Chapter 18

Romance Completed 21978

Bab 18: Berlagak Tahap Tertinggi mencapai Gunung

Wahai Encik Diari,

Harini sekolah dijalankan macam biasa pada waktu pagi. Aku bawa kamera aku untuk bersedia ke pusingan kelayakan. Aku bawa kamera Canon. Encik Diari tahu tak kamera apa Mikhael bawa? Kamera Nikon. Ye, Nikon. Mungkin Encik Diari tak tahu apa beza kamera Nikon dan Canon. Bezanya, bagi aku la ya, kamera Nikon ni banyak sangat butang. Aku sendiri macam confuse butang-butang ni semua. Kiranya bagi aku Canon ni auto, Nikon ni manual. Gambar Canon, kalau pandai kita adjust warna, aperture semua benda tu, jadi cantik. Tapi kalau Nikon, jadi lebih cantik.

Sebelum pertandingan lagi dah aku rasa tercabar. Rupanya si Mikhael ni pandai pakai Nikon rupanya?

Cakap pasal jenis kamera ni, banyak orang yang bawa banyak jenis jenama kamera. Daripada jenama yang aku tahu sampai lah ke yang aku tak pernah dengar pun. Tapi ada juga yang bawa kamera digital biasa.

Tapi hey, Encik Diari jangan pandang sebelah mata tau dekat orang yang pakai kamera biasa aje, sebab gambar tu jadi cantik bukan sebab kamera sangat pun, tapi sebab kreativiti penangkap gambar tu. Tak faham? Ok contohnya, Encik Diari, aku ada sebatang pensel yang sangat cantik, moden, siap boleh asah sendiri. Tapi itu tak menjaminkan aku punya tulisan cantik. Mungkin orang yang pakai pensel 2B biasa tulisannnya lebih cantik daripada tulisan aku. Faham dah?

Walaupun kelas dijalankan macam biasa tapi semua orang macam tak boleh beri tumpuan sebab masing-masing agak malas termasuk lah aku, mungkin sebab kami ni tak sabar nak tunggu pertandingan kelayakan itu kot? Tapi dalam kelas aku, aku dan Mikhael aje yang masuk pertandingan tu.

Ataupun semangat awal tahun dah pudar kot? Itu sebab semua malas.

Encik Diari tahu apa itu semangan awal tahun? Semangat awal tahun ni macam ni. Pada awal hari persekolahan, semua orang rasa excited untuk kembali ke sekolah. Untuk belajar, jumpa kawan, belajar benda yang baru dan lain-lain. Masa gosok baju untuk hari pertama pun, perfect aje. Kasut putih berkapur.

Tapi semua tu jadi pudar sebab setiap hari rutin sama aje yang diulang. Contohlah ye, bangun tidur, pergi sekolah, balik sekolah, makan, buat kerja rumah, tidur. Dan ulang balik, bangun, pergi sekolah, balik sekolah, makan, buat kerja rumah, tidur.

Hahaha baru bulan Januari, semua dah tak bersemangat dah.

Atau mungkin sebab harini, cikgu sendiri pun tak bersemangat sangat sebab harini sekolah jadi macam sibuk sedikit. Semua murid yang menyertai pertandingan ni nanti tak boleh nak teruskan aktiviti kokurikulum. Oleh sebab itu, cikgu pun batalkan aje aktiviti kokurikulum hari ini supaya semua pun boleh tengok aktiviti kami yang masuk pertandingan fotografi ni.

Pusingan kelayakan tu bermula pada pukul 2.30 petang. Cikgu Hamdan yang mengetuai kami harini sebab lebih senang kalau murid ada soalan pasal kamera diorang. Cikgu Hamdan cakap tema pusingan kelayakan ni adalah bebas. Ikut suka hati kamilah nak tangkap gambar apa pun asalkan dalam kawasan sekolah.

Aku kurang gemar betul bila temanya bebas. Sebab walaupun bebas, kena ikut juga tema bebas tu. Contohnya, kalau aku rasa nak tangkap gambar rumput, gambar rumput dan tumbuhan ajelah yang aku tangkap, lepas tu kalau ada subjek lain pula yang aku terminat. Dah lari tajuk kan? Encik Diari faham tak?

Akhir sekali lepas setengah jam termenung mencari ilham, lepas dengar nasihat Marissa, aku tangkap gambar apa yang aku suka tangkap. Gambar awan dan matahari. Walaupun awan macam kurang sikit harini, tapi aku cari juga. Pilihan aku ni agak berisiko. Sebab masa aku tangkap gambar awan tadi, ada junior tu cakap, "Tangkap gambar awan aje?", sambil buat muka sememeh. Aku nak aje cepuk kepala dia. Tapi aku macam biarkan aje. Aku jawab elok-elok. Sebab aku kesian tengok dia. Ada kamera yang agak canggihla juga, siap ada extra bateri. Tapi bila tangkap gambar pakai setting auto aje.

Lepas itu, aku cakaplah dekat dia, kalau pertandingan tangkap gambar ni, lebih elok pakai manual. Tapi berlagak yang amat, dia cakap, "Ikut suka hati sayalah".

Encik Diari tahu tak apa jadi lepas tu, Cikgu Hamdan yang memang tengah memantau peserta, lalu dekat kami lepas tu, tegur budak perempuan tu cakap, boleh pakai setting manual aje. Gelabah budak perempuan tu. Bila hantar gambar dekat cikgu tadi, gambar dia, awal-awal lagi kena reject. Sebab tak lawa, bergetar, gambar sekejap gelap, sekejap cerah. Macam mana aku tahu? Sebab cikgu bagi ulasan satu-satu tadi.

Gambar aku? Alhamdulillah cikgu terima. So pengajaran nya Encik Diari, jangan lawan cakap senior, dan paling penting jangan berlagak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience