Sebaik sahaja sampai di rumahnya, Alina terkejut kerana di car porch ada kereta suaminya.
'Dia dah balik ke?'
Sementara itu Kak Zue mengambil bagasi di bonet. Alina menoleh melihat Kak Zue. Tak menunggu masa, Alina berlari untuk masuk ke rumah. Kelam kabut Alina mencari kunci rumahnya di dalam beg tangannya. Menggigil tangannya. Kunci masih tidak dijumpai. Bunyi bagasi ditarik kedengaran menandakan Kak Zue berada semakin hampir dengannya. Kak Zue menoleh kanan sekilas pada kereta suami Alina.
"Ina, tarik nafas perlahan - lahan. Ingat balik Ina simpan kunci kat mana?"
Dengan lafaz Bismillah, Alina cuba mencari di selit tepi begnya. Alina menunjukkan kunci rumahnya pada Kak Zue dan tersenyum.
"Alhamdulillah..Kalut - kalut memang tak jumpa."
"Ina rasa suami Ina dah balik Kak Zue!" Alina menjerit kegembiraan. Hampir menangis kerana terlalu gembira.
"Buka pintu dulu. Letih Kak Zue berdiri luar rumah ni."Seloroh Kak Zue.
Saat pintu berjaya dibuka, Alina tak buang masa. Terus membuka kasut dan berlari pantas masuk ke rumahnya.
Kak Zue menggeleng kepala di luar rumah. Saat Kak Zue ingin meletakkan kasut Alina yang berselerak dan kasutnya di rak, dia terperasan kasut tumit tinggi berwarna merah.
'Macam pernah tengok'
Kak Zue cuba berfikiran positif.
'Mungkin kasut Ina kot.'
Dia berprasangka baik walaupun dia tahu Alina tidak pernah memiliki heel sebegitu memandangkan saiz badan Alina yang tak sesuai heel sebegitu. Itu bak kata Alinalah. Alina lebih suka memakai wedges atau kasut bertumit rendah. Sangat selesa.
Sementara itu, Alina mencari suaminya di pelosok tempat di tingkat bawah. Nama suaminya di seru di setiap pelosok. Dia ke dapur. Dilihatnya di atas meja yang sangat bersepah seolah - olah baru lepas digunakan. Bekas - bekas makanan Mcdonald dan dua bekas minuman. Kenapa dua bekas minuman?
Alina menapak anak tangga pertama untuk menuju ke bilik utama. Jantung Alina berdebar - debar. Dia rasa tidak sedap hati. Sambil itu Alina menjerit memanggil nama suaminya. Kak Zue juga cuba mengekori Alina dari belakang setelah bagasi diletakkan di sebelah anak tangga pertama.
Tangan Alina menggigil dengan tiba - tiba saat dia cuba membuka pintu biliknya. Entah kenapa. Muka yang pucat lesi, Alina cuba memaniskan wajahnya dengan senyuman. Belum lagi dia memulas pintu itu, pintu telah dibuka dari dalam. Kelihatan suaminya dalam keadaan tidak terurus. Tidak berbaju, rambut berserabai dan hanya memakai seluar pendek separas lutut. Mati senyuman Alina.
Pintu bilik itu hanya dibuka separuh sahaja oleh suaminya. Alina cuba untuk menolak pintu tapi ditahan oleh tangan sasa suaminya. Alina sedar dia khilaf.
'Oh, lupa pula aku nak salam.'
Dia menghulur tangan untuk bersalam dengan suaminya. Sepi tidak bersambut. Alina terasa.
Alina merajuk. Mungkin suaminya memerlukan masa dan ingin berehat. Alina memberi tempoh bertenang kepada suaminya.
"Maafkan saya. Awak berehatlah dahulu."
Alina ingin turun semula ke ruang tamu. Saat dia menoleh ke arah tangga, dia perasan melalui lirik matanya seperti ada seseorang yang sedang baring di tilam miliknya dan suami. Alina patah balik untuk bersemuka dengan suaminya. Alina menolak pintu itu sekuat - kuatnya saat tangan suaminya tidak bersedia menahan pintu itu.
Alina terpempan. Kelihatan seseorang yang membelakanginya baring di tempat tidur dia dan suaminya. Muncul Kak Zue di belakang Alina. Dari bentuk manusia itu, yakinlah Alina bahawa itu adalah badan seorang wanita. Wanita yang kelihatan langsing dan berambut panjang ikal mayang kelihatan lena. Wanita yang berselimut separas pinggang itu tidak memakai seurat benang pun dari pinggang ke atas.
Wanita itu seperti sudah terjaga tetapi masih membelakangi dirinya. Wanita itu cuba menarik selimut sehingga ke paras ketiaknya.
"Aaaaa..aaa..awak..apa ni?" Alina menunjuk jari telunjuknya ke wanita itu.
"Apa?! Kau tak faham lagi ke?! Takkanlah kau sebodoh ni untuk faham apa yang berlaku?!! Oh lupa.. kau tak pernah ada pengalaman pun." Gelak besar suaminya dan memusingkan diri ke arah sofa yang terdapat di bilik itu. Suaminya merebahkan diri dan disilang kaki kanannya di atas kaki kiri. Suaminya mengambil rokok yang berada di atas meja itu. Dinyalakan puntung rokok dan dihisap rokok itu. Kepulan asap di udara keluar dari mulut suaminya.
Dia merokok? Sepanjang bergelar isteri, dia tak pernah melihat suaminya merokok.
"Ina, suami Ina ada ke? Mana di..." Bicara Kak Zue terhenti di telinga Alina saat dia melihat apa yang berlaku di depan matanya. Matanya memandang tubuh di katil Alina. Beralih tajam ke suami Alina pula.
"Kurang ajar perempuan ni! Woi, bangun!!! Kau ingat ni rumah kau! Berani buat macam ni!!!! You are a bitch!!!" Kak Zue tak menapis ayatnya. Direct. Sambil memaki Kak Zue meluru ke arah wanita tanpa disedarinya menolak Alina ke tepi. Alina yang dari tadi tegak berdiri seakan patung, jatuh terduduk di muka pintu. Dia tunduk.
Tik!
Kolam air matanya pecah. Matanya berasa panas. Tumpah air matanya berkali - kali ke lantai.
Tik! Tik! Tik!
Di atas katil, Kak Zue menarik selimut yang menutup tubuh wanita itu. Namun wajahnya masih terselindung di sebalik selimut. Mereka tarik menarik selimut itu. Wanita itu ingin menyembunyikan wajahnya sementara Kak Zue menarik selimut itu. Masing - masing tidak mahu kalah. Berlaku pergelutan. Dengan seluruh badannya dilitupi selimut, wanita itu menolak kuat Kak Zue sehingga dia terjatuh ke bawah katil.
"Opss..opsss..cukup! cukup! cukup!" suami Alina menahan Kak Zue dengan menarik lengan Kak Zue dari belakang. Kini dia menolak pula Kak Zue. Malah lebih kuat dan menyebabkan Kak Zue berundur ke belakang hampir dengan Alina. Alina menegakkan kepala memandang kejadian itu.
Kak Zue ingin segera meluru menerkam suami Alina. Rasa ingin dicarik - cariknya muka kedua - dua insan ni
"Bangsat! Setan!!!!"
Belum sempat Kak Zue meluru ke arah mereka, Alina segera menarik kaki Kak Zue. Disebabkan badannya yang lebih besar, tenaganya menahan Kak Zue berhasil.
"Kak Zue, cukuplah. Jangan begini Kak Zue." berlinang air matanya.
"Ina..." dipalingnya ke bawah dan dia melurut badannya ke bawan. Menyentuh bahu Alina untuk sama - sama berdiri.Dia memeluk Alina, cuba menenangkannya.
Adam yang masih menghisap rokok, kini duduk di gigi katil itu seolah - olah ingin melindungi wanita yang berkelubung dengan selimut itu. Asap rokok ditiupnya membentuk kepulan bulat. Sesak nafas mereka berdua jadinya.
"Bagus kau ni. Isteri yang sangat bagus. Aku kata cukup dan kau pun patuh. Tapi kau tak cukup bagus untuk aku membelai kau." sinis senyumannya.
Alina melerai pelukan Kak Zue. Tangisannya semakin berkurang. Dia perlu juga hadap benda ni.
"Sampai hati awak buat saya macam ni. Kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya pada awak?" Alina ingin tahu kebenaran.
Rokok sudah habis dihisapnya. Diletakkannya dalam bekas abu rokok yang berada di atas meja di sisi kepala katil itu. Nampak masih beradab atau sayangkan rumahnya. Maklumlah ini rumahnya bukan rumah Alina.
"Well....well...well...." pembuka kata semua kebenaran hubungan rumah tangga mereka.
Suaminya berdiri dihadapan mereka. Tegap. Tinggi. Sasa. Kalau tadi Kak Zue cuba melawan, tak sampai seminit memang kalah lah Kak Zue ni. Jadi lebih baik dia diam menenangkan Alina.
Ditunjalnya kepala Alina. Kak Zue cuba menepis tangan sasa suami Alina.
"Kau ingat aku ni bernafsu ke dengan badan gemuk kau! Tiga bulan aku sengsara. Tiap - tiap malam nafsu aku ni aku tahan. Nak lepaskan pada kau, tiba - tiba aku jadi tak bernafsu. Sebab apa? Sebab kau ni gemuk!!! Gemuk!! Kau faham?!!" Ditunjal lagi kepala Alina. Berkali - kali. Malah lebih kuat.
'Ya Allah, jika ini ujian untukku. Aku pasrah dengan ujian ini. Aku mohon Kau kuatkan hatiku ini, Ya Allah'
Alina pejam mata saat kepalanya ditunjal. Saat itu juga dia berdoa dalam hati agar diberi kecekalan.
Done for this week..ahad ni bufday anak..jadi slow sikit utk next chapter..next chap still next weekend..stay tune readers..
Share this novel