Chapter 15

Romance Completed 21978

Bab 15: Cliche jugak ni..

Wahai Encik Diari,

Harini, kucing yang jilat air lemonade kami tu macam "Hisss" dekat air tu bila kami beri sikit dekat dia. Lepas tu kami rasalah yang ada dalam jag. Masin! Sangat masin. Nasib baik baru bancuh dalam jag. Kalau satu tong bekas tu, rugi. Sangat rugi. Akulah yang bersalah. Aku terletak garam. Yang aku tak fahamnya macam mana ada garam dekat tepi meja tadi.

Tapi ada benda lain yang aku nak beritahu. Mikhael datang. Ingat tak yang Wawa kata dia nak tolong gerai kami? Memang dia tolong. Ramai kawan dia datang nak beli lemonade kami. Nasib baik aku buat dua tong air lemonade tadi. Dan dua-dua tong tu pun habis licin.

Sekarang aku nak beritahu kau Encik diari yang aku ni sekarang ni peminat nombor satu Wawa. PEMINAT NOMBOR SATU.

Lepas tengok banyak orang membeli dengan kami, rasa macam tak patut pula kalau kami menipu sebab utama kami buka gerai ni. Jadi, kami betul-betul fikir yang duit ni lebih baik sumbangkan kepada kebajikan. Walaupun susah nak lepaskan duit ni, sebab lepas kira untung tadi macam terbeliak juga lah. Walaupun jual air aje. Tapi rasa macam tak berkat duit ni. Biarlah betul-betul sampai ke badan kebajikan. Supaya orang yang betul-betul memerlukan yang dapat apa yang diperlukan. Bukannya macam seseorang tu yang cuma mahu pakai braces. Eh?

Tapi aku nak cerita pasal Mikhael kan tadi?

Sebagaimana cliché nya drama romantik yang keluar dekat tv pukul 7 malam, cliché jugaklah apa yang terjadi dekat aku tadi dengan Mikhael. Mikhael dapat lemonade masin. Dia cuba nak jadi baik dengan berkata air tu sedap, tapi mulut dia macam termuncung-muncung macam cuba mengumpulkan air liur supaya dapat buang rasa masin tu.

Mula-mula aku ingat dia macam terpegun nampak aku (eh sempat perasan). Tapi aku nampak muka dia, ekspresinya sama macam muka Marissa masa dia minum lemonade masin tadi.

"Air tu masin eh?", aku tanya.

"Ha'ah. Tapi tak apa memang aku suka air masin masam pun. Unik", sempat lagi nak berbaik hati tu.

Tapi aku tukarkan dengan air lemonade manis. Macam mana dia dapat lemonade masin tu pun aku tak tahu. Mungkin sebab dah kecoh tadi tiba-tiba ramai pelanggan jadi overwhelmed sekejap.

Lepas aje aku minta maaf, dia cakap tak apa. Lepas tu aku cakap yang aku suka dia. Mikhael pun...suka aku rupanya. Aku tak sangka rupanya dia suka aku dari mula.Dan kami berborak lebih lama sampailah kami rasa kami ni soulmate dan patut rancang masa depan bersama. Kami pun berjalan ke arah matahari terbenam, tiba-tiba suasana jadi macam filem hitam-putih. Mikhael menyanyi satu lagu klasik, aku tersenyum-seyum tersipu malu.

Ok sudah la tu menipunya. Sampai part dia cakap "tak apa" tu betul.

Cerita sebenarnya dia berjalan turun bukit sampailah aku tak nampak bayang dia lagi. Mesti Encik Diari terkejutkan, boleh pula babak filem hitam putih tiba-tiba terjadi. Tak apa, menipu aje tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience