"Maaf encik-encik semua. Tuan rumah takde. Saya adik sepupu dia. Saya seorang je ni sebab ambil barang. Rasanya encik - encik semua ni salah faham dan salah rumah ni." Alina menjelaskan di sebalik pintu selepas pintu dibuka separuh. Hanya kepalanya sahaja yang dijengul untuk menunjukkan muka kepada mereka.
Mereka semua berpandangan sesama mereka.
"Kalau cik seorang sahaja, belakang cik ni siapa?" wakil kumpulan itu bersuara.
Alina memalingkan wajahnya. Seperti seseorang yang pernah dia lihat, tapi tak pasti adakah orang yang sama. Nyatanya dia sangat terkejut sebab lelaki itu hanya bertuala sahaja di samping tuala kecil yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya. Mereka semua saling berpandangan. Alina pengsan.
#####################
'Mimpi ngeri...mimpi ngeri..aku kena bangun dari mimpi ni.' suara hati Alina berbicara. Perlahan - lahan Alina membuka matanya.
Dia masih berada di rumah Kak Zai. Cumanya keadaan dia yang berbaring di sofa panjang Kak Zai dan badan gebunya diselubungi selimut. Alina mendongak kepala. Terlihat Kak Zue yang sedang memegang sebekas air. Dilihatnya Kak Zue meletakkan bekas itu di atas meja sebaik sahaja dia bangun.
"Ina ok ke?"
"Kak Zue.. Apa berlaku ni?"
Mereka semua terdiam. Alina terpandang lelaki tadi yang sudah lengkap berpakaian duduk berhadapan dengannya. Dilihatnya sekeliling, masih terdapat lelaki - lelaki yang berkopiah dan bersongkok. Dia tidak bodoh tentang hal ini. Dia tau maksud berkhalwat tapi dia tak buat semua ni. Nyata dia tak bermimpi. Adakah dia berada di tempat dan waktu yang salah?
"Baguslah cik dah sedar. Maaf andai kedatangan kami mengejutkan semua. Kami mendapat aduan di rumah ni berlakunya maksiat dan hasil pemeriksaan didapati cik berdua - duaan dengan lelaki ini dalam keadaan mencurigakan."
"Tak tuan..betul.. saya tak buat semua tu! Saya datang sini nak ambil barang je. Kak Zue, percaya Ina Kak Zue. Ina tak buat semua ni!" mengongoi Ina lantas meraih tangan Kak Zue. Kak Zue hanya mengangguk kepala dan memandang ke sisi menyapu air matanya yang mula bergenang. Dia sendiri tak tahu nak kata apa. Semua ni sangat mengejutkan saat dia terima panggilan dari nombor Ina dan menyuruhnya datang ke rumah Kak Zai.
"Maaf cik. Kami ramai saksi ni. Nak tak nak memang cik berdua kena ikut kami."
Mendayu tangisan Alina. Lantas dilihat lelaki yang bertuala tadi. Terus diketepikan selimut yang menutup badannya dan terus melutut merayu lelaki itu untuk menjelaskan segalanya.
"Tolong encik. Jelaskan kepada mereka siapa mereka dan bagaimana encik berada di rumah ni. Tolonglah encik. Saya merayu sangat. Ini melibatkan maruah saya encik." rayu Alina tanpa disedari keadaan dirinya.
Salah seorang pegawai berdehem. Kak Zue segera bangun mengambil selimut tadi dan menyelimut badan Alina.
Lelaki tadi bangun dan pergi ke arah pegawai pencegah maksiat itu.
"Maaf tuan. Saya kawan sepejabat tuan rumah. Tumpang bermalam seminggu di sini sebab kebetulan rumah saya diubahsuai. Tuan rumah membenarkan saya menyewa di sini selama seminggu. Saya tak tahu pula ada orang di sini sebab kawan saya kata rumah ni kosong seminggu."
"Tak kira apa sekalipun penjelasannya. Maksiat tetap dikira maksiat,tuan. Apapun tuan dan cik ni akan didenda kerana berkhalwat. "
Lelaki itu mengangguk tanda setuju. Kak Zue bangun.
"Macam mana dengan maruah adik saya ni? Siapa yang nak bertanggungjawab? Takkan cukup sekadar membayar denda sahaja. " Tidak puas hati Kak Zue. Kak Zue merasakan lelaki itu seperti ingin lepas dari tanggungjawab.
Pandangan mereka semua tertala kepada lelaki itu melainkan Alina yang masih melutut dan menangis. Dirasakan kelam masa depannya.
"Saya akan bertanggungjawab dan sanggup menikahinya, encik." saat lelaki itu bersuara Alina memandang tepat kepada lelaki itu.
Tangisan Alina semakin kuat.
'Siapa lelaki ini?'
'Aku tak kenal dia.'
'Kenapa aku kena kahwin dengan dia.'
'Aku tak bersalah.'
Alina pengsan sekali lagi di sisi meja itu.
nikah juga
Share this novel