BAB 16 TERDESAK

Drama Series 10319

Setelah seminggu bergelar isteri, kehidupan Alina masih sama. Masih memasak. Bezanya kali ini dia memasak untuk suaminya. Adakala dia boring juga berada di rumah.

Tentang peristiwa itu telah dijelaskan oleh Kak Zai bahawa dia terlupa yang kawannya ada bermalam seminggu di situ dan disebabkan itu juga Kak Zai balik kampung. Alina percaya. Alina reda jika ini takdir dirinya.

Seminggu ini juga, hubungan mereka suami isteri masih sama. Suaminya di bilik atas dan dia di bilik bawah. Jika tidak memasak, Alina akan bertanya dengan Kak Zue. Mujur juga telefonnya postpaid. Masih di bayar Kak Zue. Jadi, kadang - kadang dia akan bermain dengan media sosial. Membaca berita online. Paling tidak, dia akan tengok TV untuk menghilangkan bosan. Mak Tam langsung tak balas mesej dia jika dia bertanya khabar. Sedih juga Alina.

########

Malam itu, seperti biasa. Sama seperti malam sebelumnya. Mereka ibarat seperti teman serumah sahaja. Bertemu di waktu makan.

"Ina. Saya ada hal nak cakap dengan awak. Lepas kemas ni, saya nak berbincang di ruang tamu."

Alina mengangguk. Segera dia membasuh pinggan dan mengemas meja.

#######

Alina duduk di kerusi single sementara suaminya mengadap televisyen. Suaminya menutup televisyen dan mengalih pandangan ke arah Alina.

"Hmm.. saya nak berbincang tentang hubungan kita."

Mata Alina fokus pada bicara suaminya.

"Tentang hubungan suami isteri, maksud saya hubungan kelamin..hmmm..sebenarnya...sebenarnya." Tersangkut bicara suaminya. Alina nervous.

"Ya..?" Tanda Alina menanti bicara seterusnya.

"Sebenarnya saya ada masalah lelaki dan saya tak dapat tunaikan nafkah batin terhadap awak." Laju. Pantas. Senada.

Alina malu. Alina faham.

"Saya faham. Saya masuk bilik dulu."

Alina segera ingin berlalu dari situ.

"Saya harap awak faham dan tak memaksa."

######

'Dia ingat aku ni desperate sangat ke?'

Alina berganjak menghadap cermin di biliknya. Alina melihat muka tembamnya.

'Dia ingat muka tembam ni nak sangat ke?'

Dan tiba - tiba muka Alina merah. Segera dia mesej Kak Zue menceritakan apa yang berlaku.

Kak Zue gelak besar dan memesan agar menjaga aib suami. Nasib baik Kak Zue je tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience