BAB 19 IKHLAS

Drama Series 10319

Setelah bermalam di kampung selama 1 malam, Alina nekad balik segera. Tak sabar rasanya nak berjumpa suami sendiri.

'Moga - moga apa yang kulakukan untuk suamiku ni akan beroleh pahala di akhirat kelak.' Niat Alina. Di samping Alina ingin membantu suaminya, dia juga berharap dengan cara ini dapat memikat hati suaminya kerana dia telah jatuh cinta dengan suami sendiri.

Kak Zue telah pulang ke rumahnya. Walau masih awal, tetapi Kak Zue mengatakan ingin pulang ke rumah untuk berehat. Suami Alina masih belum pulang dari kerja. Alina ingin membuat kejutan untuk suaminya. Alina masak ikan siakap tiga rasa. Suda tentu rasanya mengalahkan ikan siakap kayangan yang viral itu. Alina tersenyum berangan

Suaminya pulang agak lewat pada jam 9 malam. Alina menyambut suaminya sepertu biasa. Tanpa kata, suaminya naik ke atas dan kembali turun untuk makan malam.

"Awak masak apa malam ni?"

"Siakap tiga rasa. Jemput duduk dan makan, awak."

Suaminya menarik kerusi dan mula menyedok nasi. Alina menyedokkan lauk untuk suaminya. Mereka bertentang mata.

"Mak cik awak sihat?"

"Sihat."

Diam.

"Hmm..." Alina memulakan bicara.

Suaminya memandangnya.

"Kita makan dulu lepas tu bincang di ruang tamu."

Alina terlupa habit suaminya ketika makan kurang bercakap.

########

Alina menyediakan kopi untuk suaminya dan meletakkan di atas meja.

"Macam mana syarikat awak?"

"Saya masih dalam usaha. Kenapa?"

"Saya boleh bantu awak." Alina bermain dengan jarinya. Malu apabila bertentang mata dengan mata redup suaminya. Suaminya tergelak. Sama ada gelak dengan aksinya atau perkataannya.

"Awak nak tolong macam mana?"

Alina mengambil geran tanah yang sememangnya berada di bawah meja dan di sorot perlahan kepada suaminya.

"Apa ni?"

"Awak tengoklah. Mana tau ni boleh bantu awak."

Suaminya memandang isi kandungan geran dan kembali memandang Alina. Dia terkedu. Perlahan - lahan senyum terbit dari bibirnya. Mereka saling berpandangan dan tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience