Chapter 9

Romance Completed 21978

Bab 9: Operasi Bermula!

Wahai Encik Diari,

Jadi harini Operasi Dapatkan Mikhael pun bermula. Pagi-pagi lagi lepas datang sekolah pergi toilet, Marissa memang dah tunggu dekat dalam. Marissa pergi sekolah awal sangat dia tidur pukul berapa? Aku tidur 10 malam pun terbangun lambat. Tapi apapun, jerawat tu masih ada, tapi Marissa dapat tutup jerawat tu.

Sebelum kelas Inggeris tadi, aku hampir dapat perhatian Mikhael. Sebab apa? Aku bercakap dengan hampir semua budak kelas aku. Dari Ali, Alia, Farah banyaklah. Ye aku buat semua tu. Sebelum ni aku nak cakap dengan separuh budak dalam kelas pun susah sebab aku selalu cakap dengan Marissa aje. Tapi harini aku angkat diri aku supaya boleh bercakap dengan orang lain. Mesti Mikhael fikir "Siapalah budak tu, sungguh peramah". Heheh. Tapi aku tak bercakap dengan dia sebab kadang-kadang dengan lelaki ni kita kena buat kita ni tak interested dengan supaya dia curious and rasa "Kenapa dia tak cakap dengan aku". Main Tarik tali gitu.

Oh, dalam kelas Bahasa Inggeris tadi, mestilah aku jawap kebanyakan soalan yang Pn Amalia tanya. Selebihnya Alia yang jawab eh, eh dia ni macam nak cross line kan? Tapi takpa sebab Mikhael pusing kepala dia ke arah aku setiap kali Pn Amalia cakap,"Ye, Marsha".

Lepas kelas Bahasa Inggeris, kelas Biology. Untuk kelas ni kami kena pergi ke Lab 2. Masa perjalanan ke sana, Mikhael cakap dengan aku. Aku ingat nak pakai "saya awak" dengan dia. Tapi terkeluar "aku kau" pula. Dia yang mula-mula pakai "saya awak" terus tukar "aku kau" Apa yang dia cakap sedikit terasa lah bagi aku. Dia cakap,

Mikhael: Hey, nama awak apa?

Aku: Nama aku Marissa. Kau tak ingat ke minggu lepas kita buat sesi suai kenal sebab kau budak baru?

Mikhael: Sorrylah, aku tak perasan kau.

(Eh Mikhael, memang la kau tak perasan. Kau asyik tengok Wawa aje)

Aku: Takpe.

(Aku cakap ni, sambil tahan lidah supaya tak perli dia)

Mikhael: Eh?

Aku: Yep?

Mikhael: Hidung kau. Macam merah. Macam badut.

Aku: Yeke?

Lepas tu aku terus pergi dekat Marissa. Sebab aku rasa muka aku berpeluh. Siapa tak berpeluh bila bercakap dengan orang hensem kan Encik Diari? Macam awkward pula lepas cakap terus blah. Tapi make up aku, cair sebab aku berpeluh. Tak cool langsung.

Aku dengan Marissa terpaksa minta izin dengan Miss Hew untuk pergi ke tandas. Kena buat sesuatu sebelum muka aku jadi momok. Tapi rasa macam malu je bila bercakap dengan orang yang hensem tapi muka kau cair pulak sebab mekap. Ok creepy tadi tengok cermin. Jerawat macam makin teruk jugak. Dia ada kawan pulak dekat hidung ni. Hish, takpayah lah nak berganda.

Macam mana aku nak teruskan operasi ni kalau jerawat ni tak hilang.

Oh jerawat. Pergilah.

Takpa. Akan aku kuatkan semangat untuk operasi ni.

P/s untuk diri sendiri: Kau tak suka Mikhael la Marsha. Tak suka. Dengar tu. Ini sebab kau nak kuatkan pengaruh M'M aje. Kalau Mikhael masuk M'M bolehlah jadi M'M'M selepas itu, pengaruh kau akan kuat dan dapatkan Johan kau balik dari Wawa.

Syukurlah Mama ok aje dengan mekap ni. Dia nampak mekap ni masa dia ambil aku dari sekolah tadi. Nasib baik dia ok aje. Kalau tak dia marah dan aku tak boleh pakai mekap dah lepas ni.

Apapun, Mama masak cekodok harini. Aku tak faham kenapa cekodok Mama lebih fluffy, gebu dan sedap. Aku punya cekodok selalu aje flat, keras tapi takdalah keras sangat tapi macam roti. Aku tengok cara sama aje. Hmm.. Air tangan bonda lah katakan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience