Lelaki itu mengetuk - ngetuk jarinya sambil memegang kertas kerja yang disediakan oleh salah seorang pekerjanya. Dia kelihatan berfikir dengan memakai kemeja yang lengannya disingsing separuh, rambut yang tersikat rapi dan sedikit jambang halus. Sungguh mempesonakan buat si gadis jika melihatnya. Mujur di depannya sekarang ini adalah pekerja lelaki.
"Badrul, are you sure about this place? Is it suitable for our business?"
"Betul tuan. Lokasi tu sangat sesuai untuk didirikan resort. Suasana kampung dan tidak jauh dari kawasan tu ada sungai. Saya dah melawat kawasan tu. Tenang tuan."
"Ok.. give me the pictures."
Badrul menekan - nekan papan kekunci pada tab di tangannya.
"Ok tuan. Saya dah send email Tuan boleh tengok sekarang."
"I will check first. You wait here. Im not done with you."
Badrul mengangguk.
"Hmmm.. nice..i like it! Proceed it as soon as possible." Nampak sangat lelaki itu percaya dengan pekerjanya.
"Tuan..satu lagi berita ni. Tanah tu sebenarnya dijual oleh....." Badrul mengangkat - angkat kedua - dua keningnya sebagai isyarat.
Lelaki itu seolah - olah memahami.
"Well done.. I know you very well, Badrul. From the first I was interview you, I know you are a right person for this position. Come, we go out for lunch. I treat you any meal you want."
##########
Diperhatikan tingkah laku suaminya sangat berubah sejak dia menghulurkan pertolongan itu. Tidak diketahui berapakah nilai yang dijual dan tidak satu sen dia perolehi. Sangka Alina suaminya akan semakin sayang. Tapi dia silap.
'Mengapa dia berubah macam ni ye'
'Aku masak tak sedap dah ke?'
Alina hairan. Kalau dulu suaminya tetap balik ke rumah setiap hari walaupun pulang lewat pagi atau lewat malam. Tapi kini, adakalanya hampir seminggu suaminya tidak balik rumah. Di mana silapnya? Seminggu tak balik Alina masih positif. Mungkin suaminya outstation. Kini Alina perlu risau. Dia perlu hubungi suaminya kerana kali ini suaminya sudah tidak balik rumah hampir dua minggu.
Tangan Alina mula menelefon nombor suaminya. Panggilan itu tidak bersahut. Lima kali Alina cuba. Kali keenam, panggilan itu masuk peti simpanan suara.
'Hello, Im not free right now. Let me know about you by drop a message. I will contact you later. Bye.' Garau suara suaminya meninggalkan suara sekiranya panggilan tidak diangkat.
'Bateri telefon dah habis kot. Takpelah aku mesej jelah dia' Bisik hati kecil Alina.
Alina : Awak kat mana? Lama dah awak tak balik rumah? Ada apa - apa yang berlaku ke? Saya risau keselamatan awak ni. Jangan buat saya macam ni. Tolong beritahu saya keadaan awak sekarang.
Sesudah selesai menaip,Alina menangis di atas katilnya sambil memeluk lututnya. Alina yang berhati tisu. Mudah simpati. Mudah menangis. Mudah terpujuk. Mudah lembut hati. Semuanya terlalu mudah baginya.
Share this novel