BAB 10

Romance Completed 10518

“Puan pasti mahu meneruskan kandungan ni?”

Soal Dr.Tan pada Nurin.

“Pasti doktor.Saya tidak sanggup menggugurkan kandungan ni..”

Balas Nurin dalam sebak.

“Tapi puan tahu kan apa risikonya? Puan sekarang menghidap sakit jantung berlubang peringkat severe..jadi kalau kandungan ni diteruskan sampai ke 7-8 bulan, mungkin ia akan membahayakan nyawa puan. Sekarang ni pun puan dah tunjukkan tanda-tanda kegagalan fungsi jantung tapi masih di peringkat awal lagi..”

Terang Dr.Tan dengan panjang lebar.

“Saya faham doktor. Tapi saya tetap mahu meneruskan kandungan ini. Biarlah saya mati, asalkan anak dalam kandungan ni selamat. Saya nak buktikan pada suami saya yang anak ini anak dia. Anak ini tak bersalah..”

Kata Nurin sayu.

Dia sanggup mengambil apa saja risiko asalkan dia dapat mengembalikan kepercayaan Adam pada dirinya.

“Puan sudah bincang sama suami? Mana tahu dia tak setuju?”

Soal Dr.Tan, masih tidak berpuas hati dengan jawapan Nurin.

“Tidak perlu bincang dengan dia. Saya yakin keputusan saya ni betul..”

“Baiklah kalau macam tu..Tapi saya harap puan fikir balik soal risiko-risiko yang saya terangkan tadi. Kalau boleh, saya tak nak apa-apa terjadi sama puan. Kandungan ni benar-benar boleh mengancam nyawa puan…”

Terang Dr.Tan lagi.

“Saya tak kisah doktor…tapi tolonglah selamatkan kandungan saya..Saya benar-benar ingin dia lahir ke dunia ni..Tolonglah saya doktor…”

Rayu Nurin bersungguh-sungguh.

“Saya akan cuba buat yang terbaik. Tapi buat masa sekarang, puan kena tinggal di wad untuk beberapa hari untuk pemeriksaan lanjut. Puan tidak dibenarkan buat kerja-kerja berat atau berjalan jauh…Takut nanti symptom yang puan alami akan jadi makin teruk…”

“Baiklah doktor..”

Balas Nurin sambil tersenyum hambar. Dr.Tan memandangnya dengan penuh rasa simpati. Tidak sanggup pulak melihat pesakitnya bakal menghadapi maut semasa bersalin nanti. Jauh disudut hatinya mengharapkan Puan Nurin dan anaknya dua-dua selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience