BAB 15

Romance Completed 10518

Nurin cuba bangkit dari pembaringannya. Namun tidak berjaya. Tiba-tiba dia merasakan tubuhnya seram sejuk, dunia terasa seperti berputar, peluh dingin mula memercik membasahi tubuhnya. Nafasnya kian sesak. Dadanya terasa sakit yang mencengkam segenap ruang tulang rusuknya. Jantungnya berdegup kencang.

“Umi!!”

Dengan kudrat yang masih bersisa, Nurin cuba memanggil ibunya.

“Ya Allah! Kenapa ni Nurin? Apa dah jadi ni?!”

Puan Maisara, ibu Nurin terus menerpa ke arah Nurin yang sudah kelihatan pucat lesi. Bibirnya kelihatan mula membiru.

“Su…sah..Na..fas..”

Kata Nurin tersekat-sekat. Dia memegang dadanya yang semakin sakit.

“Sabar Nurin. Abang!! Nurin bang…cepat bawak dia ke hospital!”

Teriak Puan Maisara. Encik Hamid, bapa Nurin terus mendapatkan mereka dua beranak.

“Ya Allah…apa yang berlaku ni Sara? Kenapa dengan anak kita?”

Soal Encik Hamid panik.

“Tak tahu abang….Badan dia makin lemah ni abang. Cepatlah abang bawak dia ke hospital..”

Jawab Puan Maisara sambil menangis tersesak-esak. Encik Hamid kelam kabut mendukung Nurin dan terus membawanya ke kereta yang diparkir di luar rumah.

Tubuh Nurin semakin lama semakin lesu. Tangan dan kakinya mula membiru. Jantungnya semakin kuat berdegup. Mata Nurin berpinar-pinar. Nurin memperbanyakkan istighfar di dalam hati.

‘Ya Allah..tolonglah selamatkan aku dengan anak ini…’

Hanya itu yang mampu Nurin berdoa. Dia sanggup mati kerana anak itu kerana anak inilah yang akan menjadi bukti cintanya pada Adam Hariz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience