Chapter 13

Romance Completed 21978

Bab 13: Tomorrow never dies.

Wahai Encik Diari,

Malam ni aku tidur rumah Marissa sebab aku ada plan. Tapi nak cerita kena ikut kronologi yang betul dulu.

Marissa dan aku bercadang nak buka gerai kami esok. It's tomorrow or never. Nak kata now or never tak boleh pula sebab belum bersedia. Kami cadang nak buka hari Sabtu dan Ahad aje. Sebab kalau buka lepas balik sekolah rasa macam kesian dekat parents, nak hantar lagi apa la. Lagi kesian dekat kami yang dah berjam dekat sekolah cuba untuk survive lagi satu jam.

Wawa dan Mikhael duduk sekali dengan kami waktu rehat.

Ok bukan diorang yang duduk dengan kami. Kami yang terpaksa duduk dengan diorang sebab tiba-tiba meja yang biasa kami duduk dah penuh dengan senior tahun lepas yang mungkin datang untuk jumpa dengan cikgu lama kot?

Sambung pasal Mikhael, aku cuba lah bercakap dengan dia dan berjaya juga lah keluar beberapa patah soalan untuk dia tapi sekejap aje kami berborak sebab lepas tu dia paling ke arah Wawa pula dan bersembang pula dengan Wawa. Kureng asam betul. Nak aje aku letak asam keping yang ada dalam laksa aku tadi dekat mata Mikhael, biar tak nampak dah Wawa.

Tiba-tiba Marissa cakap pasal gerai kami.

Wawa cakap dia akan datang ke kedai esok lepas kelas bahasa Jepun. Dengar tak Encik Diari, dia cakap kelas Bahasa Jepun. BAHASA JEPUN. Aku sekarang sangat jealous. Sebab aku dari dulu lagi nak cakap jepun. Sebab apa? Sebab banyak kartun best dari Jepun. Ok, walaupun aku ni perempuan, yang dah besar dah pun, tak salah kan kalau aku minat semua benda tu. Uh, malas nak cakap pasal benda ni lagi.

Lepas sekolah aku pergi ke rumah Marissa, dan mula fikir untuk buat gerai kami betul-betul berjaya. Selepas menambah tolak kos, idea dan buah fikiran (eh bukan sama aje ke maksudnya), kami bercadang nak buat air lemon sahaja sebab takoyaki tu macam susah sikit. Nak beli kuali dia lagi, nak beli tepung khas untuk takoyaki lagi. Encik Diari tahu tak kuali dia bukan kuali leper, tapi kuali bulat-bulat lepas tu tepung dia bukannya boleh suka-suka nak pakai tepung biasa. Kena ada skill pula tu. Banyak sangat benda nanti jadi lempeng aje. Lempeng sotong. Eew.

Kami pun siapkan tempat kami untuk berniaga esok, tak susah mana pun. Sebab nanti tumpang van mak saudara Marissa untuk bawa barang-barang ke pasar malam.

Duit baki yang beli mekap hari tu pun ada lagi, jadi pakai duit itu aje untuk beli-barang-barang. Lemon, gula, penyodok air, bekas air, cawan plastik, straw, dan lain lain. Ais tu nanti beli bila dah sampai dekat pasar sebab takut cepat cair. Nanti tak sedap pula lemonade suam.

Malam ni aku tidur rumah Marissa. Macam yang aku cakapkan tadi. Senang sikit nak siapkan barang semua esok. Oklah Encik Diari aku beritahu lagi esok ye, aku penat lah. Sekarang aku dah malas nak menulis sebab Marissa ajak tengok video kucing mandi tergolek dekat Youtube.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience