4.

Fantasy Series 15969

"Kau nikah dengan aku.." Umar Shah mengulang lagi katanya apabila Husna tampak terkejut dengan permintaannya.

"Tap..tapi kenapa tiba-tiba je tuan?" Tergagap.dia bertanya perlahan.

Kesunyian hutan itu menambahkan lagi kegusaran di hati Husna apabila berduaan dengan si pengawal kacak ini.

Dia berdoa agar jantung yang berdetak hebat di dadanya kini tidak dirasai oleh Umar Shah yang disandarnya. Berdebar!

Tapi.. kenapa dada lelaki itu turut sama berdegup kencang sepertinya? Hurmm..

"Sebagai balasan atas bantuan aku." Husna cuba mentafsir apa yang difikirkan lelaki itu.

"Aku dah selamatkan maruah dan mungkin juga nyawa kau malam ni.. jadi aku mahukan balasan. Balasannya, perlulah lumayan. Setara dengan apa yang aku selamatkan. Jadi.."

Halkum di leher seksi lelaki itu jelas naik turun sekali sebelum menyambung tanpa memandang wajah si wanita di dada.

"Aku nak kau jadi isteri aku."

Fikiran Husna menerawang mendengar permintaan si teruna.

'Jika dilihat umur aku.. rasanya sekitar belasan tahun. Mungkin 17-19 tahun. Aku tak punya sesiapa di sini.

Dan aku tak tahu apa-apapun di sini. Tok ketua dan semua.. perlukah aku tinggal bersama mereka selamanya?

Tapi lelaki ini sudah menyelamatkan aku dari lelaki-lelaki tak guna tadi. Perlukah aku membalas budinya dengan pernikahan?

Apa pula kata orang lain? Dan adakah lelaki ini baik-baik saja sedangkan aku baru bertemunya? Tapi.. Arghhh!!

Aku buntu..'

Husna tak dapat berfikir dengan waras. Dia mengeleng dengan kepala yang sarat dengan pelbagai perkara.

Nafas berat dihembus lembut kedengaran pada pendengaran Umar Shah. Wanita itu diam tak membalas kata-katanya.

Dapat dia rasa, kepala si gadis sedikit bergesel dengan dadanya manja dengan pakaiannya diramas.

Setelah rumah Tok ketua kelihatan, suara Husna kedengaran perlahan.

"Tuan perlu kata pada Tok tentang itu.. dia penjaga saya sekarang." Husna mengguman tanpa memandang Umar Shah.

Matanya berat yang amat, dengan kesejukan tubuhnya berdekatan tubuh hangat Umar Shah, makin dia terbuai lena.

Kelibat Tok ketua, Mak Dah dan Fatimah di luar kelihatan risau. Jelas riak wajah lega tergambar di wajah itu apabila melihat Umar Shah membawa Husna bersama.

Bagaimana tidak risau? Gadis perawan itu keluar untuk mandi di belakang rumah dan tak kembali agak lama. Apabila Mak Dah pergi menjenguk, Husna tiada di kawasan mandi.

Puas mereka mencari di keliling rumah, tapi hampa.. Husna tak dijumpai.

"Assalamualaikum tuan.. ya Allah. Di mana tuan menjumpai Husna? Risau tok. Dah, Timah, pergi ambil Husna." arah tok ketua pada anak dan cucunya agar mengangkat Husna yang berada di atas kuda bersama Umar Shah.

"Tak perlu. Biar aku bawakan dia ke atas." tanpa mendapat persetujuan, Umar Shah turun dari kuda sambil mengendong lembut tubuh Husna, takut lena gadis itu terjaga.

Tiada yang berani membantah, Tok hanya membiarkan pengawal itu membawa Husna ke kamar wanita itu dan Fatimah.

Husna diletaknya lembut di atas hamparan nipis rotan itu beralaskan bantal kabu nipis. Wajah pucat itu amat lena pada pandangan matanya.

Jari kasar bertatah cincin batu hitam itu naik mengelus lembut anak rambut yang menutupi sedikit dahi licin si gadis.

Keningnya diusap lembut, turun ke lurah hidung mancungnya, mengelus lembut pipi mulus dan gebu itu.

Dan berakhir pada bibir yang sentiasa tampak menarik pada matanya sejak pertama kali bertemu gadis itu 5 hari yang lalu.

Dia sudah gila bayang.. mungkin sama saja dengan lelaki-lelaki yang lain.

Tapi Umar Shah yakin, dia inilah orangnya kerana hati lelakinya tak pernah berdegup kencang apabila bersama mana-mana gadis kecuali apabila bertentang mata dengan mata coklat gadis ini.

Husna.

Menyedari diri bukan berseorangan, Umar Shah kembali bangun dari tinggungnya sebelum keluar diiringi Mak Dah dan Timah keluar.

"Aku perlu bercakap dengan kau sekeluarga." ujarnya pada Tok sebaik saja keluar dari bilik. Serius

"Oh ya.. baik tuan. Silalah duduk dulu. Dah, Timah, pergi buatkan minuman untuk tuan Shah." Tok mengarah lembut. Anak dan cucunya.pun berlalu.

Umar Shah duduk bersila berhadapan Tok ketua dan menatapnya dingin. Bagai ada perkara penting saja yang hendak dikatakan.

Adakah berkaitan apa yang menimpa Husna? Mungkin juga..

"Ada apa yang tuan mahu bincangkan dengan tok?"

~~~~~~~~~~~~~~

Kehilangan Husna membuatkan seluruh keluarga bercelaru. Dengan segala persiapan majlis perkhawinan telah dilakukan, mereka terpaksa meneruskan juga dengan beberapa ahli keluarga akan mengambil alih tentang kehilangan Husna.

Pihak polis telah mencari di merata-rata kawasan, di bawa anjing pengesan dan ada juga ustaz yang dipanggil ke mari, bimbang perkara lain pula yang berlaku.

Tapi hampa, tiada apa-apa yang ditemuinya melainkan sebatang kayu dengan kesan darah Husna padanya dan sebuku roti bersama phone dan earphones gadis itu di tepi air terjun.

Hasil penemuan cap jari menjumpai cap jari Balqis padanya dan dengan paksaan dan sedikit ugutan keras, Balqis mengaku dia yang mencederakan Husna hingga pengsan.

Tapi dia tak membunuh wanita itu. Dia pasti. Hanya sifat dengki dan tak puas hati yang menyebabkan dia berlaku demikian.

Tubuh Husna juga tidak dijumpai sepanjang 4 hari kehilangannya kerana 24jam pertama, masih belum boleh dilaporkan.

Balqis direman untuk kekal dalam membantu siasatan dan telah didakwa oleh keluarga Husna di mahkamah kerana sanggup sepupu sendiri mencederakan anak mereka dan kini..

Husna hilang tak ditemui.

~~~~~~~~~~~~~

"Ampun tuanku. Patik, Daud Ahmad datang menghadap."

Seorang lelaki dengan berpakaian melayu kelabu di tubuhnya melutut dengan satu lutut berdiri, menunduk.. menghadap raja.

"Iye.. Daud. Jadi bagaimana? Tuan hamba ada bertemu gadis di hutan itu? Beritahu beta."

Wajah putera muda itu jelas teruja ingin mendengar berita yang dibawa perisiknya, Daud.

"Ya tuanku. Gadis itu ada berdekatan kawasan tersebut. Dia tinggal bersama ketua Kampung Hilang dan keluarganya."

Beritahunya sopan dan cermat.

"Kampung Hilang ye? Hmm baguslah jika begitu. Mungkin beta boleh bertemu dia lagi selepas ini. Terima kasih atas usaha tuan hamba. Tuan hamba boleh beredar."

Senyuman puas terukir di bibirnya. Gembira dengan berita yang diterima. Si putera di atas singgahsana kecil itu memandang ke tepi, melihat kehijauan hutan yang luas terdampar pada pandangannya.

Membayangkan kembali pertemuan pertamanya dengan gadis itu.

Dia, Putera Yuzuf. Putera bongsu negeri itu, ke hutan di utara negeri untuk memburu rusa dan burung.

Sewaktu dia dan beberapa orang lagi pengawal bersamanya terpisah semasa berburu, dia bertemu seseorang..

Seorang gadis berkain sarung dan berbaju polos sedang duduk bersimpuh di bawah sebatang pokok di kawasan yang agak lapang, menyanyi kecil dalam bahasa Inggeris.

Adakah dia orang luar daripada negeri ini yang sesat di sini? Anak kepada seorang bangsawan atau pedagang luar? Pelbagai kemungkinan bermain di fikirannya.

Sungguh wanita itu menarik perhatiannya, mungkinkah ini wanita yang diperkatakan kebanyakan penduduk itu? Si cantik menawan yang muncul di dalam hutan?

Jika ya..

Dia sememangnya orangnya. Raut wajah yang sempurna tanpa sebarang calit solekan dan pakaian mewah beserta barangan kemas. Sangat suci dan polos pada pandangannya.

Suara jeritan para pengawalnya memanggil dari kejauhan membuatkan si gadis terkejut dan berlari ke dalam hutan tanpa berpatah balik lagi.

Hilang dari pandangannya sekelip mata.

'Kita pasti akan bertemu juga nanti. Beta akan pastikannya..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience