Pagi tu Kak Zue dah pergi kerja macam biasa. Tinggal Alina je di rumah Kak Zue. Dia tak buat apa pun sebab rumah Kak Zue memang dah sentiasa kemas. Konsep minimal dan nordic. Jadi kerja Alina membaca majalah koleksi Kak Zue. Kak Zue suka membaca majalah fesyen.
Kadang - kadang Alina pelik dengan fesyen yang ada dalam majalah tu. Ada yang macam tudung saji, pakai kotak dan macam - macam lagi. Baik aku pakai seluar sukan dan tshirt biasa ni. Bebas dan banyak angin masuk. Dia gelak sendiri.
Panggilan masuk dari Kak Zai.
"Assalamualaikum Kak Zai."
"Waalaikummusalam Ina. Ok ke? Macam mana? Kak Zue terima tak hadiah tu?"
"Ok je. Kak Zue tak kata apa pun. Dia cakap terima kasih sebab bagi tudung tu."
"Ina kata dari Ina ke?"
"A'ah.."
"Terima kasih Ina. Tapi....ada satu lagi hadiah Kak Zai lupa bagi. Kak Zai kelam kabut sangat masa nak balik kampung hari tu."
"Ye ke? Kat mana hadiah tu?"
"Ada di rumah Kak Zai. Ina boleh tolong ambilkan tak harini?"
"Alamak. Ina tak tahu rumah Kak Zai."
"Takpe. Ina siap sekarang, Kak Zai order Grab. Nanti Kak Zai mesej no plat Grab tu. Sekarang tau. Jangan bagitahu Kak Zue. Tu hadiah surprise dia nombor dua.
Pelik - pelik jelah Kak Zai ni. Semua benda nak cepat. Takpelah, demi sayang Alina kepada kakak - kakaknya dia turutkan.
"Ina, atas meja di ruang tamu Kak Zai ada belikan hadiah untuk Ina juga sebagai tanda terima kasih sebab tolong Kak Zai. Ina buka tau hadiah tu. Satu lagi, bila Alina dah sampai Alina tekan kod ni tau kalau nak masuk rumah. Kod rumah Kak Zai 1314."
Gabungan tarikh lahir Kak Zai dan Haiqal.
Alina tersenyum sebab tidak pernah pun Kak Zai membeli hadiah untuk dirinya.Mungkin Kak Zai betul - betul ingin memperbaiki hubungan mereka bertiga.
"Okey, Kak Zai."
"Terima kasih, Ina."
#######################
'Wow. Tingginya kondominium rumah Kak Zai ni.'
Alina melihat mesej yang dihantar oleh Kak Zai. Tingkat 15. Orang - orang kaya je duduk kawasan ni. Bersih dan luas. Macam hotel pun ada juga.
Sampai di hadapan rumah Kak Zai, Alina masuk dan terus ke meja yang dikatakan Kak Zai. Terdapat dua kotak di situ. 'Buat Zue' dan 'Buat Ina'. Alina mengambil dahulu kotak hadiah untuk dirinya. Dia duduk dan terus meletakkan kotak itu di atas ribanya.
Alina mengambil nota yang ditulis oleh Kak Zai kepadanya.
'Ina, cubalah pakai hadiah ni. Ikhlas, Kak Zai.'
Alina membuka hadiahnya dan dia terpesona dengan hadiah tu. Sangat cantik. Baju tidur satin berwarna merah jambu yang sangat seksi. Walaupun cantik tapi Alina tetap terasa pelik. Mengapa dan pelbagai lagi persoalan. Tapi dia diamkan sahaja. Naif. Berbaik sangka. Itulah dia.
Tak buang masa, dia cuba baju tidur itu di situ juga. Dia tahu di rumah Kak Zai, tiada orang kerana Kak Zai berada di kampung.
Ting! Ting! Ting!
Pintu loceng dibunyikan. Alina segera mengintai dari lubang pintu rumah itu. Dari lubang itu, Alina melihat beberapa orang lelaki yang bersongkok dan berkopiah.
'Siapa mereka tu?'
"Buka pintu cepat! Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami terima aduan ada maksiat di sini. Buka pintu cepat!"
Alina segera menggapai apa sahaja kain yang boleh menutup badannya. Kebetulan di sebelah pintu itu, terdapat kain alas pasu bunga. Dicapainya untuk menutup bahu. Baju tidur itu separas peha. Cadangnya peha boleh disembunyikan di belakang pintu. Perkara ini perlu dijelaskan kepada mereka yang diluar itu. Hanya dia keseorangan di rumah tatkala ini. Pintu diselak dan dibuka.
Alina memang naif..
Share this novel