BAB 4 DUGAAN

Drama Series 10317

5 tahun berlalu...

Zue dah tamatkan pengajiannya dan mendapatkan pekerjaan setiausaha di syarikat arkitek di KL. Walau duduk di KL, dia tak pernah lagi bersua dengan kakaknya. Asal je mesej sibuk katanya. Akhirnya Zue malas dah nak ambik tau.

Zue menyewa seorang diri di rumah flat. Perlu privacy katanya. Pergi kerja naik LRT. Jimat. Zue kini bukan Zue yang dulu. Pandai bergaya. Seksi. Seksa orang lain tengok. Tapi dia ada harga diri dia sendiri. Zue menjaga maruahnya di kota metropolitan tu dengan baik. Dia masih ada agama.

Alina masih duduk bersama Mak Tam, kesayangannya. Umur Alina kini 22 tahun dah. Tak pergi mana pun. Duduk dalam rumah. Masih gemuk tapi putih setanding Zue dan Zai. Masih masak untuk kedai Mak Tam. Masih selalu mesej - mesej dengan Zue.

Kali terakhir jumpa Zue masa Zue dah habis belajar dan menganggur duduk di rumah tunggu tawaran kerja. Rezeki Zue tak lama dia tunggu. Macam - macam Zue dengan Alina buat sepanjang tempoh tanam anggur Zue. Mereka semakin rapat. Macam Zue dengan Alina pula adik beradik. 3 bulan lepas graduation, Zue dilamar bekerja di Bina Ilham Sdn Bhd, syarikat arkitek.

Kak Zai masih dengan kehidupan dia. Berasmara - dana dengan kekasihnya, Haiqal. Setiap hari berjumpa. Malah mereka dah membuat maksiat hampir 4 tahun.

Awal tahun pertama, masih menjaga adab dan agama. Tahun kedua bercinta, terus naik syeikh. Syaitan pula malu dengan mereka. Kalau tak pakai alat pencegah, rasanya dua dah anak haram Kak Zai. Yang bagusnya, Haiqal masih setia dengan Zai. Zai tu putih, tinggi lampai, manis dan manja. Mana tak terlawan nafsu si Haiqal tu. Rumah banglo Haiqal jadi tempat permainan mereka.

Haiqal ni nama je anak Dato' Ikmal, antara jutawan berjaya di KL. Dah misai ayah dia macam A.Galak. Macam tu jugalah tegasnya Dato' Ikhmal. Dia akan bagi modal permulaan kepada anak-anaknya mulakan perniagaan, selebihnya nak untung ke rugi, tanggungjawab anak - anaknya sendiri. Sampai masa baru dia akan masukkan dalam senarai CEO syarikat pembangunan terkenalnya.

Walau dah 5 tahun berlalu, syarikat Haiqal masih macam tu. Dana syarikat nyawa - nyawa ikan je nak rolling modal. Dia buka syarikat surat khabar. Sekarang orang kurang baca akhbar, semua hujung jari je. Menyesal juga dia buka bidang ni. Tak tahu baca bidang ekonomi mana yang sesuai dibuka awal - awal dulu. Sekarang, pening dia nak fikir selaku bos besar syarikat sendiri. Lagipun dia boros. Itupun banyak belanja demi kekasih dia.

###########################

Di atas katil, sepasang kekasih tidak halal tanpa seurat benang saling memeluk. Wanita itu berada dalam pelukan si lelaki. Siapa lagi kalau bukan Zai dan Haiqal.

"You...sampai bila kita nak macam ni? Sampai bila I nak kena tunggu title wife kepada Haiqal bin Dato' Ikhmal?" nada kecewa Zai.

"Maaflah sayang. I buntu dah. Papa kata selagi tak dapat untung ikut target dia, dia takkan bagi masuk company dia lagi. Company I tengah nazak ni..Sabar ye," sambil mengelus rambut lembut Zai yang sudah kusut masai tu.

"You janji 6 bulan..Ni dah 5 tahun," Zai cuba mengingatkan Haiqal.

"Entahlah.. I buntu sangat-sangat. I dah tak tau nak minta tolong siapa. Company dah capai limit buat loan.I tak dapat buat loan lagi selagi company tak jelaskan 25% dari loan yang dah I buat," terang Haiqal. Entah faham ke tak Zai.

"Betul ke you tak dapat cari cara lain ni?" soal Zai.

"Betul sayang.. You ada cara ke?" pandang mata Zai berharap walau dia tahu kekasihnya takkan mampu bantu dirinya.

"I cuba dulu. Tapi next week I bagitahu you macam mana cara I dapat tolong you. I kena balik kampung dulu," cadang Zai.

"Betul ke, sayang?

Zai angguk. Terus pipi Zai digomol Haiqal lembut. Bibir Zai diraih dengan bibir Haiqal dengan rakusnya. Tangan Haiqal menarik selimut dan menutup keseluruhan badan mereka untuk mengulangi maksiat mereka sekian kalinya.

sambil2 layan lagu je..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience