Chapter 16

Romance Completed 21978

Bab 16: Wawa I lap yu!

Wahai Encik Diari

Walaupun aku ni sekarang dah jadi peminat nombor satu Wawa, aku masih perlukan Mikhael untuk melengkapkan group aku. Maksud aku geng aku. Sebab? Tak ada banyak sebab. Sebab aku suka dia. Atau mungkin aku cuma perlu lebih banyak kawan untuk mengelakkkan kehidupan aku jadi awkward bila dah besar nak bekerja atau nak masuk universti nanti. Ya, aku mengaku, aku jenis pilih kawan sikit. Kualiti lebih penting daripada kuantiti. Ya, selama ini kawan aku banyak perempuan aje, bukan lah nak kata banyak kawan perempuan ni tak elok, cuma aku nak keluar dari comfort zone aku.

Encik Diari, kau tahu tak, dekat kantin tadi punyalah aku minta maaf dekat Mikhael berkali-kali sebab semalam. Sebab air lemonade masin tu. Dan aku juga cuba lah nak berbaik dengan dia. Aku bukan apa aku rasa dia ni macam menyampah aje dekat aku. Ke dia annoyed dengan aku? Hmm... apa aje yang aku pernah buat dekat dia? Aku nak jadi kawan kau ajelah Mikhael, takyahlah poyo sangat. Ingat kau tu hensem sangat ke. Hmmm.. memang hensemlah pula.

Aku buat lawak, dia gelak lepas tu tiba-tiba macam silent mode. Dan makan dia punya nasi ayam. Termakan organ dalaman ayam ke apa? Kelat aje muka. Ke dia malu dengan aku? Malu sebab aku awesome? Hahaha, tak perlu nak perasan lah kan?

Aku tetap pujuk mak aku supaya aku boleh pakai braces tapi mak aku masih jugak dengan jawapan dia. Tak boleh. Aku tetap perlu pakai braces tu sebab.... Gigi aku dah betul-betul senget. Aku pun tak tahu kenapa? Sebutan 'S' aku jadi lebih pelik. Aku rimaslah dengan gigi aku ni...

Nampaknya aku kena kerja ajelah dekat kedai jual lemonade tu. Mungkin aku kena beritahu dekat Wawa tujuan sebenar aku buka kedai tu, supaya tak adalah aku kena menipu lagi. Kan? Tapi kalau aku beritahu Wawa sebab sebenar aku jual air lemonade, mesti dia tak nak ajak kawan dia datang dah, habis kedai aku nanti jadi macam padang jarak padang terkukur. Lebih teruk lagi kalau Wawa dah tak nak jadi kawan aku. Baru aje nak ber-bonding dah jadi macam ni. Kusut!

Atau, mungkin aku perlu cakap aje dekat Wawa yang aku buat gerai lemonade tu untuk charity masa hari Sabtu dan Ahad lepas aje. Yang minggu keseterusnya untuk aku dan Marissa?

Lepas tu bolehlah aku jual betul-betul. Aku buat iklan biar keluar dekat tv, keluar dekat instagram. Letak poster besar dekat depan rumah, buat jenama aku sendiri lepas itu, buat lemonade powder dan jual ke serata dunia. Dan akhir sekali, suruh helikopter bawa poster aku sambil jirus air lemonade aku................ Ok mengarut. Sangat mengarut. Kenapalah otak aku ni fikir benda yang agak mustahil ni? Dear brain, pelase jangan buat lawak. Ini serius. Gigi aku dah senget dekat bahagian taring ni. Tak cool langsung.

Lagipun nak buat semua tu perlu lebih banyak duit.

Pening dah kelapa aku diari.

Tengok! Eja kepala pun salah!

Aku rasa aku kena tidur. Tidur dan tidur lagi sampai aku sendiri penat tidur.

____

Wah, aku macam stress sangat kan tengah hari tadi? Balik sekolah terus tulis diari. Lepas tu tidur. Tapi tak apa Encik Diari, aku dah ok sikit. Aku ada inspirasi tadi masa tidur.

Bukanlah inspirasi sangat... aku nampak cahaya, sangat cerah. Cahaya tu datang dekat aku. Datang perlahan-lahan, lepas itu, tiba-tiba laju dan aku rasa terik sangat dan mata aku silau..

Sampai satu tahap tu, dia jadi terlampau silau sampai aku terbangun dari tidur.

Sampai sekarang aku masih tak faham inspirasi di sebalik mimpi tu. Tapi sekarang aku nak tengok filem dekat tv. Ada dua movie yang macam best aje. Movie marathonlah jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience