BAB 18 WASIAT

Drama Series 10319

Pagi itu, Kak Zue sudah berada di rumah Alina. Suaminya pula pagi - pagi lagi sudah pergi ke pejabat seperti biasa.

"Kenapa Ina nak balik kampung? Tergesa - gesa pula ni? Nasib baik bos Kak Zue bagi ambik cuti."

"Ina nak minta tolong Mak Tam. Ina nak pinjam duit kat dia. Ina tau Mak Tam banyak duit."

"Ina nak guna duit ke? Berapa banyak? Kak Zue pun ada kalau Ina nak pakai dulu tapi tak sebanyak harta Mak Tam. Ina nak buat apa duit tu?"

"Bukan untuk Ina Kak Zue. Untuk suami Ina."

"Kak Zue tak fahamla. Terangkan perlahan - lahan."

"Suami Ina dalam masalah Kak Zue. Syarikat dia hampir muflis. Ina kena tolong dia. Banyak hari dah dia macam tak terurus Kak Zue. Kesian dia."

"Ina sedar tak apa Ina buat ni? Dia jadi suami Ina tak sampai setahun pun. 3 bulan pun tak sampai Ina. Ina pun bukannya kenal dia."

"Kak Zue..Sepanjang dia jadi suami Ina, dia tak pernah menyakiti Ina.Lagipun ini tanggungjawab Ina sebagai isteri dia, Kak Zue."

"Ina dah fikir masak - masak ke?Kak Zue taknak Ina menyesal kemudian hari.Ina dah selidik latar belakang dia?"

"Ina tak tau,Kak Zue. Tapi Ina mesti tolong dia. Mak Tam lah satu - satunya harapan Ina, Kak Zue."

"Ina rasa mak Kak Zue nak tolong ke lepas dengar semua ni? Kak Zue kenal mak Kak Zue, Ina. Boleh kerat jari Kak Zue kalau dia nak tolong."

"Ina cuba pujuk dia Kak Zue. Mana tau dia boleh tolong suami Ina."

"Ina..Ina..masih lagi tak kenal mak Kak Zue macam mana."

Alina tak banyak cakap. Dia terus masuk ke ke dalam kereta selepas mereka keluar dari rumah itu. Alina tidak lupa mesej suaminya untuk minta izin pulang ke kampung.

Lebih kurang 15 minit kereta bergerak, Kak Zue menepuk stereng kereta.

"Laaaa... buat apa nak minta tolong mak Kak Zue.. Ina sendiri boleh tolonglah."

"Hah?? Macam mana? Ina mana ada duit. Kerja pun tak."

"Arwah nenek kita ada banyak tanah di kampunglah. Mak Kak Zue dengan arwah mak Ina ada dapat bahagian masing - masing. Seingat Kak Zue besar juga tanah tu. Sebelum mak Ina meninggal, dia sempat tinggalkan wasiat untuk Ina. Tapi tak silap Kak Zue, geran tu ada pada Mak Tam. Ina minta geran tu pada Mak Tam."

"Alhamdulillah Kak Zue. Allah permudahkan urusan Ina untuk bantu suami Ina."

#######

"Kau dah gila ke, Ina? Lepas nikah tak balik kampung. Dah malukan aku. Nasib baik kau kat sana. Kalau kau buat hal kat sini, mati aku kerjakan kau. Aku dah sejuk ni, tiba - tiba kau balik nak geran tanah? Kau dah gila ke??!!" Mak Tam cekak pinggang. Dadanya turun naik.

Alina terus melutut dan menyentuh kaki Mak Tamnya.

"Ina minta maaf, Mak Tam. Ina tak tahu macam mana nak jelaskan. Tapi Ina yakin Kak Zai ada ceritakan perkara sebenar pada Mak Tam."

Mak Tam menarik kakinya dari disentuh Alina. Dia berundur ke belakang dalam tiga langkah.

"Bab kau nikah dah selesai. Walau kau nikah koboi, kau tetap dah nikah. Aku tak boleh buat apa. Kali ni kau datang semata - mata minta geran nak tolong suami kau. Kau kata kau tak kenal dia. Macam mana kau boleh sanggup nak tolong dia?!! " tinggi suara Mak Tam.

Alina mula menangis. Merayu. Mohon ehsan dari Mak Tam.

"Dia suami Ina, Mak Tam. Ina kena tolong dia Mak Tam."

Kak Zue bangun dan terus memegang lengan maknya. Mengusap - usap lengan emaknya agar emosi maknya dapat dikawal.

"Mak, walau apa pun Ina nak buat. Kita tak boleh halang dia mak. Lagipun tu tanah tu. Memang hak dia. Kalau masuk mahkamah pun, dia akan menang emak."

" Dah kau ni yang sampai nak masuk mahkamah dah kenapa? Aku ni nampak je jahat, tapi kalau melibatkan keluarga aku..harta keturunan aku, aku kalau boleh nak jaga untuk cucu cicit aku. Untuk anak kau juga. Untuk anak dia ni haa nanti. Kalau dah belum apa - apa lagi, dah bergolok gadai, apa keturunan kita nak wariskan nanti."

Ditarik lengannya dari tangan Kak Zue. Kak Zue terdiam. Dia mati ayat.

"Tolonglah Ina , Mak Tam. Ina kena tolong suami Ina ni." rayu Ina lagi

Mak Tam mengambil telefonnya di atas meja dan mendail nombor Kak Zai. Alina tidak mendengar butiran perbincangan Mak Tam dengan Kak Zai kerana tangisan yang semakin kuat. Kak Zue mengusap - usap belakang Alina untuk menyabarkan Alina.

"Dah kau kata macam tu, mak terpaksa bersetujulah. Kau yang kenal kawan kau tu. Hmm..baiklah..ok.. Nanti mak bagi dia geran tu."

Mak Tam menamatkan panggilan telefonnya.

"Kau patut berterima kasih dengan Zai. Dia jadi jaminan kata kawan dia memang baik. Satu pejabat dengan dia. Semua orang kenal Adam tu baik orangnya.Kalau ikutkan aku, kau nangis air mata darah pun aku tak bagi."

Mak Tam berlalu masuk ke biliknya. Tidak lama kemudian dia keluar dengan geran di tangannya.

"Nah. Ni harta kau. Aku dah tak nak pegang apa - apa. Semua ni hak kau. Nama kau. Apa yang berlaku lepas ini, kau tanggung sendiri. Tepi, aku nak pergi kedai. Nak tengok pekerja aku masak apa harini."

Alina memeluk geran yang sudah ditukar kepada namanya itu. Jarinya mengesat air matanya dan memandang Kak Zue sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience