Chapter 31

Romance Completed 21978

Bab 31: Best Friends Forever ;) -the end-

Wahai Encik Diari,

Harini adalah hari yang sungguh menggemparkan buat aku, Mikhael dan Razalee. Pagi lepas sampai sekolah, aku dipanggil ke pejabat guru. Aku letak beg dalam kelas dan terus pergi ke bilik guru. Razalee dan Mikhael memang dah ada dekat dalam.

Cikgu Hamdan cakap, harini perhimpunan ada, jadi kelas pertama dibatalkan sebab nak buat majlis penyampaian hadiah. Aku masa itu fikir, kalau tak menang pun tak apa, sebab selepas kelas yang dibatalkan tu, kelas Fizik. Kelas Fizik, aku dengar, Cikgu Faizah tak datang. Sebab ada masalah pula anak dia punya tadika. Tiada cikgu ganti pulak tu. Jadi, campur dengan kelas pertama batal dan kelas Cikgu Faizah, aku ada tiga waktu free.

Ok, pasal pemenang tu, Cikgu Hamdan beri kami lihat sijil sekolah dulu waktu pagi tu. Sijil yang dari pertandingan antara sekolah tu, beri waktu perhimpunan.

Untuk level sekolah aku, aku dapat Naib Johan. Lagi. Ye.

Razalee dapat tempat ketiga.

Dan Mikhael mestilah dapat Johan. WOW kan? Dari situ aku tahu, dalam pertandingan tu, markah Mikhael lagi tinggi lah dari aku.

Encik Diari nak tahu apa keputusan pertandingan antara sekolah tu?

Mikhael betul-betul dapat Johan. Aku dapat tempat ketiga, Razalee pula dapat hadiah sagu hati.

Habis perhimpunan, kami masuk kelas. Nasib baik Fizik tak ada. Boleh celebrate. Aku belek banyak kali piala Mikhael. Berkilat-kilat. Piala aku warna perak aje. Tak apelah. Sekurang-kurangnya dapat hadiah.

Macam tak percaya kan? Aku yang boleh dikirakan sebagai amature dalam dunia fotografi ni dapat tempat ketiga. Dari empat buah sekolah pula tu. Wow kan? WOWOWOWOWOWOWOW. Aku masih excited ni. Sambil aku tulis kau, Encik Diari, aku masih membelek piala aku.

Mikhael tadi, dapat banyak ucapan "Tahniah" dari cikgu, kawan sekelas, junior dan senior sekolah. Sebab apa tahu? Sebab salah satu gambar Mikhael tu, pihak juri pertandingan letak bingkai dan cikgu gantung dekat bilik guru. Mikhael siap tandatangan dekat gambar tu lagi. Habis merah muka Mikhael tahan malu.

Oh, masa rehat tadi, Sarah ada datang. Aku pelik betul dengan Sarah ni, dari tanda nama dia, dia Tingkatan 3. Waktu rehat Tingkatan 3 patut habis dah. Dia ni ponteng ke apa?

Dia datang untuk minta maaf dekat Mikhael. Mikhael mula-mula dia macam tak nak layan Sarah. Lepas dia cakap "Aku maafkan kau" dia terus tak pandang Sarah.

Malas lah nak cerita pasal Sarah tu.

Tadi aku logged in Twitter, bukan main lagi Mikhael upload gambar sekeluarga makan dekat restoran untuk sambut kemenangan Mikhael.

Mikhael ada cakap, esok dia nak belanja aku, Wawa dan Marissa sebab banyak tolong dia dekat sekolah baru ni. Dia tak sangka, dalam masa secepat ni, banyak benda yang dia dah buat yang dia tak mampu nak buat pun tahun lepas. Dia cakap, tak sangka dia dapat kawan yang baik macam kami. Aku pun tak sangka aku dapat berkawan dengan diorang.

Aku tak sangka aku dapat berkawan dengan all of these awesome people that I've never met, and someone that I've met a long time a go. Itulah, hidup ni pelik kan? Aku ni bercakap macam dah berpuluh tahun hidup. Macam tua sangat dah. Padahal tahun ni baru nak masuk 16 tahun.

Well, tak sabar nak esok, aku nak paw Mikhael cukup-cukup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience