lelaki remaja.

'Ini bukan abang ke?' gumamnya seorang diri.

Wajah lelaki remaja itu dilihatnya lagi. Ya. Dia yakin itu adalah Shah. Inikah keluarga lelaki itu? Dia pun tidak pernah bertanyakan hal peribadi lelaki itu.

'Dia balik nanti.. aku akan cungkil rahsia dia. Hi hi hi.' tersengih dia mengenangkan rancangan jahatnya nanti.

'Kacak jugak laki aku ni.. tak nampak tua pun. Eh kejap, umur abang berapa ek? Haish kau ni, dah kawin umur suami pun tak tahu.. tak apalah, balik nanti aku tanya abang.' monolognya sendirian.

Ketukan pada pintu luar rumah mengejutkan Husna. Gambar kembali disimpan pada tempat asal dan pintu almari ditutup.

Kain batik dibetulkan kedudukannya sebelum dia melangkah keluar bilik, menuju ke hadapan.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan dari luar semakin kuat sedikit menakutkan Husna. Manalah tahu jika suaminya itu naik angin pula kerana dia lambat membuka pintu. Mesti Shah kepenatan.

"Kejap bang! Kejap!" selak diatas dan tengah dibuka sebelum tombol dipulas.

"Abang dah balik-" senyumannya kendur apabila bukan Shah yang muncul tetapi rakan-rakan lelaki itu.

"Assalamualaikum. Iye abang dah balik." gembira saja suara itu membalas. Azal menompang tangan pada muka pintu dan tersenyum lebar memandangnya.

Terkedu Husna di muka pintu, pintu kayu itu dipegangnya dan ditutup sedikit agar tidak terdedah terbuka luas.

"Wa-waalaikumsalam. Maaf, saya ingatkan abang tadi." balas Husna takut-takut. Tak selesa dengan keadaan mereka.

"Kau ni.. tak payah la senyum macam perogol. Takutlah dia." Imran menampar bahu Azal yang berjongket-jongket keningnya pada Husna, mengusik.

Berderai ketawa mereka semua kecuali Husna. Mencuka wajah itu apabila disakat.

"Ini.. nama kau siapa? Shah tiada di rumah?" Soal si lelaki bermisai yang hanya berdiri agak jauh. Rakib.

"Husna.. abang keluar dari pagi, tak balik lagi." balas Husna perlahan.

"Hmm.. bila dia akan pulang ya? Kami mahu bertemu Shah." Azal menyampuk pula.

"Abang kata nak balik senja ni, tapi tak balik-balik pun.." beritahu Husna membalas.

"Shah ke pelabuhan mungkin.. tak mengapalah. Kami tunggu dia di sini, boleh kan?" Rakib bertanya pada Husna serius.

"Y-Ye boleh. Duduklah dulu. Saya hidangkan air." Husna melihat ke arah belakang sesekali dan turun ke dapur membancuh minuman bagi tetamu yang hadir.

Azal menghantar pandangan tubuh itu masuk ke dalam rumah hinggalah hilang dari pandangan.

"Woi! Kau nak mati ke gile? Jaga mata tu." Imran menegur perlakuan Azal sambil mula merokok.

"Aku pandang je. Cantik. Patutlah Tuanku Yuzuf pun nakkan dia." ujar Azal sambil menyalakan puntung rokok tembakaunya.

"Tuanku Yuzuf? Tuanku Yuzuf mahukan isteri Shah?" Rakib yang tak tahu menahu bertanya.

"Tak kan kau tak tahu, satu istana kecoh tentang hal semalam. Tuanku Yuzuf bawa pulang seorang perempuan, dan Shah datang ke istana dan ambil perempuan tu semula. Katanya, itu isteri dia." ujar Azal bercerita.

"Jadi.. perempuan tu, Husna?" Rakib bertanya was-was.

"Siapa lagi isteri Shah ha kalau bukan si comel tadi? Kau pernah ke lihat dia bersama mana-mana perempuan?" ketawa kecil Imran ketawa kecil dengan kata-kata Azal.

"Betul juga kata kau, Tuanku Puteri Fasihah yang gilakan dia pun dia tak pandang.. Hahaha" ketawa mereka menggemakan balkoni rumah itu.

"Tapi kan Puteri Fasihah pernah luahkan perasaan pada Shah kan sewaktu kita menjaga rombongan ke Kedah Tua. Aku betul-betul tak sangka pula dia sukakan Shah waktu tu. Hahaha." Azal menambah lagi.

"Nasib dia lah. Padan muka puteri tu, kene tolak mentah-mentah je dengan Shah. Hahaha, nasib baik hanya ada kita saja waktu itu kan Zal? Kalau tak, malu gila la."

"Sesuailah dua orang tu disatukan, Tuanku Yuzuf mahukan Husna, Puteri Fasihah mahukan Shah. Dua-dua tak kesampaian."

Kedua orang itu mengertawakan seseorang yang mereka sebutkan sebagai "puteri". Rakib hanya tersengih mendengar sambil sesekali menyampuk saja.

Tanpa mereka sedari, Husna mendengarkannya. Dulang dipegang sisinya kejap.

"Siapa perempuan tu?" suara Husna mendiamkan mereka.

Dia bersimpuh sambil meletakkan minuman ke bawah. Duduknya dijarakkan ke atas rumah sambil memandang tajam rakan-rakan Shah.

"Jemputlah minum" ujarnya lagi, sedikit perlahan.

"Tak ada sesiapalah. Kami bergurau saje. Kau tak perlulah risau." Imran membalas dengan senyuman yang masih bersisa.

Husna mengangguk saja mengiyakan sedangkan dia dengar dengan jelas segalanya.

'Jika abang kerja di istana, mesti perempuan tu pun ada sekali. Dia kan tuan puteri. Hish! tak sukalah.' bentak hatinya.

Luaran hanya tenang, tetapi dalamnya sudah berapi-api cemburu.

Mereka berbual bersama-sama sambil menanti kepulangan Shah malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience