Chapter 29

Romance Completed 21978

Bab 29: Twitta.

Wahai Encik Diari,

Aku kenyang sangat semalam, sampai pagi tadi pun aku kenyang. Aku breakfast roti kosong dengan air kosong aje tadi. Mama ingat aku tengah diet, memang aku tengah diet tapi aku tak rancang nak diet secepat ini. Mungkin minggu depan ke, bulan depan ke, tak pun, tahun depan. Tapi lepas aje Mama dengar yang aku makan banyak semalam, Mama cakap kenapa aku tak beritahu aku dah makan banyak. Kalau tak, tak payah pergi rumah Aunty Maryam semalam.

Aku pun cakap lah, "Dah, Mama yang nak jumpa kawan lama Mama, Marsha ikut ajelah"

"Tapi kalau Mama tahu Marsha macam tak nak pergi semalam, Mama pun tak nak pergi. Tak nak buat awak kecewa pula sebab nampak macam bersungguh aje nak pergi, Aunty Maryam kan selalu masak sedap", jawab Mama.

"Aik, Marsha pula. Marsha yang rasa bersalah kalau tak pergi semalam. Sebab Aunty Maryam kawan lama Mama kan? Kenapa Mama tak nak pergi?"

"Sebab, Mama banyak jumpa client semalam, penat. Bila balik office, terjuling-juling Mama tahan mengantuk. Nasib baik masa menjuling tu Bos Mama tak masuk office tiba-tiba"

Can you believe it Encik Diari? Inilah namanya masalah komunikasi. Aku rasa bersalah sebab ingat Mama memang nak sangat jumpa Aunty Maryam, Mama pula rasa bersalah sebab ingat aku beria sangat nak jumpa Aunty Maryam. Inilah masalah orang sekarang.

Lepas tu, Mama ajak pergi spa. Mama saja nak pergi spa sebab nak rejuvenate. Aku malas nak pergi sebab aku rasa penat. Penat apa aku tak tahulah. Tapi aku rasa sebab semalam kot? Penat sebab banyak makan.

Aku logged in Twitter, nampak banyak notifications, aku tengok sampai seratus lebih. Rupanya Wawa dah upload gambar wefie kami dekat Twitter. Dia tagged aku, Marissa dan Mikhael. Banyak juga mention untuk aku, dan banyak juga mention yang ada nama aku tapi untuk Wawa.

Aku tahulah Wawa ni banyak peminat. Tapi janganlah sampai lupa nak buang mention aku tu. Kan dah banyak melimpah. Aku kena scroll banyak kali ke bawah hanya untuk cari conversation Wawa, Mikhael dan Marissa.

Diorang ni, tahulah semalam terus balik rumah, boleh terus online. Phone aku habis bateri pula semalam, kalau tak, boleh sembang bersama. Kalau aku balas tadi pun macam menyampuk cerita lama.

Aduh, ni lah.. Dunia moden, masalah pun moden. Dulu orang dulu masalah surat tak sampai-sampai, sekarang masalah 'surat' dah sampai tapi tak boleh nak balas.

Tadi pula, Mikhael ada ingatkan aku dekat twitter, keputusan pertandingan Fotografi tu keluar esok. Aku macam tak pasti. Takkanlah cepat sangat kot? Memang la cikgu ada cakap minggu ni keputusan pertandingan tu. Mikhael cakap dah esok Isnin, senang sikit, buat perhimpunan terus. Ada betul lah dia cakap tu. Tapi...entahlah. Berdebar pula rasa. Aku harap aku boleh tidur dengan tenang aje.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience