BAB 10 SAMBUTAN

Drama Series 10319

"Selamat Hari Lahir yang ke 25 Kak Zue. Ina doakan Kak Zue panjang umur, murah rezeki dan ditemukan jodoh yang baik dan cepat."

"Terima kasih Ina. Kak Zue seronok Ina ada sini. At least Kak Zue ada teman di teratak sewa Kak Zue ni."

"Sama - sama Kak Zue. Cantik rumah Kak Zue. Luar flat, dalam kondo. Pandai Kak Zue hias. Mahal ke sewa di sini Kak Zue?"

"Bolehlah tahan tapi gaji Kak Zue boleh tampung. Jimat sebab Kak Zue pun pergi kerja naik LRT. Kereta Kak Zue pakai kalau nak pergi jalan- jalan je. Tak boleh tahanlah. Pagi jem. Petang jem. Kenyang dengan jem duduk KL ni."

Mereka gelak sakan kalau dah mula bersembang. Konon - konon nak sambut di luar, tapi sebab Kak Zue penat balik kerja, dia hanya beli kek sendiri dan sambut bersama Alina di rumah sahaja.

"Kejap ye Kak Zue. Ina ambik hadiah beli khas untuk Kak Zue. Harap Kak Zue sudi terima." Berlari anak Alina mengambil hadiah dari Kak Zai yang diselitkan di beg bajunya semalam.

"Nah Kak Zue. Bukalah. Khas untuk Kak Zue."

Kak Zue pun mula mengoyak hadiah uang dibalut dengan pembalut berwarna merah jambu itu. Berbentuk petak dan dihiasi reben berwarna emas.

"Susah - susah je Ina. Sanggup datang jauh semata - mata nak buat kejutan ni. Terima kasih Ina."

Hadiah dibuka. Sehelai tudung bawal satin bidang 45. Alina dan Kak Zue terkelu.Alina, Kak Zue dan Kak Zai memang belum bertudung. Mak Tam tidak pernah mengajar mereka bertudung. Hanya bertudung ketika ke sekolah sahaja.

Jadinya, masing - masing terkelu dengaj hadiah tu. Kak Zue berfikir mungkin Alina ingin dia berubah ke arah kebaikan tapi Alina pun belum bertudung. Dia keliru. Husnuzon jelah. Alina pula tak dapat fikir apa sebab Kak Zai beri tudung tu.

Di rumah, Kak Zai dah gelak - gelak membayangkan perkara ni. Dengan harapan hubungan mereka berdua semakin goyah. Tapi Kak Zai silap, sebab apa mereka berdua mempunyai hubungan yang baik. Sebab mereka sentiasa bersangka baik sesama mereka.

"Terima kasih Ina. Insyaallah bila sampai seru, Kak Zue pakai ye. Nanti Kak Zue beli juga tudung untuk Ina bila Ina juga berniat untuk bertudung."

Alina kelu namun tetap tersenyum. Tak tahu nak jawab apa. Dia teringat tentang subjek Pendidikan Islam yang pernah dipelajarinya dulu. Dia boleh score A subjek tu tapi tidak mengamalkannya.

################

"You yakin ke dengan cara ini boleh selamatkan company I?" Haiqal meletakkan kaki di atas meja kerjanya di pejabat sambil berbicara dengan Kak Zai tentang perancangan mereka.

"Yes.. I yakin. You jangan risau."

"Kalau dah macam tu, I ikut je perancangan you, sayang."

"Plan A dan Plan B dah selesai. Sekarang Plan C. I ada sampai huruf Z. Kalau Z habis, ulang balik dari A."

"Thank you sayang. I janji lepas je company I stabil, kita nikah je. Kita buat grand macam mana you nak."

"Yes! I nak jadi menantu Dato' Ikhmal yang dikenali tau."

" Ya, you jangan risau."

Sebab tu Kak Zai mampu bertahan dengan Haiqal sebab dia tau Dato' Ikmal tu kaya orangnya. Satu hari nanti tetap juga Haiqal akan mewarisi kekayaan itu. Cuma dia tidak berpeluang bertemu dengan Dato Ikmal. Takut dengan misai A. Galak ayah Haiqal. Semua tentang keluarga Haiqal dia tak tahu kecuali tentang harta ayah Haiqal. Itupun Haiqal yang cerita. Lagi semangat dia nak kahwin dengan Haiqal.

belum klimaks

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience