Chapter 1

Romance Completed 21978

Bab 1: Sekolah nak buka!

Wahai Encik Diari,

Urgh, menyampah betul lah! I've lost my old diary. Macam manalah kalau suatu hari nanti aku jadi popular, lepas tu mesti orang lain susah nak buat autobiografi aku.

Hmmm.. Anyway minggu lepas perkahwinan moksu memang fuyo, sebab aku jadi jurugambar tak rasmi Moksu dan maksu kahwin dengan mat salleh. My *ehem* new Paksu tu memang dah lama kerja dekat Malaysia, entah macam mana terjumpa Moksu lepastu tersangkut pula. The wedding seriously was a huge success sebab keluarga Poksu memang ramai yang datang. Of course, masa yang tepat nak cuci *ehem* mata. Anak buah lelaki Poksu yang sama umur dengan aku agak hensem. Hehehe dah dah.. sudah la berangan sebab...

ESOK SEKOLAH DAH MULA!!

Ya, aku tahu Encik Diari, esok sepatutnya cuti, tapi disebabkan aku ni tingkatan 4, cikgu ada cakap tahun lepas, datang sehari awal, sebab senang nak uruskan kelas, buku teks pinjaman dan lain-lain. Yang dan lain-lain tu aku rasa saja aje cikgu suruh datang sehari lebih awal.

Sekolah ni macam love-hate situation because I love studying but I hate homeworks. I hate socializing but I love my friends.

Speaking of friends, esok birthday Marissa. Untung betul. Sebab birthday dia lagi awal dari aku atau sesiapa jelah yang sama rapat dengan dia. So kiranya kalau birthday orang lain, dia hanya akan ucap "Happy Birthday" dekat orang yang pernah wish dia dulu.

Aku pernah teringat dulu, aku tak adalah rapat sangat dengan seseorang ni, tapi birthday dia lagi awal dari aku. Bila hari lahir dia, aku tak wish langsung. Tapi masa hari lahir aku, dia wish aku. Malu, malu mal..uu..

Tadi beli hadiah sekali untuk Marissa masa beli diari baru ni. Bunga ros kristal. Kenapa bunga? Sebab memang dia minat bunga dari sekolah rendah lagi dah. Buku nota bunga, bekas pensel bunga, jam pun bunga. Memang dalam hati ada bungalah kiranya!

Esok finally akan masuk ke Tingkatan 4. Sebenarnya aku boleh nak masuk asrama. Tapi malas dan nak teman Marissa yang juga malas nak masuk asrama. Sebab dekat asrama, semua benda kena buat sendiri.

Not to mention, if you still haven't finished your homeworks, where can you run? What kind of excuse can you give? Takkan nak cakap "Cikgu, semalam waktu prep saya sakit", lepas tu mesti cikgu tanya kawan sebelah, "Betul ke Marsha sakit semalam?"

For sure, kawan yang sejati mestilah tak bekerjasama dan menjawab "Semalam elok je dia tido berbantalkan lengan dekat meja prep, cikgu. Saya tengok pun rasa macam nak tidur sekali"

PAP! Satu das sebatan cikgu beri.

Lagipun, dekat asrama banyak betul kes buli. Tak mahu la kena buli.

Dah enough of this.

Tapi kan, tertanya-tanya juga kalau Wawa tu masuk asrama ke tak? Aku harap kau masuk asrama Wawa. Dari tahun lepas aku kena caras dengan kau dalam pertandingan pidato, sajak, syair dan lain-lain pertandingan yang aku masuk. Sebelum ni, kau tak masuk pun pertandingan ni semua. Bila kau masuk, habis kau bolot. Aku dapat tempat ke-dua je. Tak pasal-pasal aku punya nama dekat sekolah jadi Marsha binti Naib Johan. Tiba-tiba aje nama Baba ada Naib dekat situ?! Uhhh. Sabar ajalah. Kalau kau masuk asrama, bolehlah aku buang Naib tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience