Kini Alina sudah berada di rumah suaminya. Rumah yang besar. Cantik. Ada mini taman di hadapan rumah itu. Alina tercari - cari bahagian manakah yang dikatakan masih diubahsuai itu sehingga memaksa dia terjemurus menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tidak dikenali.
"Awak cari apa?"
"Cantik rumah ni tapi bahagian mana yang masih diubahsuai tu."
"Oo..kontraktor kata dapat disiapkan lebih awal." Alina faham.
"Hmm.. awak lapar ke? Kat dalam peti ais tu ada bahan basah. Awak masaklah apa yang awak suka. Saya naik atas kejap. Kalau awak nak tidur, bilik awak di bawah ni. Sebelah tangga tu." Tunjuk suaminya ke arah bilik itu.
Alina mengangguk. Sepanjang tempoh menjadi isteri segera ni, hobi baru Alina asyik mengangguk sahaja. Alina terus ke bakal biliknya. Diperhatikan bilik itu. Terdapat katil bujang dan almari dua pintu. Kipas syiling telah di tekan dan berputar. Alina ke bilik air untuk mengambil wuduk dan solat. Selepas itu, baru dia akan ke dapur untuk masak apa yang sesuai.
###########
Alina menghidangkan makanan yang dimasaknya di atas meja. Perut terasa lapar. Makanan mudah sahaja yang dapat difikirkan saat dia nampak ayam dan sayur. Alina buat ayam masak kicap dan sayur campur.
Suaminya baru turun. Terhidu bau wangi masakan Alina. Dia terasa lapar. Tanpa segan silu, dia makan masakan Alina. Walaupun makanan simple, tapi sangat enak.
'Pandai dia ni masak.'
"Duduklah. Makan sekali."
Alina mengangguk lagi. Mereka menikmati makanan. Sunyi. Sesekali bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan.
Habis licin pinggan suaminya. Suaminya pun dah membasuh tangan.
"Terima kasih. Saya kena masuk pejabat semula. Ada urusan. Saya pergi dulu."
Alina segera basuh tangan.
"Nanti kejap." Alina menahan suaminya. Dihulurkan tangan kepada suaminya. Lama suaminya menatap tangan Alina. Akhirnya dihulurkan juga tangan. Alina tunduk ingin cium tangan suaminya. Tanpa sempat dicium tanda hormat, suaminya menarik tangan.
"Saya pergi dulu."
Pintu rumah ditutup suaminya. Alina mengeluh.
Share this novel