Chapter 28

Romance Completed 21978

Bab 28: Projek : Lepak.

Wahai Encik Diari,

Harini, aku, Marissa, Wawa dan Mikhael pergi ke The Curve. Mula-mula diorang semua rancang nak makan sushi. Tapi perut aku ni, bukannya apa, cuma dia tak suka benda pelik sikit. Bukan nak kata sushi tu pelik, cuma bagi aku, not my thing kot.

Aku pernah cuba sekali. Tapi mulut aku, walaupun dah hancur sushi tu dalam mulut selepas dikunyah, tekak aku tak boleh nak terima. Tak boleh nak telan. Every parts of my body were rejecting the sushi. Tapi nak keluarkan balik macam tak senonoh. Terpaksa jugalah aku telan. Terkeluar air mata.

Kami pun makan je lah dekat restoran Melayu dekat sana. Kedai baru kot, aku terbau lagi bau cat masa aku dekat sana.

Lepas makan tu, kami solat zohor sebab, nanti filem mesti ambil masa sejam sentengah atau dua jam. Nanti terkejar nak solat. Surau penuh pula nanti.

Aku ingat nak tengok filem seram tapi Mikhael kata filem macam tu tak best. Sebab kita asyik tunggu bila lah keluar benda seram tu dan filem seram sekarang banyak elemen terkejut aje. Dia teringat filem seram Jepun dulu yang best, dia tengok masa dia kecil, seram sangat sampai dia mandi tak basah. Bila berjalan asyik tengok belakang aje.

Aku tak tahu lah itu alasan dia tak nak tengok cerita seram ke apa. Tapi betul juga lah. Baru-baru ni aku tengok filem seram dekat tv, aku gelakkan hantu tu ada lah.

Wawa dan Marissa pula ingat nak tengok cerita sains fiksyen, cerita super hero. Tak sangka taste diorang ni sama ye? Tapi aku ingat mula-mula malas nak tengok cerita sains ni sebab harini hari Sabtu, cuti sekolah takkan nak tengok cerita sains lagi. Tapi sebab Mikhael dah setuju, suara majoriti cakap macam tu, aku setuju ajelah.

Ingat nak duduk satu baris sekaligus tapi kerusi dah penuh, jadi Mikhael duduk bawah barisan kami. Nasib baik atas bawah aje beza.

Lepas tu, beli bertih jagung dengan air. Marissa cakap dia tak suka makan sambil tengok movie sebab macam pelik, makan lepas tu tak basuh tangan pun lepas habis movie. Apa dia cakap tu ada betul juga, tapi Wawa cakap dia bawa wet tissues so boleh lap aje nanti lepas makan.

Filem tu bagi aku best sangat. Tapi yang tak bestnya, aku ni lambat sikit move on dari cerita yang best-best ni. Sebelum aku tulis dekat Encik Diari, aku dah search banyak pasal filem tu tadi dekat internet. Sebab hero dia, hensem. Sangat hensem.

Tapi Encik Diari nak tahu tak tadi, bila filem habis, lampu kan terbuka, aku tengok diri aku, aku tengok dekat tudung aku, penuh habuk bertih jagung. Biji jagung pun ada. Tu lah, tengok movie sambil mengunyah tak tengok atas bawah. Nasib baik tak ada sesiapa yang perasan.

Lepas filem tu habis, kami makan lagi. Hah, banyak betul makan harini. Lepas ni kena diet. Lepas makan pusing-pusing dekat luar tengok barang yang dijual. Aku ada beli rantai. Bukan untuk aku sebenarnya. Untuk dekorasi bilik aku. Cantik rantai tu. Macam klasik.

Lepas solat asar, kami pun ingat nak balik. Ayah Wawa pun dah sampai. Aku ingat nak aku dengan Wawa sekali. Tapi Baba telefon aku cakap, yang Baba dan Mama ada nak berjumpa dengan Aunty Maryam dekat rumah dia. Jadi Baba nak aku ikut sekali sebab benda ni sampai malam. Ye, ye Encik Diari. Harini aku makan banyak sangat. Sampai sekarang perut aku rasa keras. Macam dah penuh dengan makanan sangat. Aku ingat aku tak nak makan tadi, tapi Aunty Maryam paksa aku. Nilah, bila tak makan nanti terasa, bila makan, aku yang terasa. Sedih tahu?

Aku rasa sampai sini ajelah aku menulis. Mengantuk, penat dan terlebih kenyang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience