BAB 8 DESTINASI

Drama Series 10319

Bas yang dinaiki dirasakannya tak bergerak. Dah kenapa pula ni? Terpisat - pisat mata Alina dalam kegelapan. Dia tak sedar kepalanya disandarkan pada bahu kanan lelaki di sebelahnya. Dilihat mata lelaki itu yang tertutup. Kalau orang lain tengok dah macam rupa kekasih yang bercinta. Alina cepat - cepat menegakkan kepalanya. Kang lelaki ni tersedar kang, dia dicop perempuan gatal plak kang. Yelah kepala dah masuk bahagian seat lelaki tu. Mana Alina sedar kalau dah dapat tidur. Jenis pula tidur awal. Kak Zai ni pun satu, beli tiket malam pula tu. Pukul 12 lebih kot baru sampai KL nanti Waktu macam tu Alina sibuk dah peluk bantal peluk.

Alina melihat kepala orang di hadapannya. Macam pakai tudung. Perempuan kot. Dicuit sikt bahu kanan wanita dihadapannya melalui celahan kerusi tu.

"Kenapa bas ni berhenti? Kita dah sampai ke?" Alina berbisik tidak mahu mengganggu anak wanita di hadapannya dan lelaki disebelahnya yang tertidur.

"Belum lagi. Dah lama bas ni berhenti ni. Katanya rosak." wanita itu membalas.

Alina melihat jam di telefon bimbitnya. Sudah pukul 11.30 malam. Lokasi bas ni berhenti pun dia tak tahu kat mana. Nak tanya lebih - lebih pada wanita di hadapannya, dia segan. Sebab nampak juga wanita dihadapannya tak senang duduk. Nak cepat juga rasanya. Akhirnya dia menyandar semula kepalanya di kerusi.

Lelaki sebelahnya terjaga. Alina rasa bersalah. Mungkin hentakan kepalanya di kerusi menyebabkan lelaki itu terjaga.

"Sorry..."

"Why?"

"Mengganggu tidur awak."

"Dont worry. I memang nak bangun ni sebab rasa bas tak bergerak dah."

Krut... krut... Perut lelaki tu berbunyi. Padahal terbangun sebab lapar. Last makan petang tadi.. Dia tersengih. Nampak sangat kacak bagi Alina dengan lampu yang malap - malap ni. Fuh. Dikerdip matanya untuk menghilangkan hormon kegatalannya. Lelaki itu tengok keliling bas melalui tingkap. Bukan dalam RNR atau hentian sebelah. Mana nak beli makanan ni. Bas berhenti tepi highway ni. Alina pula tersenyum dengan bunyi tu. Dia ambil roti yang dibelinya sebelum naik bas tadi, banyak juga dia beli. Roti Gardenia perisa jagung 3 bungkus, coklat 3 bungkus dan vanila 4 bungkus. Alina takut lapar.

"Awak makan roti tak?"

"Kalau darurat macam ni, semua I makan."

"Saya ada roti ni. Pilihlah mana awak nak, " diselak isi dalam beg sandang yang pernah digunakan Alina masa Tingkatan 5 dulu. Masih utuh tali beg tu. Pemberian kak Zue.

Lelaki itu mengambil je apa yang boleh digapai di dalam beg Alina.

"Vanila. Sweet. Ok with me. Can I? " Perisa vanila dipilihnya dan sekali lagi lelaki itu bertanya kepada Alina agar diberi kebenaran untuk makan roti itu.

"Jangan risau. Halal. Saya sedekahkan pada awak. " Alina pun mengambil roti perisa jagung dan makan bersama menghilangkan rasa lapar mereka.

Alina membaca Bismillah sebelum makan roti itu. Perlahan tapi jelas didengari lelaki itu. Lelaki itu terus makan roti itu. Hmmm.. Sweet like the owner. Dia tersenyum dalam hati.

"Mak.. Hamdan laparlah." suara budak di hadapannya kedengaran.

"Makcik, ni saya ada beli roti lebih tadi. Ambillah." Dihulur roti coklat 2 bungkus kepada wanita dihadapannya melalui celahan kerusi.

"Terima kasih. Tak tahulah kenapa bas ni berhenti lama sangat. Berhenti pula kat tempat macam ni." Mengomel. Tangan tetap mengambil roti tadi.

5 minit masa berjalan.

"Maaf semua. Bas ada masalah sikit tadi. Tapi sekarang dah selesai dah. Maaf sekali lagi ye. Kita akan mula bergerak ya. Lagi 2 jam kita sampai" Pemandu bas bersuara nyaring dari hadapan untuk memaklumkan kepada semua penumpang apa yang berlaku.

Perkataan lega kedengaran dari mulut wanita yang duduk di hadapannya. Alina tidak terasa mengantuk lagi dah. Mungkin baru lepas tidur dan makan menyebabkan perutnya sedang melakukan senaman.

"Cukup tak 1 roti tu? Nak lagi?" tanya Alina kepada lelaki sebelahnya.

"If you dont mind, vanila again please." Ditarik roti vanila dari beg Alina tanpa segan silu. Alina tersenyum dan mengangguk. Kuat speaking betul lelaki ni. Nasib baik English dia power lagi. Boleh faham, tapi nak cakap tu Alina takde keberanian. Hari - hari cakap Melayu dengan Mak Tam, communication skill in English dia memang tak polish lah. Yang dia selalu dengar gemuk.. gemuk..gemuk...

Lagi 2 jam, sekarang dah 11.45 malam. Dikira - kiranya dalam pukul pukul 1.45 pagi sampai KL. Segera dimesej Kak Zue supaya tidak tunggu lama.

Alina : Bas ada masalah Kak Zue. Rosak tadi. Sekarang dah ok. Driver kata 1.45 baru sampai.

Kak Zue : OK. Hati - hati sayang. Power bank ada bawak kan. Apa - apa call Kak Zue. Kak Zue akan tunggu Ina dalam pukul 1.30.

Alina : Kak Zue rehatlah dulu ye. Lambat lagi ni.

Kak Zue : Dont worry. I know how to take care myself. Awak tu yang hati - hati duduk dalam bas. Jangan terpikat dengan lelaki sebelah pula. (macam tahu - tahu je Kak Zue ni)

Alina : Isyhh.. takde nya lah. Siapa je yang nakkan gemuk macam Alina ni. Orang buta je Kak Zue.

Kak Zue : Orang buta hati je macam tu. Kalau mata buta, tapi hati celik, dia akan terpikat dengan Ina.

Alina : Hahaha... Merepek...

Kak Zue : Nak kerepek??

Alina : Tadi buta. Ni pekak pula.. (Senyum Alina membalas mesej Kak Zue)

Kak Zue : Pekak kalau guna telinga. Ni kan kita taip je. Ni kita panggil buta huruf.

Mereka kalau dah sembang memang suka merapu. Apa je yang boleh ditaip. Tak kira dah. Kadang - kadang tak de penghujung ayat. Sedar - sedar telefon masih ditangan, mata terpejam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience