Chapter 24

Romance Completed 21978

Bab 24: Sarah.

Wahai Encik Diari,

Harini, Cikgu Hamdan cakap dia dah hantar gambar-gambar kami walaupun sebenarnya tarikh akhir hantar gambar tu kepada cikgu adalah harini. Cikgu Hamdan hantar awal sebab aku, Mikhael dan Razalee dah hantar. Razalee tu junior tingkatan 2 yang masuk pertandingan ni sekali.

Aku rasa gemuruh pula memikirkan hasil kerja aku yang tak seberapa tu. Aku ada tanya Mikhael, dia cakap kalau aku gemuruh lagilah dia gemuruh. Eleh, tahulah gambar dia lebih berseni dari aku. Tak perlu nak poyo sangat. Saje je konon nak sedapkan hati aku.

Tapikan, aku rasa pertandingan ni macam, merapatkan aku dan Mikhael dan Wawa. Siapa sangka kami dulu bukannya rapat sangat, jadi macam ni. And for your information Encik Diari, walaupun tujuan utama aku masuk pertandingan ni adalah supaya aku dapat duit dapat pakai braces, dan dapatkan Mikhael, aku rasa macam semua tu dah tak penting. Sebab aku lebih selesa berkawan aje dengan dia. Pasal braces, memang confirm aku dapat pakai sebab memang gigi aku bermasalah.

Tapi unik lah kami ni. Dalam sebulan aje dah rapat. Mikhael sendiri pun dia rasa lebih yakin untuk berkawan dengan orang. Tak sangka dulu Mikhael ingat aku nak buli dia? Sekarang dia lebih terbuka minda dia tentang berkawan.

Waktu rehat tadi, aku, Marissa, Wawa dan Mikhael duduk semeja. Macam-macam lagi aku dah dapat korek dekat Mikhael ini, antaranya kakak dia sekarang tengah sambung Master dan abang dia baru ambil diploma tahun lepas.

Mikhael ada juga cakap dia tak mahu jadi macam Mikhael yang dulu, pemalu, awkward dan suka menyendiri. Wawa cakap sekarang Mikhael kena cari kawan lelaki pula. Sebab nanti kalau dia hanya selesa berkawan dengan perempuan aje, orang ingat dia playboy pula.

Aku pula cakaplah, Mikhael kena jauh sikit dari Wawa. Sebab banyak senior macam minat dengan Wawa. Wawa cakap dia tak minat pun senior tu. Cuma kawan. Wawa cakap, dia tak suka ada boyfriend. Banyak komitmen dan buang masa.

Dengar aje dari Wawa, aku dan Marissa terus pandang each other sebab, alasan Wawa sama aje dengan alasan aku untuk tak ada boyfriend.

Masa kami bersembang tu, tiba-tiba junior datang ke meja kami. Ingat tak Encik Diari akan junior yang kurang ajar dengan aku tu? Yang dia pakai setting auto tu? Ha, dia tulah datang. Aku ingat sebab apa, rupanya nak mengorat Mikhael. Dia cakap "Eh, ni abang yang masuk pertandingan tu kan? Abang Mikhael? Nama saya Sarah", sambil tersengih. Oh, Sarah nama dia. Nama sedap, tapi sombong.

Dia siap minta nombor telefon konon tanya macam mana nak tangkap gambar cantik, minta jadi abang angkat lagi. Tak malu betul, ingat aku tak tahu taktik tu. Tergedik-gedik depan Mikhael tadi. Dengan aku haritu bukan main kasar cakap. Dia ternampak aku duduk sebelah Mikhael, mula-mula dia rolled her eyes. Lepas tu, dia baru tersedar kot siapa aku, otak dia baru proses maklumat, dia teringat aku, terus dia;

"Eh, akak, pun dekat sini? Buat apa dekat sini?"

"Tengah belajar macam mana nak berenang kuak lentang", aku perli.

"Lah, abang Mikhael ajar ke? Abang Mikhael pun pandai kuak lentang, bestnya! Banyak benda abang Mikhael tahu kan? Sarah pun nak belajarlah". Konon aje dia ni tak faham aku perli dia.

"Eh, tak adalah. Bergurau aje Marsha ni. Tadi nak nombor telefon saya ke? Maaflah, Sarah kan nama? Saya tak biasalah bagi nombor telefon dekat orang yang saya tak kenal sangat, pasal nak tangkap gambar cantik pula, saya tak boleh beri banyak tips. Tipsnya kita kena praktis sendiri. Cuba tak pakai setting auto selalu. Tengok nombor setting auto dan cuba benda yang sama dekat manual", Mikhael jawab. Aku tak pernah cerita pun pasal Sarah sebelum ni, tapi ayat dia macam perli Sarah aje.

"Oh yeke? Kalau macam tu saya ikut lah tips abang. Bye akak, bye abang", dia berjalan pergi. Tapi sebelum sempat dia pergi jauh, Mikhael hentikan Sarah dan bila Sarah datang balik, kali ni dengan senyuman yang lebih mengada.

"Ye, abang? Ada apa Sarah boleh tolong?"

"Yang pasal nak jadikan saya abang angkat tu, saya minta maaf lagi sekalilah, saya selesa jadi anak bongsu. Tak terfikir pula nak angkat orang lain jadi adik".

Junior tu terus pergi, sempat jeling lagi. Padan muka kau. Lepas tu, aku beritahulah Mikhael pasal Junior tu. Dia cakap dia tahu. Dia dengar dari Razalee. Razalee tu pun terkena dengan Sarah. Razalee tegur dia, lepas tu kena maki. Itulah, lain kali perangai tu elok sikit. No matter where and who you are. Because we don't know what's going to happen in the future.

Mikhael pun beritahu yang dia sendiri tak rasa selesa nak beri nombor telefon dekat junior tu. Macam peliklah, bercakap pun tak pernah, ni nak siap nombor telefon tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience