Chapter 12

Romance Completed 21978

Bab 12: Follow lah aku!

Wahai Encik Diari,

Aku beritahu Marissa yang aku mungkin suka dekat Mikhael. Mata dia terbeliak. Hampir sama besar dengan duit 20 sen. Besar tu. Nasib baik tak sama besar dengan 50 sen lama tu. Kalau yang itu, macam hantu dah. Aku hempuk pakai buku rujukan Biology je senang. Mulut dia ternganga macam muat sumbat burger aje. Nasib baik takda burger.

Tapi yang aku risaukan sekarang, plan nak pakai braces ni. Macam mana kalau Mama masih kata tak boleh? Mungkin aku kena ada wang sendiri. Supaya aku boleh biaya kos braces tu nanti. Lagipun aku memang nak pakai braces sebab aku nak bosan asyik tersasul "Esh" je. Aduh.

So, aku dengan Marissa rasa kami patut buka gerai dekat mana-mana tempat supaya kami dapat duit. Kami rancang nak buat dekat Pasar Malam sebab mak saudara yang tinggal dekat-dekat dengan sini ada buka kedai dekat pasar malam. Jadi bolehlah kami tumpang gerai makcik Marissa kan? Senang sikit.

Tempat dah ada cuma barang aje yang tak ada lagi. Kami rancang nak jual Takoyaki. Ala, cekodok Jepun. Sedap, ada sotong. Sotong bukan sebarang sotong, tapi sotong kurita. Tapi aku rasa mungkin tak pakai sotong kurita kot. Mahal. Tapi ‘tako’ maksud dia sotong kurita. Hmm... buat cekodok ala takoyaki ajelah kononnya. Lepas tu aku rasa aku nak jual air. Air lemon sebab kalau sirap ke apa ke macam dah biasa nampak dekat pasar malam.

Aku beritahu Mama aku pasal nak buka gerai ni dan dia cakap ok aje as long as aku tak lupa pelajaran. Mama cakap baguslah aku nak berdikari. Nanti bila dah masuk universiti tak adalah bergantung sangat dekat parents. Hmmm... Kalaulah Mama tahu sebab sebenar aku buat gerai ni, mesti dia tak puji aku sampai melambung macam tu.

Untuk gigi aku pula, mana lah tahu mak aku berubah fikiran lepas nampak gigi aku senget ke apa ke, jadi aku mula mengunyah ais.

Tapi kunyah ais tu, aku baca dekat internet, kunyah ais boleh kuatkan gigi. Aku tak tau betul ke tak tapi orang tua-tua selalu cakap jangan kunyah ais, nanti gigi pecah. Memandang aku takut gigi aku pecah, aku akan kunyah satu kiub ais sehari.

Encik Diari, bayangkan kalau aku dah pakai braces nanti, gigi aku akan bersinar sampai Wawa tak nampak apa lagi selain daripada seri gigi besi aku. Biar kalau aku dapat tempat nombor dua, aku akan tersenyum sahaja sampailah Wawa sendiri terjatuh podium tempat pertama. Ewah, berangan. Macam apa aje.

Dekat twitter tadi, aku nampak Wawa follow seseorang yang baru. Ya betul tu. Siapa lagi kalau bukan Mikhael. Macam mana aku tahu? Aku tak stalk yea, aku memang follow Wawa dan aku nampak dia bercakap dengan Mikhael dekat twitter.

Apa yang buat aku rasa macam tak faham adalah, Mikhael tak follow aku pun. Amboi, bukan main lagi kau ye, sukakan sangat dengan pukauan Wawa. Tak apa aku cuba bersangka baik. Mungkin dia tak tahu aku ada twitter, jadi aku "Hai" lah Wawa. Manalah tahu nama aku terkeluar pulak dekat timeline Mikhael lepas Wawa balas aku.

Lepas aku bercakap dengan Wawa dalam 5 minit, aku masih tak dapat follower baru, iaitu Mikhael. Dah lah 5 minit tu aku bercakap benda entah apa-apa aje dengan Wawa. Mikhael tak sedar lagi ke kewujudan akaun twitter aku? Nak kata dia dah log out, tak mungkin sebab dia ada post dia malas nak tidur sebab layan perlawanan bola ulangan dekat tv dengan abang dia.

Mikhael, are ignoring my existance?

Eh kejap. Mikhael ada abang. Adakah sekacak dia abang dia? Hmmmmm.. Curious pula. Rasa macam nak stalk lagi pula. Eh bukan stalk. Tapi investigate.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience