Chapter 4

Romance Completed 21978

Bab 4: Orang baru? DUN DUN DUNN!

Wahai Encik Diari,

Ternyata hari ni hari terakhir Pn. Ramayani. Untuk kelas Bahasa Inggeris hari ni, tiba-tiba aje kelas aku ada cikgu baru. Dia cakap mulai hari ini dia akan ganti Pn. Ramayani. Semua pun terkejut. Aku sendiri pun. Tiba-tiba, Pn. Ramayani masuk kelas.

Muka dia senyum je. Senyuman yang aku rasa macam senyuman ketenangan. Tiba-tiba dia menangis. Sambil menangis dia cakap, "Class, today is my last day in school. I'm sorry I've never told you guys about this. I don't want you guys to be sad. Today is my first day as a retired teacher".

DUN DUN DUN!!

Terkejut kami semua. Wawa (Sebagai murid harapan cikgu) ambil tisu dari kocek dia lepas tu beri kepada Pn. Ramayani.

Ish dia ni, cikgu dah bersara pun menyempat lagi nak mengada.

Tapi serius, kami memang terkejut.

Pn. Amalia, cikgu baru Bahasa Inggeris kami yang baru, cadangkan supaya kami buat sambutan untuk hari terakhir Pn. Ramayani. Kami mestilah bersetuju. Nak berpisah dengan cikgu ni. Rasa macam tak percaya aje dah 4 tahun dengan Pn. Ramayani. Pn. Amalia cadangkan lusa sambut sebab pembelajaran memang tak bermula lagi minggu ni. Minggu ni cikgu-cikgu masih bincang jadual waktu.

Aku rasa Pn. Amalia macam rasa dia bertanggungjawab untuk buat jamuan ni. Sebab kalau Encik Diari nampak macam mana Pn. Ramayani menangis, Encik Diari mesti akan buat apa sahaja umtuk buat Pn. Ramayani rasa lega. Sebab Pn. Ramayani ni seorang bidadari in disguise. Jadi, lagi dua hari Pn. Amalia kata dia nak kami bawa diri aje. Tapi kalau nak bawa makanan, tak payah yang berat-berat sebab semua diuruskan oleh Pn. Amalia.

Lepas aje drama sedih habis (Serius sedih. Aku rasa macam layak masuk tv hari Jumaat pukul 10.00 malam). Pn. Ramayani pun keluar dari kelas. Sedih pula rasa sebab lusa mungkin hari terakhir kami nampak Pn. Ramayani berjalan dekat koridor sekolah, berjalan sambil bimbit buku latihan di tangan kanan dan rotan dalam genggaman tangan kiri. Rotan yang tak pernah pun digunakan. Pernah guna sebenarnya rotan tu, tapi untuk tepuk habuk dekat kerusi.

Pn. Amalia mula memperkenalkan diri. Dia cakap anak dia pun akan masuk sekolah ni esok. Masuk kelas ini. Maknanya kelas ni akan ada student baru. YES!!

Tapi anak Pn. Amalia tak masuk sekolah lagi sebab ada hal sekolah lama dia masih belum diuruskan.

Tak apa cikgu, because I'm ready to meet your son!

Muka baru! Yes!! 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience