"Lama dah ke Kak Zue tunggu tadi?" Alina bersuara sambil memillih beg baju yang berada dalam tempat simpanan beg di sisi bas ekspres itu.
"Tak lama sangatlah. Satu beg je ke Ina bawak ni?" mata Kak Zue melihat beg yang dipimpin Alina.
"A'ah. Satu je. Seminggu je kan."
"Terima kasih Ina. Terkejut Kak Zue bila Ina kata nak datang sini nak sambut birthday Kak Zue."
"Small matterlah.. Demi Kak Zue, Ina lagi suka."
"Nak buat macam mana kan. Birthday kali ini hari biasa bukan hari minggu. Kalau weekend, Kak Zue balik kampung dah sambut dengan Alina." senada ayat Kak Zue.
"Takpe. Ada hikmah semua ni.Jom Kak Zue. Ina mengantuk dah ni."
"Jom."
Kak Zue sudah berjalan beberapa langkah di hadapan Alina. Alina terpandang lelaki yang berada di sebelahnya tadi yang berada di tiang terminal bas bersama beg sandangnya. Seperti menunggu seseorang.
Lelaki itu terasa seperti diperhatikan lalu melihat gerangannya mata itu.
'Sweety. Its you.' Gumamnya di dalam hati.
Alina tersenyum. Lelaki itu mengangkat tangan sambil mulut mengucapkan 'terima kasih' tanpa nada. Alina mengangguk dan terus mengejar Kak Zue setelah menyedari Kak Zue yang berada jauh di hadapannya.
###################
"Maaf tuan. Lambat sikit. Kereta belum siap lagi. Tak sempat ambil tuan di Johor siang tadi." Mashud bersuara sambil membuka pintu kepada majikannya.
"Macam - macamlah kau ni. Lepas siap kereta ni, nanti kita tukar kereta baru. Serabut aku kalau jadi macam ni lagi."
"Dah tu ni kereta siapa kau bawak ni?"
"Tulah tuan. Saya bagitahu dulu. Tuan taknak percaya. Nak juga pakai kereta second hand tu. Kata antiklah..Ni kereta saya tuan."
"Aku nak berjimat selagi boleh. Kalau boleh dipakai, aku pakai."
'Jimat ke kedekut.' Mashud mampu bersuara dalam hati tapi tidak disangkal majikannya memang berbelanja ikut keperluan dan yang penting sahaja.
"Dah..dah..jom gerak.. aku mengantuk dah ni. Hantar aku kat rumah aku je."
"No problem tuan." Kereta bergerak mengikut arus. Tenang rasanya Mashud memandu malam hari kerana kereta tak sebanyak di siang hari.
###############
'Aduh.. lupa pula nak tanya nama si manis dalam bas tadi. Jatuh cinta pandang pertama ke aku ni? Tapi dah kenapa taste aku macam tu? Sebab dia baik ke atau kecomelan dia ke atau ke'chubby'an dia tu?'
Lelaki itu mengenangkan semula pertemuan dengan gadis comel yang berada di sebelahnya tadi.
Dia teringat tentang gadis itu yang tertidur di bahu kanannya. Dia memang tak tidur masa tu tapi tak sampai hati untuk mengalihkan kepala gadis itu. Bahu terasa lenguh sampai rasa kebas. Namun digagahkan jua menampung kepala gadis itu. Entah kenapa dia berasa berdebar saat kepala gadis itu menyandar di bahunya. Seolah ada renjatan elektrik. Saat gadis itu terjaga, segera dia memejamkan matanya. Dia tersenyum apabila imbasan peristiwa itu berlayar dalam ingatannya.
Mashud memandang melalui cermin pandang belakang.
'Dah kenapa dia ni? Tak pernah senyum seorang - seorang ni? Pertama kali naik bas jadi gila dah ke?'
perlahan - lahan karang cerita..sorry
Share this novel