BAB 7 PUTAR BELIT

Drama Series 10319

Malam tu Alina tidur awal. Kak Zai dah pesan kat Alina tidur awal dan packing baju siap - siap untuk seminggu sebab malam ni Kak Zai nak slow talk dengan Mak Tam. Kak Zai kata confirm jadi. Alina pula memang jenis tidur awal sebab perlu bangun awal. Dia dah terbiasa rutin macam tu.

Mak Tam tengah tengok TV drama Melayu. Kak Zai datang duduk sebelah Mak Tam.

"Wow...tebalnya gelang emas mak ni. Cantik. Kena sangat dengan tangan mak," ayat manis macam gula kalau Kak Zai sembang dengan maknya. Sebab tulah Mak Tam sayang sangat dengan Kak Zai berbanding Kak Zue. Pandai ambil hati.

"Bolehlah. Hasil meniaga mak, campur sikit duit Zai bagi mak tiap - tiap bulan tu."

Memanglah. Duit dari Haiqal dia ambil. Setiap bulan RM 4000 untuk dia memang Haiqal dah sediakan sebagai elaun hidup. RM1000 dia bagi mak dia setiap bulan. Jumlah RM 5000 setiap bulan untuk Kak Zai. Itupun Haiqal gunakan wang syarikatnya dan dimasukkan bawah slip gaji Haiqal dengan nama elaun sara diri. Belum campur lagi perbelanjaan kereta, sewa kondominium Zai, makan minum, pakaian mewah -mewah. Bila perbelanjaan melebihi pendapatan, mana nak untungnya. Buat penat je belajar tinggi- tinggi bidang perniagaan. Nak kata apa dah kalau dah sayang. Memang sayang sungguhlah Haiqal dengan Zai tu. Tapi tulah, berat sangat pula rasa hati dia nak memperisterikan Zai tu. Alasan company tak stabil.

"Mak, sebenarnya Zai ada nak bagitahu sesuatu dengan mak ni."

"Apa pula ni? Serius je bunyinya."

"Macam ni, Zue nak jumpa Alina. Katanya nak bawa Alina teman dia minggu depan kat KL tu. Kebetulan ada majlis makan malam company dia. Zue suruh Zai pujuk mak. Dia takut mak tak bagi Alina ke KL. Dia nak bawak Ina teman dia pergi dinner tu, boleh ke mak?"

"Dah tu sapa pula nak tolong mak masak untuk kedai tu?"

"Mak cutilah minggu ni. Nanti Zai bagi mak RM 2000 untuk cover bisnes mak minggu ni.

Senyum Mak Tam. Yelah. Penat tak dicapai, duit dapat diraih. Siapa tak nak.

"Dah kau kata macam tu. Mak okey je. Bila dia nak kena pergi tu?"

"Esok."

"Cepatnya. Semua dah ready ke budak tu? Baju? Tiket?"

"Mak jangan risau. Ni Zai lah. Pantas dah buat demi Zue yang tersayang. Tak taulah dia sayang Zai ke tak. Zai sayang Zue sangat - sangat....." Gula tumpah lagi.

"Apa - apalah korang adik beradik ni. Zai ni pula lama lagi ke nak duduk kampung ni?"

"Seminggu. Lepas tu Zai habis cuti tahunan ni, Zai masuk kerja semula. Zai cuma nak teman mak bila Alina pergi KL. Kesian mak Zai duduk sorang - sorang nanti," dipeluk pinggang gemuk mak dia. Sebut gemuk ni sebenarnya gemuk lagi Mak Tam dari Alina. Ikut penimbang Mak Tam dekat 100 kg dah. Konon - konon nak bagi Alina gemuk, dengan dia - dia sekali menggemuk. Dah Alina masak sedap sangat.

Terhenti perbualan sebab drama di TV lebih menarik perhatian Mak Tam. Kak Zai tak fokus drama tu. Dia lebih fokus "drama ciptaan" dalam otak dia. Dia teringat sesuatu.

"Mak, nak minta tolong mak ni. Esok mak jangan cakap pasal yang Zue nak minta tolong Alina teman dinner tu ye. Alina tak tau pasal ni. Takut dia taknak ikutlah dinner Zue tu. Dia kan malu. Dahlah gemuk. Kesian anak mak Zue tu tak terteman"

Gelak besar Mak Tam. Tak sedar diri dia pun gemuk.

"Yela. Zue punya pasal. Mulut ni mak zip." tangannya menarik mulut seolah - oleh membentuk zip di mulut.

"Give me five, mak. Sayang mak dengan Zue." peluk mak dengan erat.

Di belakang muka maknya, senyum sumbing terukir. Apalah perancangan Zai ni...

############################################################

"Dah sampai nanti mesej Kak Zai ye, Ina." menghantar Alina di pintu bas.

Mak Tam malas melayan. Duduk melihat telefon di bangku duduk rehat khas untuk penunggu bas. Dia malas nak dengar sembang anaknya dan anak kakaknya itu.

"Ina, hadiah Kak Zue, Kak Zai dah selitkan dalam beg baju Ina tau. Ingat ye. Ina kata ni hadiah Ina. Bukan Kak Zai. Harap sangat Ina bantu pulihkan hubungan Kak Zai dengan Kak Zue. Sampai masa nanti, Kak Zai akan berterus -terang dengan Kak Zue tentang hal ni."

"Baik, Kak Zai. Ina faham. Kak Zai jaga diri ye. Seminggu ni tengok - tengokkan Mak Tam ye."

Kak Zai menggangguk. Pemandu bas dah bunyi hon tanda nak mula bergerak. Alina masuk ke dalam bas mencari no seatnya. Kak Zai berundur dan melambai tangan kepada Ina. Bas mula bergerak dari Johor Bahru ke KL.

#########################################################

"Ehem.. encik.. ni seat saya tepi tingkap ni."

Lelaki yang sibuk melihat telefon di tangan terus menegakkan kepala memandang Alina. Comel. Tapi tu dalam hati dia je. Lelaki itu melihat tiketnya dan melihat no seat di kerusi. Dia tersilap. Rupanya dia sepatutnya duduk di seat laluan dalam bas tu.

"Oh...sorry. My mistake." Garau. Tak buang masa, lelaki tu bertukar tempat di seat sebelah.

'Adoi. Macam mana aku nak lalu ni. Muat ke?'

Lelaki itu seolah - olah memberi ruang untuk Alina masuk ke seatnya, tapi persoalannya muat ke tanpa bersentuh. Alina mengeluh. Nak tak nak dia kecikkan diri dia masuk ke dalam.

Shreeeeettt............... Pemandu bas brek mengejut. Hon kuat bas diberikan kepada kereta di hadapan yang masuk lane secara mengejut tak bagi signal. Penumpang ramai menjerit.

"WOI!! Nilah babi di jalanan. Orang kata tak bagi signal ni babi je. Kurang ajar!" Maki pemandu bas kepada pemandu kereta di hadapan walaupun pemandu tu tak dengar, Kalau didengarnya, mahu jadi kes lain pula. Boleh jadi kes gaduh dah viral. Nasib baik tiada pelanggaran. Penumpang semua dalam keadaan selamat.

Alina sorang je berdiri, yang lain memang dah duduk dah. Tak pasal - pasal punggung gebu Alina terduduk atas peha lelaki tu. Cepat - cepat dia bangun dan beralih ke tempatnya.

"Sorry..."

Lelaki itu mengangguk tanda tiada apa - apa. Dalam hati dia senyum sebab dapat lah rasa punggung gebu perempuan sebelah dia ni. Dahlah putih. Gebu. Macam nak picit - picit je rasa. Tapi tu semua dalam hati je. Dah nama lelaki, ada peluang tak kiralah kurus ke gemuk ke, kalau dah perempuan belanja, ambik je.

Bas kembali meneruskan perjalanan dengan tenang. Masing - masing buat hal sendiri sepanjang perjalanan ke KL. Ada yang dengar radio. Ada yang tidur. Alina mengambil kesempatan melihat pemandangan malam yang indah di luar tingkap. Rambut yang lurus telah diikat tinggi. Lelaki di sebelahnya sesekali mengerling ke arah Alina. Putih. Gemuk. Chubby kot. Melihat rambut gadis di sebelahnya, Nampak hitam keperangan. Kulit licin. Argh.. Kacau lah. Ni semua Mashud punya pasal. Satu hal pula dia nak kena balik naik bas. Janji nak ambik. Tiba - tiba kereta masuk bengkel pula dah.

Dahlah pilih tiket waktu malam. Apa pun tak nampak. Mata kuyu dah. Terus lelaki itu terlelap.

panjang sikit..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience