"Budak tu kalau depan mata aku. Teruk dia aku kerjakan. Aku ingat pergi sana temankan Zue. Dia malukan aku macam ni. Aku bela dia dari badan kecik sampai gemuk macam tu, masih nak malukan aku. Nasib baik dia kat sana, kalau dia kat sini,mati dia aku kerjakan." Mak Tam membuat aksi tangan kanan yang digenggam dan dilumat - lumat di atas tangan kirinya. Dia geram.
Kalau Alina dah kahwin, siapa je yang nak masakkan untuk kedai dia. Pelanggan semua dah suka masakan Alina tapi dicanangnya di kedai tu masakan dia. Kalau dia masak, risau pelanggan komplain pula.
Kak Zai yang berada di sebelah maknya, mengusap - usap belakang maknya agar mak dia lebih tenteram.
"Mak jangan susah hati. Zai dah suruh Zue uruskan segalanya pernikahan dia malam ni. Lusa Zai balik KL. Atau mak nak ikut Zai sekali jumpa Ina?"
"Kau dah gila? Aku nak jumpa budak yang dah conteng arang kat muka aku???Lain tahun!" Ditunjukkan jari telunjuk ke mukanya sendiri.
"Mak banyak bersabar. Kawal emosi mak. Nanti darah tinggi mak naik pula. Sabar mak. Malam ni Alina akan nikah. Moga selamat semuanya."
Terang Zai kepada emaknya. Memandangkan Alina anak yatim piatu dan tiada wali lain. Waris terdekat adalah Mak Tam, maka tidak menjadi masalah dalam urusan pernikahannya menggunakan wali hakim.
################
"Aku terima nikahnya, Nur Alina Binti Mohd Sabri dengan mas kahwin RM 300, tunai."
"Sah?". Tok imam bertanya kepada saksi dan saksi - saksi mengatakan sah.
Alina tidak menjangkakan akan menjadi seorang isteri saat berbaju tshirt dan berseluar sukan. Lokasinya juga di pejabat agama sahaja.
Saat selesai semuanya pernikahan, Alina dan Kak Zue berpelukan. Terdengar esakan dari kedua - duanya. Bukanlah tangisan kegembiraan tetapi tangisan kesedihan.
################
Kak Zue sudah berada di keretanya. Alina baru sahaja ingin duduk ke tempat duduk penumpang kereta Kak Zue. Tangannya direntap lembut oleh suaminya. Baru bergelar suami 10 minit yang lalu. Pernikahan yang sah di sisi agama. Pernikahan yang sangat pantas.
"Awak nak pergi mana?". Suaminya bertanya.
"Sa....sa..sa...saya nak balik rumah saya." Tergagap Alina saat lengannya direntap oleh tangan sasa suaminya.
"Awak dah jadi isteri saya. Awak kena ikut saya. Buat masa ni, kita duduk dulu di rumah Zai. Nanti rumah saya dah siap, kita balik rumah saya."
"Tapiiii......" Alina tak boleh fikir.
"Saya suami awak sekarang. Awak kena tahu tu walau kita tak kenal satu sama lain."
"Saya nak cakap dengan Kak Zue dulu. Lepaskan tangan saya." Alina menarik tangannya secara paksa dan berlari anak menuju Kak Zue.
"Kenapa Ina?"
"Dia suruh Ina ikut dia Kak Zue.Ina tak nak. Ina tak kenal dia."
Lama Kak Zue terdiam dan dia keluar semula dari kereta lantas memegang bahu Alina. Dari jauh dia nampak suami Alina memandang mereka. Kak Zue sedar siapa yang lebih berhak.
"Ina..dengar sini. Dia sekarang dah jadi suami Ina. Kak Zue tahu, benda ni tak mudah untuk Ina. Kak Zue pun sampai sekarang masih susah nak terima semua ni. Kak Zue rasa macam mimpi. Tapi dia lebih berhak Ina. Ina kena ikut dia."
"Kak Zue....." Ina memeluk tubuh langsing Kak Zue.
Walau Alina bersaiz besar tapi apabila dia bersama Kak Zue, dia seolah - olah adik bongsu Kak Zue.
"Insyaallah Ina. Ada hikmah semua ni. Apa - apahal Ina call Kak Zue ye."
" Baik, Kak Zue." Tangisan masih teresak - esak.
Kak Zue segera meninggalkan Alina. Alina perlahan - lahan memalingkan mukanya. Suaminya tersenyum dan lantas menunjukkan keretanya untuk dinaiki Alina. Kereta itu terus bergerak ke rumah Kak Zai.
Nak tak nak, Alina tetap kena follow the flow...
Share this novel