BAB 13

Romance Completed 10518

Adam termenung sendirian di jendela. Fikirannya berkecamuk. Entah mengapa dia berasa amat bersalah kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada isterinya beberapa hari yang lepas. Hatinya berbelah bagi, ada rasa benci, sayang, kecewa dan sedih. Dia tidak pasti mampu menerima Nurin kembali dalam hidupnya atau tidak. Semakin dia menafikan perasaan cintanya pada Nurin, semakin perasaan itu membelenggu dirinya.

Pertemuannya dengan Nurin tempoh hari setelah sekian lama tidak menjenguk wanita itu cukup menggetarkan jiwa lelakinya. Jiwanya meronta hebat ingin memeluk wanita itu tapi egonya melebihi segala-galanya. Bayangan perbuatan Nurin masih segar dalam ingatannya. Begitu sukar untuk dia lupakan apa yang sudah Nurin lakukan selama ini. Mahligai bahagia yang dibina lebih 3 tahun akhirnya runtuh disebabkan kecurangan Nurin. Adam cukup kecewa . Kecewa dengan Nurin, kecewa dengan dirinya sendiri kerana tidak mampu menjadi suami yang terbaik untuk Nurin sehingga Nurin sanggup menggadaikan maruahnya untuk lelaki lain.

“Adam..kenapa termenung kat sini ni? Zara dah tunggu kat luar tu..bukan Adam dah janji dengan dia ke mahu keluar?”

Tegur Datin Marina tiba-tiba. Lamunan Adam mati. Dia memandang ibunya dengan pandangan sayu.

“Beritahu Zara, Adam tak sihat. Tak jadi keluar…”

Balas Adam ringkas. Dia kembali melontarkan pandangan ke luar jendela.

“Adam..kenapa ni? Ada masalah ke?”

Soal Datin Marina. Risau pulak melihat keadaan Adam yang tiba-tiba berubah mendung.

“Adam rasa Adam tak jadi nak teruskan perkahwinan dengan Zara..”

“Apa?! Adam jangan main-main dengan mama…”

Hampir saja tersentap jantung Datin Marina mendengar kata-kata Adam.

“Adam tak main-main mama…Cukuplah Adam kecewa dengan Nurin. Adam tak nak kecewa lagi..”

“Ya Allah Adam..kamu jangan nak sakitkan hati mama. Buat apa kamu nak fikir pasal perempuan tu lagi? Zara bukan Nurin..Mama pasti dia boleh bahagiakan kamu…”

Balas Datin Marina. Dia sebolehnya cuba mengawal kemarahannya.

“Macam mana Adam nak bahagia..Adam tak cintakan dia…”

“Cinta boleh dipupuk lepas kahwin Adam…kalau kamu bercinta bagai nak rak pun belum tentu bahagia. Tengok macam apa yang berlaku antara kamu dengan Nurin..kamu kahwin atas dasar cinta kan? Tapi tengok..last..last bercerai jugak..”

“Kami belum bercerai lah mama!”

Adam tiba-tiba meninggikan suara. Datin Marina sedikit tersentak.

“Apa?! Kamu ni kenapa Adam? Kalau nak kahwin dengan Zara, ceraikan la dulu Nurin…Kamu ingat kahwin ni boleh dibuat main-main?”

Datin Marina membentak. Naik hairan dia. Dulu Adam jugak bersetuju apabila dia cadangkan tentang perkahwinannya dengan Zara. Sekarang ni, bila tinggal seminggu je lagi majlis tu akan berlangsung, Adam seperti mahu mengubah fikiran pulak.

“Adam tak sanggup nak ceraikan Nurin. Nurin cinta pertama Adam…Hati Adam cuma ada pada Nurin je mama…”

“Tapi kamu dah lupa ke yang perempuan tu dah kecewakan Adam? Perempuan tu yang cuba cemarkan maruah keluarga kita? Dasar perempuan tak sedar diri!”

“Dah lah tu mama..jangan kusutkan fikiran Adam lagi. Yang pasti, Adam tak nak teruskan perkahwinan dengan Zara!”

Tegas Adam. Sungguh dia sudah fobia dengan perkahwinan. Dia tidak sanggup lagi jika dirinya dikecewakan lagi.

“Hish, mama tak tahu lah nak cakap dengan kamu ni Adam. Malu mama dengan Datin Dalila! Semua dah siap, tinggal tunggu kamu naik pelamin je. Sekarang ni tiba-tiba kamu cakap macam ni! Tak faham betul lah!”Bebel Datin Marina. Dadanya turun naik menahan marah.

“Maafkan Adam mama..tolonglah faham Adam..Adam betul-betul belum bersedia untuk ini…”

“Baiklah..mama tak nak masuk campur. Kamu jumpa lah sendiri Zara dengan mamanya. Explain kat diorang bagus-bagus. Mama malu tahu tak? Malu! Tak sanggup mama nak tebalkan muka cakap yang kamu tak jadi kahwin dengan Zara…”

Kata Datin Marina geram sambil kakinya terus melangkah keluar dari bilik Adam. Dia mengurut dada yang terasa sungguh sesak kini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience