Masa berlalu dengan pantas. Kini sebulan Alina bergelar isteri kepada seorang suami yang hanya Alina kenali sebagai Adam. Suaminya itu seorang yang tidak banyak cakap. Namun, layanannya kepada Alina sedikit sebanyak menimbulkan satu rasa dalam diri Alina. Adam baik bagi Alina.
Tanpa disedari, Alina mula sayang pada suaminya. Namun, sayangkah suaminya kepada dirinya? Alina nekad akan cuba menyintai suaminya sepenuh hati. Dia akan memikat suaminya.
Bagi diri Alina, seks itu perkara kedua dalam perkahwinan. Apa yang penting adalah persefahaman. Dan Alina yakin cinta itu adalah memiliki dan dimiliki. Alina nekad untuk membuatkan suaminya memiliki hatinya. Tiada ruang untuk wanita lain. Orang kata nak pikat suami pikat perutnya dulu. Alina merasakan ini adalah kelebihan dirinya. Dia akan masak yang sedap - sedap untuk suaminya dan ternyata suaminya tidak pernah tertinggal makan makanannya. Situasi di meja makan sentiasa sunyi. Sepi. Sesekali sudu atau garfu berbicara.
Kalau waktu pagi Alina akan menyediakan baju yang digosoknya untuk kegunaan suaminya. Rumah ini mempunyai bilik khas untuk pakaian sahaja. Jadi tidak mendatangkan masalah bagi Alina. Jika pakaian suaminya berada di bilik tidur susah juga untuk Alina menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sungguh Alina merasa lega.
Setiap pagi juga, Alina menyediakan segala keperluan untuk suaminya. Di rumah mereka memang tidak banyak bercakap. Alina akan diam dan hanya bersuara jika di tanya. Sungguh. Seperti rakan serumah sahaja lagak mereka.
Pagi itu, lengkaplah tanggungjawab Alina menyediakan pakaian dan makanan untuk suaminya. Selesai semuanya, suaminya bangun dan hendak ke pejabat. Perkara sama berlaku. Alina akan menyalami suaminya dan cium tangan suaminya. Suaminya tetap seperti dulu akan meleraikan tangan sebelum bibir Alina sempat menyentuh tangan suaminya. Alina dah biasa. Dia tak kisah.
#########
Petang itu, suaminya pulang ke rumah dan terus masuk ke biliknya. Alina hanya memerhatikan sahaja dari ruang tamu. Dia tak berani nak bertegur. Malu. Kekok dan masih tak biasa. Mereka tiada chemistry tapi Alina akan cuba.
Malam itu, selepas Alina menyiapkan makan malam, suaminya tak turun - turun. Lama dia menanti. Perutnya pun sudah berbunyi tapi dia tak pernah makan selagi suaminya belum makan. Walau apa pun selalunya mereka makan bersama - sama. Alina serba salah. Dia merasa risau. Lantas anak tangga pertama didakinya.
Alina mendongak. Saat itu suaminya yang hanya berseluar pendek paras lutut dan tidak berbaju ada di situ. Mereka bertentangan mata.
"Saya tak selera makan malam ini." Suaminya terus berlalu masuk ke bilik semula tanpa sempat Alina bertanya apa - apa.
Malam itu Alina keseorangan menjamu selera.
#######
Perubahan suaminya menggusarkan hati Alina. Dia risau akan keadaan suaminya. Suaminya sudah lama tidak makan bersama. Sudah lama. Semua makanan yang di masak hanya di makan Alina. Dia juga sudah lama tidak bertemu suaminya kerana suaminya pulang lewat setiap hari.
'Ini tak boleh jadi ni.Aku kena buat sesuatu'
Hari itu , Alina nekad untuk berkomunikasi dengan suaminya. Dia sanggup tunggu sehingga lewat malam walaupun matanya mengantuk.
Terdengar deruan kereta. Alina segera buka pintu dan menyalami suaminya.
"Saya rasa kita perlu bercakap,"
Suaminya memandang dirinya. Alina gagahkan diri bertentang mata. Diperhatikan suaminya dalam keadaan yang serabut. Tali leher yang senget. Rambut yang kusut. Lengan kemeja yang disingsing tidak sekata.
Mereka berdua bergerak ke ruang tamu. Serentak duduk di atas sofa. Suaminya meletakkan briefcase di atas meja kopi.
"Kenapa?" Suaminya memulakan perbualan.
"Saya rasa awak ada masalah."
"Jadi....?"
"Saya isteri awak. Awak boleh luahkan kepada saya."
Suaminya tergelak sinis.
"Kalau saya sekadar luah kepada awak, awak yakin boleh tolong saya?"
"Kita boleh cuba."
"Maaf Alina. Saya penat ni."
"Kalau awak tak cakap, macam mana saya nak tahu. Kita ni suami isteri. Walau macam mana cara kita jadi suami isteri, saya tetap isteri awak. "
"Awak ingat saya luah pada awak, masalah saya selesai ke?!" Tinggi seoktaf suara suaminya. Alina terkejut. Tidak pernah suaminya meninggikan suara kepadanya sepanjang mereka bergelar suami isteri hampir 2 bulan ini.
Alina mara kepada suaminya. Dia memberanikan diri melutut di sisi suaminya dan memegang peha suaminya.
"Saya isteri awak." Alina memujuk. Nada lembut diberikan. Api tidak boleh dibalas api.
Suaminya meramas rambutnya yang sedia serabut. Sugul nampak suaminya.
"Syarikat saya hampir muflis! Awak boleh tolong saya ke?!!" Ditepis tangan Alina kasar dan suaminya terus masuk ke bilik.
Mata Alina bergenang. Keluarganya tidak besar. Suaminya juga adalah keluarganya. Dia mesti bantu.
Alina masuk bilik dan mula menekan speed dial 1 di telefon bimbitnya.
"Kak Zue free tak next week? Jom balik kampung. Kalau tak free, minta cuti boleh, pleaseee.... Demi Ina.."
Share this novel