Chapter 27

Romance Completed 21978

Bab 27: Heh.

Wahai Encik Diari,

Aku ingat nak beritahu pasal Mikhael pasal Sarah semalam. Sebab dari semalam aku aku tahan diri aku dari mengeluarkan semua apa yang Sarah cakap pasal aku. Tapi, aku tak buat sebab, Sarah sendiri buat sesuatu yang Mikhael amat marah dekat dia.

Masa aku berjalan dari ke kantin dengan Mikhael, Sarah terjatuh depan Mikhael, kononnya ingat Mikhael nak tolong dia, tapi Mikhael tak perasan dia, dia pun tersadung dekat Sarah. Masa Sarah terjatuh tu, aku tengok macam tipu sangat gaya dia terjatuh.

Mikhael bukan marah Sarah sebab Sarah buat dia terjatuh, tapi sebab, lepas Mikhael terjatuh tu, Sarah kononnya risau sangat dekat Mikhael, dia pegang-pegang Mikhael, pegang tangan, bahu, kaki. Mikhael rimas terus dia jerit dekat Sarah.

"Hey, kau ni annoyinglah, berhenti kacau aku boleh? Rimas lah. Pagi tadi kau conteng tulis 'I Love You' besar-besar dekat atas meja aku. Ingat aku tak perasan? Aku ada masa kau conteng meja aku tu. Kau aje tak perasan aku. Kalau pakai pensel biasa tak apalah, ni pakai marker pen permanent. Jenuh aku cari marker pen yang biasa nak padam. Kau ni, tahu tak aku rimas.. Pegang-pegang aku pula.....", punyalah panjang bebel Mikhael sampai yang ini aje aku dapat tangkap.

Pergh, tajam juga lah Mikhael tegur tadi. Tapi memang patut pun Sarah ni kena. Aku dengar tadi pun aku macam terkejut, tak sangka Sarah dah tahap obses dengan Mikhael.

Untuk mengelakkan Sarah tu dari malu lagi aku terpaksa tarik Mikhael punya tali leher dan pergi dari situ sambil cakap "Rileks Mikhael, rileks, ingat harini hari Jumaat, kau kena solat Jumaat pula lepas ni. Tak elok marah-marah". Nasib baik memang setiap hari Mikhael pakai tali leher, kalau tak, dekat mana aku nak tarik dia dari situasi tu pun aku tak tahu.

Mula-mula muka dia macam nak marah aku sebab dia tak habis marah lagi dekat Sarah. Lepas dengar Jumaat terus dia buat muka muncung. Nafas dia kuat aje. Macam kalau dalam kartun, nafas dia tu keluar asap tu.

Mikhael ada minta maaf dekat aku sebab hampir nak marah aku. Dia cakap dia marah sangat sebab Sarah satu, satu lagi sebab pagi tadi tak sempat makan, jadi bila lapar, dia jadi ekstra marah.

Aku kesian dekat Mikhael, dahlah dekat sekolah lama dia, dia pemalu, sekarang sekolah sini, ada orang obses pula dengan dia. Mahu tak terkejut?

Dan untuk Sarah pula, aku antara kesian dengan rasa padan muka dekat dia. Sebab, tadi ada banyak juga orang berhenti jalan untuk tengok apa yang terjadi. Mata dia macam merah. Aku tak tahu kalau dia tengah tahan malu, air mata atau tahan dari marah balik.

Padan muka sebab, aku tak perlu pun beritahu Mikhael pasal perangai Sarah ni. Dia sendiri yang tunjuk perangai dia. Entahlah, aku harap Sarah dah dapat pengajaran dia.

Aku ingat marah Mikhael tu sekejap aje. Rupanya melalut sampai ke malam. Aku tengok dekat twitter tadi, Mikhael update status pasal "seorang junior" ini. Mesti kau dah tahu kan siapa dia, Encik Diari.

Tapi memandangkan esok kami akan keluar bersama esok, dia terus jadi excited. Semua tweet dia untuk aku, Wawa dan Marissa ada senyuman. Smileys kenyit lah, smileys senyum mulut besar.

Aku pun tak sabar nak keluar esok sebab dah lama tak keluar dengan Marissa macam ni. Bila dah ada Wawa dan Mikhael macam ni bertambah meriah pula. The more the merrier lah orang putih kata.

Esok, kami pergi berasingan dan balik sekali dengan Wawa nanti ayah dia tolong hantarkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience