Mak Tam dah mula menjual di gerainya selepas Alina dah selesai memasak. Itulah rutin mereka berdua setiap hari. Mak Tam sedar pagi tu yang Kak Zai dah balik, tapi Kak Zai tengah tidur lagi.
'Biarlah. Letihlah tu drive sorang. Balik nanti aku sembang- sembang dengan dia, ' detik hati kecil Mak Tam masa kemas - kemas barang niaga ke dalam keretanya.
Sambil kemas tu, dia mengerling kereta Zai sebelah.
'Hebat juga anak aku ni, kerja kerani je dapat beli kereta besar macam ni. Mesti gaji besar tu.'
Kereta Honda Civic berwarna silver metalic pemberian Haiqal. Body dah tergadai. Dapatlah habuan dari Haiqal. Mujur Haiqal ni bukan womanizer. Setia.
Alina belum perasan lagi Kak Zai ada dalam rumah masa tu. Sebab dia sibuk isi lauk - lauk nasi lemak dalam bekas di dapur. Selesai Mak Tam susun barang - barang kat kereta dan Alina nak kunci pagar gril rumah Mak Tam, dia perasan kereta Kak Zai. Dia tau tu kereta Kak Zai sebab Kak Zai pernah update gambar kereta tu di status what app dengan caption "tq sayang". Alina masih ingat. Dia memang diberi kelebihan menyimpan memori secara long - term.
Tak buang masa, dia ketuk bilik Kak Zai. Rindu juga walau tak rapat macam mana dia dengan Zue. Dalam tempoh 10 tahun ni berapa kali je jumpa Kak Zai.
Tok! Tok! Tok! Pintu Kak Zai diketuk. Senyap.
Pulas pintu. Pintu tidak dikunci. Kak Zai tengah sleeping beauty atas katil dengan baju semalam. Seksi. Alina senyum dan bangga kerana ada kakak - kakak yang cantik. Alina pun comel cuma badan je chubby. Nak kata gemuk sangat tak. Mak Tam je suka label dia macam tu.
Dengan ketinggian 153cm.Berat hampir 85kg. Chubby ke gemuk? Yang pasti obesiti dah tu. Dia makan yang dia masak. Sedap pula tu. Mak Tam pula tak membantah. Sebenarnya itu cara Mak Tam, biar Alina gemuk. Dengan cara tu, kecantikan Alina yang sebenar dapat disembunyikan.
Arwah mak Alina memang seorang yang sangat cantik. Masa mudanya dicemburui oleh wanita - wanita lain termasuk Mak Tam. Masa Alina baby, dia sangat comel. Ramai geram dengan Alina. Masa tu anak - anaknya pula yang tembam gedebab. Sebab tu bila mereka besar, dia suruh anak dia jaga badan supaya kurus. Alina pula yang disuruh makan banyak selepas Alina dibela olehnya. Fikir Alina dia disayangi. Kak Zai dengan Kak Zue tak tau niat mak mereka. Halus permainan Mak Tam.
Kulit Alina yang hitam dah semakin putih.Hitam dulu sebab Alina ke sekolah ulang alik berjalan kaki. Payung memang sengaja Mak Tam tak beli. Katanya masa tu duit tak cukup. Payung je pun. Tapi Alina masa tu remaja yang naif. Ikut jelah apa kata Mak Tam. Dia sedar diri dia. Sekarang dah semakin dewasa, dia semakin putih. Kembali ke genetik asal keturunan mereka. Putih kemerah - merahan.
Alina menyentuh hujung kaki Kak Zai. Mengejut Kak Zai bangun tidur. Cukup dah kot rehat Kak Zai tu. Pukul 7.30 pagi dah kan.
"Kak Zai, bangun, " lembut je nada Alina.
"Hmmmmmm," mengeliat manja.
Celik mata, Kak Zai tengok jam di tangan. Bangun dengan gaya yang sungguh seksi. Perlahan. Mata dibuka sikit - sikit sampai habis. Terus Alina memeluk Kak Zai.
Kak Zai menolak Alina.
"Tepilah, kau tu busuk, " tak sedar dia yang belum mandi lagi. Alina awal - awal dah mandi.
Alina ke tepi. Dia tak rasa apa pun Kak Zai kata apa tadi.
"Bila Kak Zai sampai? Rindu sangat," Alina tengok je perbuatan Kak Zai yang baru bangun menggapai tuala dan terus masuk bilik air yang memang dah ditambah dalam biliknya itu 4 tahun lepas. Itupun duit Haiqal dia minta.
"Semalam." Pintu bilik air ditutup.
Alina terus ke ruang tamu menyapu rumah dan mengemas seperti biasa. Rumah Mak Tam memang sentiasa kemas sebab tangan Alina yang sentiasa tak tahu duduk diam. Ada je kerja dia nak buat.
#############################
Selesai kerja, dia rehat di kerusi ruang tamu baca berita online. Kak Zai yang baru selesai mandi dengan baju singlet putih, tak pakai pakaian dalam. Ditambah pula seluar leggging. Seksi. Nampak montok badan Kak Zai. Sama seksi dengan Kak Zue. Alina macam tulah. Pakai seluar longgar. Baju Tshirt. Kalau pakai baju macam Kak Zai, terkoyak pula baju tu. Dahla aset dada Alina seiring membesar dengan badannya. Kalau dia kurus tak taula benda itu ikut kecut ke tak. Hahaha..
Kak Zai duduk sebelah Alina. Tarik bekas telefon lamanya dari tangan Alina dan letak di atas meja kopi di hadapan mereka.
"Ina, Kak Zai ada benda nak cakap ni, " ni peluang dia cucuk jarum sebelum Mak Tam balik rumah.
Alina pandang dalam mata Kak Zai. Tertanya - tanya.
"Minggu depankan hari jadi Kak Zue. Kak Zai dah beli hadiah untuk Kak Zue tapi tak sempat bagi kat dia masa Kak Zai kat KL. Kak Zai rindu kampung sangat. Tu yang balik kampung ni." Alasan.
"Takpelah. Kak Zai tinggalkan kat rumah je. Nanti Kak Zue balik, Ina bagi kat dia."
"Alaaa.. tak seronoklah macam tu. Feel terima hadiah hari jadi yang belated rasa tak seronok tau. Kesian Kak Zue, " Kak zai mengubah silanya atas sofa dengan kaki kanan bersila dan kaki kiri berjuntai di lantai. Badan mengadap Alina.
Kak Zai menggapai tangan Alina. Memujuk. Alina pelik tingkah laku Kak Zai. Dia biarkan tangan Kak Zai mengelus tangan gebunya.
"Kak Zai nak minta tolong Ina ni. Ina pergi KL Sabtu ni dan wakilkan hadiah dari Kak Zai, tapi jangan kata Kak Zai yang bagi. Ina kata ni hadiah dari Ina dan buat surprise. Please......" rayu Kak Zai.
Alina cair tapi kenapa Kak Zai buat macam ni. Baru dia nak tanya, Kak Zai dah buka mulut. Kak Zai tak boleh lama, nanti Mak Tam balik Plan B pula yang menyusul. Plan A ni penting bagi dia. Permulaan segala perancangan.
"Sebenarnya, Kak Zai ada selisih faham dengan Kak Zue. Ni tanda minta maaf Kak Zai dengan dia. Tapi Kak Zai tak nak dia tahu ni hadiah dari Kak Zai. Biar Kak Zai bagitahu sendiri bila tiba masanya. Kalau Alina sayang Kak Zai dengan Kak Zue, janji jangan bocorkan rahsia pada sesiapa tau. Kalau tak makin teruk hubungan kami nanti." putar belit ayat dia rangka.
Mata Alina terkebil - kebil cuba memahami penjelasan Kak Zai. Tak pernah pula Kak Zue cerita pasal ni. Sedangkan dorang selalu bertanya khabar. Hubungan dorang jauh tapi dekat. Berbeza Alina dengan Kak Zai sekarang. Dekat tapi jauh. Alina tak faham perasaan ni. Mungkin umur mereka jarak 5 tahun kot. Sekarang Alina dah 23 dan Kak Zai pula yang dah 27 tahun.
"Tapi Ina jangan bagi tahu apa-apa, kata je hadiah ni surprise dari Ina. Kak Zai tak nak mengeruhkan keadaan. Kak Zai nak jernihkan hubungan kami. Ina sayang kami berdua kan?" saja Kak Zai main ayat sentimental. Dia kenal Alina.
"Oklah. Tapi Ina kena minta izin Mak Tam dulu. Takut Mak Tam tak bagi. Siapa nak tolong Mak Tam nanti."
"Bab ni Ina jangan risau, serah je pada Kak Zai. Mak dengan Kak Zai macam ni haaa.. " Kak Zai menyatukan dua jari telunjuknya untuk menunjukkan betapa erat hubungan mereka dua beranak.
"Oklah. Petang nanti kita beli tiket bas ye, Kak Zai."
"Tupun Ina jangan risau. Dah selesai. Kak Zai dah beli online. Esok kan Sabtu. Kak Zai pun lupa dah hari esok Sabtu. Hahaha.. ," gelak kecil untuk menyembunyikan perancangan yang dirancang bakal menjadi demi Haiqal.
"Eh, cepatnya Kak Zai beli? "
Kak Zai senyum dan berpaling mengadap TV. Buka channel kegemaran dia. Alina pelik. Takpela boleh jumpa Kak Zue. Dia pun tak pernah datang KL.
moga terhibur..boleh kritik.
Share this novel