Chapter 19

Romance Completed 21978

Bab 19: Aku nak Buli Mikhael?

Wahai Encik Diari,

Harini, masa kelas yang kedua, Cikgu Hamdan buat pengumuman suruh siapa yang masuk pertandingan fotografi tu pergi ke dewan. Aku dengan Mikhael, keluar kelas bersama-sama. Aku sempat tanya dekat dia, "Kau dah lama ke pandai tangkap gambar?"

Dia jawab dia memang dah lama pandai tangkap gambar. Sebab dulu dekat sekolah lama dia, dia selalu duduk seorang diri. Selalu menyendiri sampai orang takut nak dekat dengan dia. Kakak dan abang dia pun tak tahu nak tolong dia macam mana.

Kamera dia ajelah tempat dia luahkan semua perasaan dia. Dia pun ada minta maaf dengan aku sebab selama ni dia macam buat tak layan aje dekat aku. Sebab sebenarnya dia malu. Dia jadi pemalu sebab sekolah lama dia tulah. Jadi bila aku ni macam nak jadi kawan dia, dia rasa pelik. Dia ingatkan aku ni nak buli dia.

Can you believe that Encik Diari? Dia ingat aku nak buli dia. Sebab dia pemalu. Dia jadi takut bila orang dekat dengan dia.

Aku ada tanya lah lagi, dia suka Wawa ke? Dia jawab tak lebih dari seorang kawan. Aku macam tak percaya lah kan. Sebab first day dia dekat sini, cara dia tenung Wawa tu macam dia tu bidadari dari angkasa. Rupanya Mikhael asyik tenung dekat Wawa sebab dia fikirkan yang Wawa boleh tolong dia jadi popular. Sebab dekat sekolah lama dulu, dia selalu kena ejek. Dia nak la juga rasa popular.

Aku macam ternganga sekejap. Rupanya dia sama aje macam aku. Ok, mungkin tak sama tapi nak dekat sama. Aku nak jadi popular supaya aku dapat Johan, dia pulak nak jadi popular sebab dia nak jadi more involved in this school dan untuk buang malu dia, be more confident.

Wow kan Encik Diari? Siapa sangka, kami ni ada jodoh. Eh silap, ada perancangan yang agak sama. Lepas tu, dia cakap, rasa macam tak sampai hati pula kalau dia rapat dengan Wawa hanya kerana nak popular. Sebab tulah dia nak masuk pertandingan fotografi ni. Supaya dapat kurangkan sikit perasaan malu tu dengan sendiri tanpa bantuan orang/ masa untuk berdiri di kaki sendiri katanya.

Tak sangka kan? Orang yang hensem macam dia pun ada low self esteem and low confidence? Hmmm, we cannot judge a book by it's cover ..

Sampai aje dekat dewan, cikgu umumkan 3 orang pelajar yang berjaya dapat menyertai pertandingan yang sebenar. Baki lagi 17 orang tu, cikgu akan bagi sijil penyertaan.

Macam best aje kan, walaupun tak masuk dapat sijil. Aku, Mikhael, dan seorang budak tingkatan 2 tak dapat sijil.. Sebab kami dapat masuk pertandingan tu!

Cikgu cakap bagi kami ni, nanti bila dah masuk pertandingan, dah tau kedudukan yang sebenar, baru cikgu bagi sijil. Wow, maknanya kalau kami menang nanti, dapat dua sijil lah. Sijil antara sekolah satu dan sijil sekolah satu. Untungkan? Macam dah gila sijil aku ni. Cikgu juga cakap, hari terakhir gambar perlu dihantar adalah Selasa depan dan setiap gambar tu kami kena terangkan maksud gambar tu dalam bentuk file, jadi bawa pendrive lah ke sekolah nanti. Temanya, Seni Kehidupan.

Aku harap aku menang lah pertandingan ni sebab, aku nak jugak Johan aku dan aku nak juga pakai braces sebab gigi aku dah betul-betul senget. Ye, aku dah beritahu kau Encik Diari yang gigi aku betul-betul senget. Cuma aku nak tekankan lagi. Baba sendiri perasan gigi aku senget. Itulah, lain kali jangan cari pasal. Kan dah menyesal.

Aku baru beritahu Baba dan Mama pasal pertandingan ni. Nasib baik Baba dan Mama beri izin. Sebab semalam masa aku letak kamera dalam beg dan beritahu aku ada hal sikit dekat sekolah, Mama tengok semacam aje. Aku sebenarnya malas nak beritahu lagi masa tu. Sebab aku tak tahu lagi keputusan kan. Nanti aku, Baba dan Mama letak harapan tinggi pula. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience