BAB 5 PERANCANGAN

Drama Series 10319

Keesokan harinya, Zai cuba call Zue. Sekali deringan Zue dah angkat panggilan kakaknya. Tugas sebagai setiausaha memang memerlukan dia alert dengan telefon bimbitnya supaya tidak terlepas panggilan penting terutama dari bosnya.
Zue : Ye kak, mimpi apa kau call aku ni?

Zai : Rindu.. (buat mimik muka nak muntah)

Zue : Ye ke? Tak pernah - pernah pun call aku. Mesej aku, kau bagi blue tick je. 3 tahun kak. Terus terang jela nak apa. Straight forward. Aku busy ni.

Tiada panggilan hormat dah antara mereka. Beraku - kau.

Zai : Yela. Kau busy ke minggu ni?

Zue : Kenapa? Macam biasalah. Pergi kerja , balik kerja. Shopping.

Zai : Ina ada bagitahu aku, dia nak datang KL. Tu yang aku nak tanya kau, kotlah kau bagi tumpang rumah kau. Bawak dia jalan - jalan minggu ni.

Zue : Aik, kenapa dia tak nak tanya aku sendiri?

Zai : Dia nak buat surprise kat kau katanya. Lagipun harijadi kau kan minggu depan. Sebab tu dia suruh rahsiakan.

Zue : Dah kau bagitahu ni, tak rahsia dahla.

Zue kecewa kerana perancangan Alina tak menjadi.

Zai : Aku bukan apa, takut dia datang kau takde pula nanti. Kot berdating ke.

Zue : Aku bukan macam kau. Bila dia nak datang? Naik apa?

Zai : Minggu ni kot. Aku balik kampung Khamis ni, beli tiket bas dia hari Sabtu. Kau ambik dia kat stesen bas ye. Dia bukan tau apa pun. Tak pernah keluar dari kampung tu.

Zue : Yela. Nanti kau bagitahu la pukul berapa bas dia sampai.

Zai : Okey, kau jangan tanya dia pula ye. Ni rahsia kau dengan aku. Janji?

Zue : Ye, aku janji. Okeyla kak, aku nak sambung buat minit mesyuarat ni

Zai : Ok bye.

Zue terfikir pula kenapa Alina macam ni? Berani ke dia datang sini? Tak pernah - pernah pun macam ni.

############################

Petang tu juga Zai balik Johor. Sampai dekat pukul 12 pagi. Mujur dia ada kunci pendua. Perlahan - lahan dia masuk rumah, kunci pintu. Dia baring atas tilam bilik dia. Luggage dia letak je tepi dinding. Tak larat dah drive sepanjang jalan 4 jam seorang diri. Baring menghadap kipas yang berpusing kat siling rumah sambil merangka perancangan yang dirancang. Harap - harap jadi.

Mak Tam dengan Alina masing - masing dah tidur nyenyak. Esok masing - masing nak bangun pagi. Sorang masak. Sorang menjual. Tapi Alinalah kena bangun lebih awal. 4 pagi biasanya dia bangun dah.

Sekarang, Alina tengah mimpi main kejar - kejar dengan Zue. Rindu lah tu. Tengah berkejaran, kaki Alina dipatuk ular.

maaf kalau ada kesalahan tatabahasa. taip dan terus publish je. tak edit lagi kesalahan jika ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience