"Ya Allah.. kuatnya angin. Nak hujan ke ni?" Husna memeluk tubuh sambil berjalan perlahan seorang diri.
Sebenarnya dia sudah tersesat tetapi Husna masih berdegil, berjalan pada arah kereta kuda Shah tadi dengan harapan agar rumah lelaki itu dapat ditemui.
Pohon-pohon pokok di sekeliling bergerak-gerak ditiup angin kuat. Dia berjalan seorang diri di dalam kegelapan malam.
'Aku dekat mana ni..? Haishhh.' dia merungut seorang diri.
Tetapi hatinya sudah berasa tidak enak semenjak tadi, bagaikan ada sesuatu yang mengikutinya. Sesekali Husna akan menoleh ke belakang memerhati sekeliling.
Tetapi tiada apa yang kelihatan. Dia meneruskan juga langkahnya.
Di sebalik semak-samun dan kesamaran malam, seseorang mengikuti Husna agak jauh.
Dia secara tak sengaja menjumpai wanita itu berseorangan semasa berjalan-jalan seorang diri di dalam hutan itu sebelum pulang.
Selendang yang dipakai wanita itu amat dikenalinya. Si isteri mati apabila dibunuh oleh seorang perempuan tua yang turut memakai selendang yang serupa.
Halim, mula hilang waras apabila si isteri terlibat dalam pembunuhan para gadis di negeri tersebut 5 tahun yang lalu.
Si pembunuhnya pula hilang melarikan diri ke dalam hutan, tak ditemui sehingga ke hari ini. Dan Halim pula menganggap Husna adalah pembunuh itu.
Sedari tadi dia mengikuti jejak langkah Husna, tanpa sengaja, ranting kayu di lantai hutan dipijaknya mengeluarkan bunyi yang agak kuat, menarik perhatian Husna.
Wanita itu pantas menoleh dan melihat sekeliling belakangnya. Halim pula terus saja menunduk, menyembunyikan diri daripada dilihat.
Jantung sudah berdetak kencang bagai ada sesuatu yang buruk saja akan berlaku padanya. Husna membetulkan selendang di kepalanya sebelum mula berlari anak meninggalkan tempat itu.
Halim yang perasankan si dia sudah melarikan diri terus saja keluar dari tempat persembunyian dan mengejar Husna dari belakang.
"Hei! Berhenti!" jeritannya mengejutkan Husna.
Wanita itu tak berani menoleh ke belakang, dia berterusan mula melarikan diri selaju yang mungkin. Tak dihiraukan lagi alas kaki yang sudah hilang dan ranting beserta semak-samun yang dilanggarnya.
Dia takut!
Jeritan dan amarah dari suara lelaki itu amat menakutkannya. Dalam tak sedar air matanya menitis tanpa dipinta.
Tapi akhirnya,
Buk!
"Ahhh.." Husna tersungkur ke tanah apabila tersadung pada akar pokok. Tapak tangan dan lututnya bercalar, berdarah membuatkan dia berdesih kesakitan.
"Aku sudah jumpa kau." suara Halim menyentakkan Husna.
Wajah lelaki selekeh itu bagaikan terkelu melihatnya. Menilik setiap inci dirinya sambil berjalan perlahan menghampiri.
"To-tolonglah jangan apa-apakan saya.. saya merayu.." tubuh cuba dikesotkan pada tanah menjauhi.
Tapi Halim tidak menunjukkan sebarang reaksi, terus mendekatinya.
"Lepaskanlah saya.. apa yang saya dah buat pada awak? Tolonglah." Husna merayu lagi apabila dia sudah tak berdaya lagi.
Kakinya lemah-longlai dengan keadaan begitu. Hanya menangis saja merayu saja yang mampu dia lakukan.
"Kau!"
Lelaki itu memegang kuat kedua bahu Husna dan ditolaknya ke tanah, menindihnya kasar apabila wanita itu cuba meronta kuat.
"Kau yang bunuh Mas bukan?! Kau bunuh dia!" jerkahnya memarahi. Husna di bawahnya sudah menggigil menangis.
"Sebagai balasannya.. biar aku pula yang bunuh kau!"
Halim cuba mencapai sesuatu dari belakang tubuhnya, dalam pada masa yang sama cuba untuk mengekalkan Husna pada posisinya.
"Ish! Diamlah!" kedua tangan Husna disatukan di atas kepala, menghalang rontaan gadis itu.
Tapi sebelum sempat dia cuba mengapai pisau di belakang tubuhnya, suatu bunyian menyapa pendengarannya.
"Ugh!! Kau tunggulah, Aku akan cari kau nanti. Faham?!" Halim menarik rambut Husna dan berbisik kasar padanya sebelum menolak kepala itu kuat, kembali terbaring di atas tanah.
Dengan kabutnya dia berlari ke arah bertentangan dengan bunyi tapak kaki kuda itu, hilang dalam kegelapan malam.
Shah pantas bergerak ke arah Husna yang dilihatnya samar-samar berbaring lesu di atas tanah, menutup wajahnya dengan kedua tangan sambil teresak-esak menangis.
"Husna!." Diturunnya kalut dari atas kuda terus menerpa pada sekujur tubuh yang kaku berbaring itu.
Tubuh si isteri diangkatnya dan diampu pada pehanya tika bertinggung.
"Husna.. ni aku. Hey.." kedua tangan yang menekup kuat wajah itu cuba dirungkaikan Shah perlahan.
Menggigil tubuh kecil itu di atas pangkuannya. Tangan Husna cepat saja memeluk lehernya akibat ketakutan.
Laluan yang dilalui lelaki tadi dilihatnya. Hari sudah mahu hujan, jika dia berkesempatan membawa anjingnya ke mari, sudah semestinya jejak bauan lelaki itu akan hilang dek air hujan.
Shah mengeluh perlahan sebelum berpaling semula pada insan kecil di dadanya saat ini.
Ada perkara yang lebih penting yang perlu dia uruskan.
Tanpa sepatah kata, wanita itu dicempungnya mudah naik bersama ke atas si hitam.
Sebelah tangan kejap merangkul pinggang Husna agar tidak jatuh sementara sebelah tangan lagi mengawal kudanya.
Agak lama mereka mendiamkan diri, Shah bersuara perlahan.
"Aku mahu kau beritahu segalanya pada aku nanti. Semuanya." ujarnya dingin tanpa memandang Husna di dadanya.
Hanya anggukan saja yang diberikan tanda menjawab. Husna yang sudah berhenti menangis mengangkat kepalanya, menatap Shah dalam kesamaran malam.
Sesekali wajah tak berperasaan itu cerah apabila cahaya bulan daripada atap hutan mengenai wajahnya.
"Ma..maafkan Una.." ucapnya perlahan.
Sesaat, mata mereka bertentangan.
Pandangan mata hitam itu padanya tak berani ditatap, Husna melarikan pandangan dan jari-jemari halusnya mula nakal, bermain tanpa arah pada seutas rantai tali hitam di leher Shah.
"Bukan."
"Hmm?" polos saja wajah itu pantas, kembali menatap Shah, meminta penjelasan.
Keluhan lelaki itu semakin menarik perhatian Husna, air hidung yang masih bersisa akibat menangis tadi ditarik sedikit. Terkebil-kebil sepasang mata itu menatapnya, ingin tahu.
"Una tak faham la.. Abang cakap apa tadi?" tanyanya pula. Entah mengapa, manja saja tutur gadis itu pada pendengaran Shah. Urgh..
'Aku dah kawin dengan budak berapa tahun ni?'
Dia berdehem membetulkan suara sedikit sebelum menyambung kata.
"Bukan salah kau. Salah aku sebab tinggalkan kau tadi. Maaf." balas Shah dingin. Langsung tak mahu bermesraan.
"Hmm.. memang salah abang pun. Sian Una. Tadi orang tu siap nak cederakan Una tau. Nasib baik tak jadi apa-apa." adunya pula. Mengada.
Sebentuk cincin perak pada tali hitam di leher Shah itu ditiliknya tanpa sedar.
"Aku sudah minta maaf bukan? Sudahlah. Lupakan." balas Shah, malas mahu bercakap mengenai hal itu.
Husna mengangguk mengiakan,
"Sorry.."
"Hmm.."
Kejap.
"Apa?"
"Apa yang apa?" Husna bertanya semula dengan pertanyaan Shah.
"Kau sebut apa tadi? Ulang semula." entah mengapa, tegas saja Shah tiba-tiba. Bagaikan memarahinya.
"S-sorry." teragak-agak Husna mengulangi permohonan maaf itu.
Wajah Shah jelas tegang sambil menatapnya tajam.
"Kau boleh bertutur bahasa Inggeris?" teragak-agak Husna mengangguk. Takut pula apabila Shah bagai mengesyakinya tentang sesuatu.
"Kau pengintip ke?" laju saja Husna menggeleng menidakkan.
"Mana adalah."
"Jika begitu, mengapa kau boleh bertutur bahasa Inggeris? Kau.... pedagang?" tanyanya lagi.
Husna mengangkat bahu, naif. Sungguh dia tak ingat apa-apapun tentang dirinya kecuali sepatah namanya saja, Husna.
Shah juga ada dimaklumkan Tok Ketua sebelum ini bahwa Husna ditemui di dalam hutan di hujung kampung dalam keadaan cedera dan tak sedarkan diri. Apabila bangun pula, wanita itu sudah hilang ingatan.
Shah mengeluh berat dan berdiam diri lagi. Kening itu hampir saja bertaut akibat wajah mencuka si lelaki.
"Kenapa abang tanya Una macam tu?" tanyanya pula.
Diam.
"Hmm.. abang boleh bertutur Inggeris juga?" Mulut becoknya mula bertanyakan itu ini tapi semuanya langsung tak dijawab Shah.
Lelaki itu sepenuhnya mengabaikan kata-katanya bagaikan dibawa angin berlalu. Akhirnya Husna mengalah, dia turut mendiamkan diri.
Setiba di rumah, Shah menurunkan Husna yang berkaki ayam itu di atas tangga. Dengan separa sedarnya akibat terlena tadi, Husna terus melangkah menaiki tangga itu mahu ke dalam sebelum..
"Arghhhhh!!!"
Terkejut yang amat, Shah berlari ke arahnya.
"Husna, Kau kenapa?" si isteri yang terduduk itu dirapatinya.
Pantas kaki Shah yang sedang berdiri itu dipeluk Husna erat.
"Ada harimau..tu." tunjuknya tanpa memandang.
Dalam kesamaran malam itu, harimau kumbang belaan Shah duduk di beranda. Mengawal rumah sepanjang ketiadaan si tuan.
"Kau ni.... huh! Ada-ada sajalah. Bangun." mencekak pinggang Shah mengarahkan si isteri di kakinya untuk bangun.
"Tak nak.. Una takutlah."
"Aku kata bangun."
"Ei! Abang ni tak faham bahasa ke? Una tak nak! Ada harimau kat tepi tu.." Husna masih berkeras.
Apabila api bertemu api, tiada yang akan menang. Shah mengeluh entah keberapa kali hari ini.
Hanya dengan siulan dan arahan tangan, harimau belaannya itu mula bangun dan berjalan perlahan di sebelah Shah dan Husna.
"Ab.abang!" daripada terduduk memeluk kaki Shah, terus terloncat dirinya meminta didukung akibat terkejut dengan haiwan itu yang berada betul-betul di sebelahnya.
"Kau ni jangan mengada boleh tak?" bengang juga Shah dengan sikap manja Husna.
Dia tak selesa sebenarnya. Tak pernah-pernah ada wanita yang berani berkelakuan begitu kepadanya.
"Emmm... nak dukung. Please abang.." leher Shah cuba dilingkari dan mencuba lagi. Tersedak sangat gayanya.
Haiwan belaan suaminya itu langsung tak masuk dek akal. Harimau kumbang? Seriously?
"Ish.." nak tak nak, tubuh langsing itu didukungnya juga sebelah tangan.
"Kau tak perlu takut sangatlah. Ini haiwan peliharaan aku. Dia tak akan makan kau pun." selamba saja Shah berbicara.
Sambil-sambil itu, kaki diarahkan pada pintu rumah dan dibukanya kunci dengan sebelah tangan.
Husna yang bertenggek di bahu Shah hanya membuang pandang pada harimau kumbang di atas tangga itu. Turut juga memandangnya.
"Kenapalah abang bela harimau? Bahaya tau tak? Tapi nama dia apa? Abang tak bagi haiwan-haiwan abang nama ke?" Husna bertanya penuh ingin tahu dari belakang.
"Kau ni banyak tanyalah." Shah masuk ke dalam rumah dan seraya itu pintu turut ditutup.
Husna diletakkan di atas kerusi rotan di ruang utama rumah banglo kayu itu sebelum dia melangkah ke suatu bekas kaca dan dihidupkan api padanya sebelum ditutupnya semula.
Sekelip mata, ruangan besar itu terus terang-benderang walaupun sedikit samar pada bahagian penjuru-penjuru rumah.
"Ala. Una tanya je. Comellah kucing tu. Husna nak bagi nama dia boleh?" Tanyanya pula pada Shah yang sibuk menyalakan lampu api.
"Hmm.. ikut kau lah Husna." Sesudah itu, sebelum Shah hilang masuk ke dalam salah satu bilik, Husna memanggilnya.
"Kau nak apa pula?" tanya Shah serius. Penat sungguh dia melayan karenah wanita ini. Ada saja masalahnya.
"Nak ikut.. takut sorang-sorang." adunya manja lagi.
"Habis itu? Kau ikut sajalah. Apa masalahnya?" baru saja kaki mahu melangkah pergi..
"Kaki Una sakit.. jatuh tadi." lirih saja suara itu bertutur.
Shah mula serba-salah. Sedikit sahajalah. Dengan berat hati, dia berpaling semula dan merapati Husna di atas kerusi itu. Diduduknya bertinggung di kaki si isteri.
"Mana yang kau sakit?" tanyanya dingin.
"Sini.. dan sini.." kedua lututnya ditunjukkan.
Tanpa apa-apa perasaan, kain sarung itu diselak tinggi hingga ke paras atas peha oleh Shah.
Mahu terjerit Husna tadi tapi terus dikawal. Wajah beku itu membelek-belek calar pada lutut putihnya. Mahu dihalang, takut pula singa di depannya itu marah padanya lagi. Husna hanya mendiamkan diri.
"Nanti aku ambilkan ubat. Lagi.. kau sakit di mana?" tanyanya lagi sambil memandang Husna.
"Tangan ni.." suka pula rasanya apabila Shah tampak ambil berat tentang dirinya. Senyuman cuba disembunyikan.
Kedua tapak tangan yang sedikit bercalar dan berdarah itu ditiup-tiupnya sedikit sebelum berpaling semula pada Husna.
Riak beku itu sedikit sebanyak membuatkan Husna tak suka akan kedinginan Shah.
"Lagi? Kau tak sakit mana-mana bukan?" Shah sudah mahu bangun.
Husna mencebik tak suka apabila Shah sudah berura-ura mahu meninggalkannya.
"Sakit sangat.." adunya manja.
Berkerut kening Shah, masih melayan sikap manja wanitanya.
"Mana?"
"Sakit dekat sini." Husna sengaja mahu memerli si suami. Dadanya ditunjukkan tanda sakit hati dengan sikap beku Shah.
Tapi lain pula yang difikirkan lelaki itu.
"Buka baju."
"Eh?! Eh.. ap-apa yang abang buat ni?!" laju saja tanganya menghalang Shah dari membuka bajunya ke atas. Gila!
"Tadi kata sakit. Biarlah aku tengok." aduhai..
Husna menepuk dahinya sebelum tertawa kecil.
"Kenapa kau ketawa?" serius saja suara itu bertanya dengan riak tak puas hati.
"Tak ada apalah. Husna dah ada ubat untuk sakit yang ni. Sebab tulah." jawabnya, masih bersisa ketawa.
Shah masih statik memeluk tubuh di hadapannya. Memerhati tajam bagaikan mahu marah saja.
Tapi Husna tak hiraukan. Dia cuba berdiri tegak sebelum,
"Ni ubatnya."
Kaki cuba dijengket, kedua pipi Shah dikucupnya pantas.
Barisan gigi putih miliknya ditayangkan comel pada si suami yang sepertinya sudah mahu meletup.
"Husna..."
Share this novel