Chapter 17

Romance Completed 21978

Bab 17: Click-click!!

Wahai Encik Diari,

Aku ada soalan ni. Ada orang ajak kau pergi satu tempat. Sampai dekat tempat tu, dia berhenti. Dia cakap, "Ini tempat saya dulu, sekarang pun saya masih di sini." Tiba-tiba darah dia mengalir ke atas, maksud aku, mengalir dari bawah dagu dia, sampailah ke dahi. Tiba-tiba kepala kau terkena percikan darah dari atas. Kau dongak, kau ternampak satu mayat digantung atas bawah.

Seram tak? Itulah mimpi aku malam semalam. Rupanya darah dia mengalir ke atas sebab badan dia digantung terbalik. Hahahha, itulah penangan tengok movie seram dan movie sains fiksyen pada malam yang sama.

Harini aku agak gembira sebab aku dah jumpa penyelesaian masalah aku. Aku dah tahu macam mana nak pakai braces. Aku nak join pertandingan fotografi antara sekolah yang cikgu umumkan pagi tadi dekat perhimpunan, hadiah dia agak lumayan sebenarnya. Duit. Sebenarnya pengetua nak umumkan semalam tapi semalam dia terlupa. Oh, disebabkan itu juga, harini, perhimpunan jadi panjang, terus kelas pertama harini dibatalkan. Hahaha, sebagai seorang pelajar yang biasa, aku mestilah happy. Siapa tak happy bila kelas kena batal, kan?

Jadi sambung cerita fotografi tu tadi, aku ingat sikit aje orang yang masuk. Rupanya banyak. Nasib baik Tingkatan 5 dikecualikan sebab tahun ni diorang akan menduduki peperiksaan besar. Tingkatan 3 boleh masuk, tapi cikgu tak galakkan. Jenuh pula nanti nak kejar silibus kan? Nasib baik Wawa tak sertai pertandingan ni. Tapi yang mengejutkan aku, Mikhael pula masuk!

Ini maknanya Projek Dapatkan Mikhael dah jadi Projek Kalahkan Mikhael. Mikhael dah jadi rival aku sekarang! Tapi tak apa sebenarnya. Serius tak apa. Walaupun ramai orang masuk, aku yakin insya-Allah aku boleh buat. Esok cikgu suruh kami bawa kamera masing-masing untuk tengok betul ke kami layak untuk masuk. Daripada 20 orang yang menyertai pertandingan ni, cikgu akan pilih tiga orang sahaja untuk mewakili sekolah. Cikgu kelab Fotografi, iaitu cikgu Hamdan bagi pengecualian esok untuk bawa kamera, sebab selalunya ahli kelab Fotografi aje yang dibenarkan bawa kamera. Esok dah alang-alang hari Rabu, hari pertama kokurikulum pula, Cikgu Hamdan cakap memang sesuailah buat pusingan kelayakan esok.

Tak apa Encik Diari. Insya-Allah aku boleh buat walaupun ramai anak buah Cikgu Hamdan yang sertai pertandingan ni. Aku boleh dikatakan pandailah juga tangkap gambar walaupun tak profesional, sekurang-kurangnya pandailah aku adjust aperture, shutter, light semua tu.

Rasa macam tak sabar pula esok. Rasa berdebar debar.

Tapikan aku rasa macam lain pula bila Wawa tak sertai pertandingan ni. Selalu kalau aku join mesti dia join sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience