Chapter 14

Romance Completed 21978

Bab 14: Wawa Yang WOW

Wahai Encik Diari,

Harini kami buka kedai lemonade kami. Aku rasa terharu. Sebab berjaya juga aku lancarkan kedai ni. Rasa macam nak kesat air mata. Walaupun tak ada air mata yang kelar dari mata aku ni. Hey, tak ada air mata tak semestinya tak menangis tau?!

Aku tak tahu kenapa tapi Marissa dengar aje dengan semua idea pelik aku untuk dapatkan Mikhael. Macam sekarang nilah, kami buka gerai sebab nak dapatkan duit untuk aku ada braces supaya aku dapat tarik perhatian Mikhael. Eh, sebenarnya sebab utama aku nak Mikhael supaya...macam ambil kesempatan juga lah, sebab dia hensem, aku kan dah cakap, The M'M's perlukan seorang yang hensem supaya dapat populariti, sekaligus aku dapat takhta Johan aku balik.

Sekarang ni Encik Diari mesti fikir aku ni obses untuk dapat Johan. Bukan obses, tapi determination. Hehe. Tapi biar aku cerita apa yang terjadi petang tadi masa gerai ni buka.

Pukul 5.00 petang kami dah siap dah untuk berniaga, semua benda dah set up, air dah buat, semua barang dah letak, solat pun sudah. Walaupun tak hujan, harini agak berangin. Bukan angin dari minyak angin tapi angin sepoi-sepoi bahasa sampai walaupun aku berdiri, aku rasa mengantuk. Aku rasa semua orang masa tu, termasuk daripada gerai lain pun macam penat aje. Nak kata sunyi tak jugak sebab ada aje yang datang ke pasar malam. Mungkin sebab semua orang tiba-tiba penat kot?

Satu jam pertama gerai kami dibuka, kami dapat jual 4 cawan aje. Nak kata tak sedap, sedap aje sampaikan ada kucing jalanan jilat air lemonade yang tertumpah tu. Eh, tak sakit perut ke kucing?

Rasa macam sedih aje. Macam nak give up pun ada. Paling tak suka bila ada seorang budak tu, dia lalu gerai kami dengan mak dia. Macam potential customer lah. Mak dia tanya anak dia, nak tak air lemonade sebab mak dia suka lemonade. Anak dia tanya dia balik, lemonade tu apa. Mak dia jawab lah air lemon, macam limau tapi lemon. Terus budak tu buat muka kelat sambil cakap "Eh, tak nak lah masam. Ayie tak suka air masam".

Aku pun beritahu lah air ni tak masam. Siap nak bagi sample percuma lagi. Tapi budak tu tolak tangan aku. Nasib baik air tak tumpah.

"Taknak, Ayie tak nak. Ayie tak suka limau, dulu Ayie minum sirap limau, Ayie picit-picit limau tu terkena mata Ayie", lepas tu budak tu hentak-hentak kaki macam kena histeria. Tak pasal-pasal semua orang tengok kami. Aku dah malu dah. Lepas tu mak dia tarik dia pergi lori steamboat.

Budak.... Aku tak tahu nak cakap apa pasal budak. Yang aku nampak dekat youtube selalu budak ketawa, gelak, comel aje. Tak pernah pula terfikir sekali dia throw temper tantrum habis malu. Aku tak tahu la siapa lagi malu masa tu. Mak dia ke aku..?

Tiba-tiba Wawa datang. Ya Encik Diari, Wawa datang. Dia tetapi janji dia. Walaupun aku macam malas sikit nak layan dia sebabkan budak nama Ayie tu, tapi lepas tu aku macam "awh" bila Marissa dan aku bersembang dengan dia. Biar aku beritahu macam mana. Aku ingat lagi sikit-sikit butiran percakapan kami.

Wawa: Hai

Marissa: Hey, kau datang. So macam kelas Bahasa Jepun?

Wawa: Dah cancel, sebab cikgu sakit perut lepas cuba makan sambal belacan. Dia ingat macam Wasabi aje. Rupanya dia tak boleh makan udang. Alahan. Lepas aje cikgu mesej dia tak boleh datang kelas, aku terus datang sini. So gerai ni untuk buat apa sebenarnya? Saja buka atau nak kumpul duit untuk buat sesuatu?

Aku: Em... (aku cuba mencari jawapan yang lebih relevan tapi tak boleh, sambil mata aku memberi isyarat untuk meminta jawapan dari Marissa)

Marissa: Untuk kebajikanlah lebih kurang tapi bukan kebajikan sangat pun. Untuk menolong orang yang tak berkemampuan. (Amboi Marissa)

Wawa: Eh, kebajikanlah tu. Dah berapa cawan jual?

Marissa: Baru 4 cawan.

Wawa: Lah iya ke? Takpe. Sekarang aku beli lagi 4 cawan. Esok aku datang lagi bawa kawan aku yang lain tolong korang. Esok buka kan?

Aku: .... (Wawa pandang aku macam nak mengharapkan aku cakap sesuatu tapi aku tak boleh nak kata apa, lepas tu, dia pandang pulak Marissa)

Marissa: Esok buka. Tapi kau datang ni seorang aje ke? Siapa nak minum ni banyak ni?

Wawa: Aku datang dengan ayah aku. Alah, ayah aku boleh minum, mak aku, aku, adik aku kat rumah.

Ya Encik Diari. Ya. Dia beli empat cawan lemonade dari kami. Lepas aje dia datang, tiba-tiba lebih ramai orang datang beli lemonade kami. Sampailah satu bekas tong tu habis. Lepas tu, mak saudara Marissa punya gerai pun tiba-tiba banyak orang datang. Wah aura Wawa. Sekarang baru aku faham kenapa aku susah nak dapat Johan. Sebab Wawa adalah Wawa. Wow Wawa.

Ok, dengan ini aku batalkan semua plan aku untuk dapat balik Johan aku, sekaligus menjatuhkan Wawa dan aku akan cuba sedaya upaya aku untuk tukar minda aku fikirkan pasal Wawa. Aku kena terima yang Wawa memang baik hati bukan kerana populariti. Tapi memang dia baik. Walaupun dia ada semua benda yang aku nak. Walaupun dia seorang model dan pelakon iklan. Walaupun dia pandai bercakap bahasa Jepun.

Tapi, aku akan tetapkan nak juga dapatkan braces. Sebab, aku memang nak betulkan gigi aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience