Chapter 25

Romance Completed 21978

Bab 26: Goes around, comes around.

Wahai Encik Diari,

Cikgu Hamdan beritahu minggu depan keputusan pertandingan fotografi. Macam cepat sangat kan? Cikgu cakap hanya empat sekolah yang masuk, itu sebab sekejap. Setiap empat sekolah hanya hantar tiga orang peserta. Tak sabar pula nak tahu keputusan. Dan satu lagi sebabnya adalah, pertandingan ni sepatutnya diadakan tahun lepas tapi orang atasan ada masalah, sampailah bulan Januari ni baru boleh buat, jadi terus dia buat pertandingan ni. Dan untuk elak lebih banyak masalah, keputusan pertandingan dikeluarkan lebih awal

Encik Hamdan ada juga ajak aku, dan Mikhael masuk kelab fotografi. Tapi aku tolak. Aku selesa dengan Kelab Bahasa Inggeris yang memang aku dari Tingkatan Satu masuk. Mikhael pula bersetuju sebab dia, memang minat dengan fotografi.

Harini, waktu persekolahan dan waktu kokurikulum aku dapat banyak ucapan "Semoga berjaya" dari cikgu aku, kawan-kawan, makcik kantin, Mak Timah pun ada ucapkan dekat aku. Siap minta kalau boleh buatkan fotografi untuk masakan yang dia masak, nak masukkan dekat blog dia. Amboi Mak Timah ada blog rupanya. Diam-diam ada blog. Aku ingat orang muda macam aku aje ada blog.

Mama dah tahu pasal aku dapat masuk pertandingan tu. Malam tadi makan pizza lagi sebab nak raikan benda ni. Dan sebenarnya Mama malas nak masak. Baba pun malas nak bungkuskan makanan. Jadi keluar ajelah.

Dalam perjalanan ke restoran pizza, aku ada dengar radio berbahasa Inggeris ni, ada segmen dedikasi lagu. Mula-mula aku syak aje, tiba-tiba memang betul apa yang aku syak. Junior yang berlagak dan gedik tu, Sarah yang buat panggilan untuk dedikasikan lagu untuk Mikhael. Siapa sangka kan? Lagu Girlfriend dari Avril Lavigne. Nak tahu ucapan dia apa? Aku translate untuk kau, Encik Diari.

"Lagu ni saya dedikasikan dekat senior sekolah saya yang saya suka. Walaupun dia macam tak suka dekat saya. Saya tak tahu sebab apa. Sebab kawan dia kot yang kata buruk tentang saya. Kawan dia tu bukannya girlfriend dia, tak perlu nak lebih sangat lah kan?"

Aku tak tahulah dia ni sengaja atau tak sebab lepas tu, dia siap bagitahu lagi nama dia. Yang Dj radio pun satu, siap tanya sekolah dekat mana. Ada ke patut? Tak malu ke kalau satu sekolah tahu. Habis bertambah malu lah Mikhael esok.

Sebelum sempat segmen dedikasi lagu tu berakhir, aku dapat telefon radio tu. Fuh, memang satu dalam seribu lah. Banyak kali jugak aku call tak dapat. Nasib baik dapat. Lagu yang aku minta adalah lagu, What Goes Around Comes Around dari Justin Timberlake. Aku cakaplah dedikasikan untuk seorang Junior sekolah yang namanya mula dari S.

Ucapan aku? Simple aje tapi pedas. Aku translate jadi Bahasa Melayu jadi panjang pulak.

"Dalam hidup ni, kita perlu berbuat baik, dan layan orang dengan cara yang baik, kerana kita tak tahu benda buruk yang kita buat di masa lalu boleh makan kita di masa hadapan".

Padan muka kau lagi. Aku harap tak ramailah dengar radio tadi. Tapi esok, aku kena beritahu Mikhael. Aku mesti beritahu Mikhael supaya berhati-hati sikit dengan Sarah. Macam bahaya aje aku tengok budak tu. Cara dia pusing ayat dengan Dj radio tadi pun aku boleh ternganga.

I will protect you my friend!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience