BAB 12

Romance Completed 10518

Hari ini Adam keluar membeli-belah bersama Zara. Sudah lama dia tidak keluar bersiar-siar. Baginya, mujurlah ada Zara yang selalu menemaninya dan memulihkan semangatnya yang hilang setelah kecewa dengan Nurin. Baginya Zara adalah pendengar yang paling setia untuk setiap masalah yang dia luahkan. Zara pandai mengambil hatinya. Dia cukup senang bila bersama dengan wanita itu membuatkan dia lupa seketika pada Nurin, wanita yang menjadi musuhnya kini. Benarlah kata mamanya yang Zara merupakan wanita yang lebih baik dari isterinya sendiri walaupun Zara agak bersosial dan seksi. Sekurang-kurangnnya Zara pandai menjaga kehormatannya. Bukan macam Nurin! Sanggup serahkan diri kepada yang bukan hak!

“Adam..you tunggu I sekejap ek. I nak pergi toilet kejap…”

Kata Zara tiba-tiba.

“Okay..tapi jangan lama sangat tau..I tunggu you kat sini okay..”

Balas Adam sambil tersenyum.

“Thanks Adam..tunggu tau..kejap je..”

Kata Zara manja lantas berlalu dari situ meninggalkan Adam bersendirian di situ.

Nurin yang sedang memilih baju bayi di sebuah kedai berdekatan terpana apabila melihat kelibat Adam sedang berdiri di hadapannya. Adam masih tidak perasan akan kehadirannya. Nurin cukup teruja melihat lelaki yang dicintainya kini berada di depan mata. Sungguh dia amat menyintai lelaki itu hingga kini, biar pelbagai tohmahan yang lelaki itu lemparkan padanya. Kesetiaannya pada Adam tidak pernah terhakis walau seberat mana pun badai yang datang. Nurin cuba merapati Adam perlahan-lahan .

“Abang…”

Tegur Nurin.

Adam tersentak apabila melihat Nurin berada disitu. Dengan serta-merta wajahnya berubah riak.

“Nurin? Buat apa kau kat sini?”

Soal Adam kasar. Urat lehernya kelihatan tegang menahan marah. Lebih-lebih lagi apabila melihat perut Nurin yang semakin memboyot membawa kandungan haram.

“Abang…Rin rindu abang…Dah lama kita tak jumpa kan? Abang tak rindu Rin ke?”

Soal Nurin dengan ceria sekadar menutup rasa sebak di hati apabila melihat reaksi Adam.

“Rindu kau? Heh, dalam mimpilah! Aku tak kan rindu dengan perempuan jijik macam kau okay!”

“Abang..tak baik cakap Rin macam tu? Sampai bila abang nak seksa Rin macam ni? Baby kita dah makin besar abang..dia perlukan abang bila dia lahir nanti..”

Balas Nurin dalam sebak.

“Excuse me..baby kita?? Kau dah gila ke? Kau jangan ingat aku nak bertanggungjawab dengan anak haram kau tu! Kalau dia lahir, kaulah yang jaga..jangan nak bebankan aku pulak!”

Kata Adam kasar. Geram melihat wajah Nurin yang langsung tidak ada rasa bersalah dalam dirinya.

“Astaghfirullahalazim abang..mengucap bang..Ini anak abang..Baby kita perlukan abang. Rin tak pasti boleh jaga dia ke tak lepas dia lahir..”

Kata Nurin sayu. Matanya sudah bergenang dengan air mata.

“Kenapa pulak kau tak boleh jaga? Kau nak lari lepas kau lahirkan anak haram ni? Macam tu?”

“Tak abang..sebab Rin akan..”

“Sayang..what are you doing here..penat I cari you tau..”

Kata-kata Nurin terhenti seketika apabila tiba-tiba Zara muncul di situ. Nurin kelihatan sedikit terkejut.

“Sorry, I tak sengaja. Tiba-tiba je I jumpa dengan perempuan ni..”

Balas Adam sinis. Zara memandang Nurin dengan pandangan cukup menyampah.

“Oh I see..apa yang dia nak lagi dari you? Bukan you all dah berpisah ke?”

Soal Zara pada Adam.

“Yes..we all dah berpisah. Tapi sampai sekarang dia tak berhenti nak kacau I. Nak suruh I bertanggungjawab dengan baby haram dia tu..”

Jawab Adam geram. Nurin terkesima. Sebak yang ditahan dari tadi akhirnya terluah juga dengan air mata. Tidak sangka sampai macam tu sekali Adam hina dia.

“Abang…tolonglah jangan hina anak kita macam tu..Kalau pun abang dah ada perempuan lain dan dah tak sayangkan Rin, tolonglah terima dia…Sebab lepas ni, dah tak ada siapa-siapa lagi yang boleh jaga dia melainkan abang…”

Kata Nurin tersekat-sekat. Adam tidak mengerti maksud kata-kata Nurin.

“No! Aku tak kan terima anak tu! Haram aku sentuh dia!”

Adam membentak kasar. Zara tersentak melihat amarah Adam namun jauh di dalam hatinya cukup gembira melihat adegan itu di depan matanya.

“Sampai hati abang cakap macam tu…”

Esakan tangis Nurin semakin kuat.

“Hei perempuan! Kalau dah orang tak suka you..baik you pergi jelah. Kalau you nak tahu Adam dah ada I..tak lama lagi kami nak nikah..So baik you jangan nak ganggu dia lagi!”

Kata Zara dengan penuh bangga. Nurin menggeleng-gelengkan kepala, tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

“Bohong! Abang..cinta abang hanya untuk Rin kan? Abang ingat lagi tak, abang cakap Rin sorang je dalam hati abang..tak ada orang lain dah. Apa yang perempuan ni cakap semuanya tak betul kan abang?”

Soal Nurin bertalu-talu sambil memegang bahu Adam namun lelaki itu lebih pantas menepis.

“Arghh!! Itu dulu..sekarang sikit pun aku tak ada rasa cinta kat kau..tapi aku rasa jijik sangat bila tengok kau. Baik kau berambus dari hidup aku!”

Tengking Adam kuat membuatkan beberapa pengunjung di pusat membeli-belah tersebut terkejut. Senyuman Zara semakin lebar melihat amarah Adam pada isterinya.

“Ya Allah..abang..”

“Dah lah! Jom lah kita pergi dari sini. Tak kuasa aku nak layan perempuan ni!”

Tegas Adam sambil terus menarik tangan Zara untuk pergi dari situ. Nurin terduduk lesu. Air mata semakin lebat membasahi pipinya.

Ya Allah dugaan apakah ini? Terlalu perit dan pahit untu dia telan semuanya. Kenapa sedikitpun tiada rasa belas dalam hati suaminya? Sudahlah dia digantung tak bertali, sekarang ni suaminya sanggup menyeksa jiwa raganya sekejam ini. Dia benar-benar sudah putus harap. Kandungannya yang hampir mencecah 9 bulan itu diusap dengan penuh rasa sayu. Ya Allah..anak ini tidak berdosa, dia anak suamiku..Kau tolonglah lindungi dia. Lembutkanlah hatinya untuk menjaga dan membesarkan anak ini apabila aku sudah tiada di dunia ini. Hanya inilah bukti cintaku pada suamiku, Adam Hariz…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience