BAB 19

Romance Completed 10518

‘Assalamualaikum suamiku yang tercinta, Adam Hariz…

Rin tahu saat abang baca surat ni mungkin Rin sudah tiada lagi di dunia ini. Tapi Rin harap abang tenang menerima pemergian Rin.

Rin nak abang tahu yang cinta Rin selama ini hanya untuk abang…Abanglah cinta pertama dan terakhir Rin. Rin tahu Rin dah banyak sakitkan hati abang dan buat abang kecewa..tapi percayalah abang..Rin tak pernah buat perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah abang di belakang abang..Rin sentiasa setia dengan abang…Kerana Rin tahu, syurga Rin hanya di bawah telapak kaki abang. Mana mungkin Rin khianati cinta abang pada Rin. Ampunkan Rin atas dosa-dosa Rin pada abang selama ini. Rin tahu Rin bukan isteri yang baik untuk abang tapi Rin sudah cuba yang terbaik untuk membahagiakan hidup abang hingga ke hujung nyawa Rin.

Abang..

Hidup bersama abang merupakan detik yang paling bahagia buat Rin. Melihat senyum abang, tawa abang dan mendengar ayat-ayat cinta abang cukup membuatkan hidup Rin terasa begitu sempurna. Tiada lelaki lain yang bisa menandingi kehebatan cinta abang pada Rin. Hanya abang permata hati Rin.

Abang..

Rin harap abang dapat jaga baby kita dengan baik. Demi Allah, dia anak abang..anak hasil cinta kita yang begitu mekar selama ini. Sudah lama kan kita tunggu kehadiran cahaya mata dalam hidup kita? Jadi, anak ini merupakan bukti cinta Rin pada Abang dan juga merupakan anugerah dari Allah S.W.T. Dia tak berdosa, abang. Walaupun Rin tiada di dunia ini, Rin yakin abang boleh menjaganya dengan baik. Rin yakin abang boleh menjadi seorang bapa yang baik dan penyayang untuk dia. Sekiranya ada yang sudi menjadi ibu kepadanya kelak, Rin redha abang. Yang penting abang bahagia.

Abang..

Janganlah abang bersedih atas pemergian Rin. Anggaplah ini semua takdir Allah. Mungkin sudah ditakdirkan yang hidup Rin sampai di sini saja. Rin sanggup korbankan diri demi menghadiahkan zuriat ini untuk abang. Maafkan Rin kerana merahsiakan tentang sakit Rin selama ini. Rin tak nak abang sedih. Akhir sekali, Rin mintak abang redhakanlah pemergian Rin untuk selama-lamanya..

I’m so sorry but I love you so much my dear Hubby….

Salam sayang dari isterimu

NURIN WARINA…’

Tangisan Adam semakin kuat bergema sebaik sahaja habis membaca warkah kecil yang ditulis oleh Nurin semasa dia masih hidup. Nurin meminta ibunya menyampaikan surat itu padanya setelah anak mereka lahir ke dunia. Dan surat itu telah menimbulkan seribu satu penyesalan dalam diri Adam. Nurin menahan derita dan bertarung dengan maut sendirian demi melahirkan anaknya ke dunia semata-mata untuk mengembalikan cinta Adam padanya.

Kubur Nurin yang masih memerah dihadapannya ditatap lama. Adam mengusap-usap lembut batu nisan yang terpahat nama isterinya di situ. Sesungguhnya pemergian Nurin dirasakan terlalu cepat. Adam sangat terkilan kerana tidak sempat menebus segala kesalahannya pada Nurin. Ya Allah..betapa mulianya dan ikhlasnya Nurin mencintai dirinya. Mengapalah selama ini dia buta menilai kesetiaann dan cinta Nurin padanya. Dia terlalu percayakan tipu daya dunia yang penuh dengan dusta. Namun, sudah terlambat untuk dia menyesal kerana Nurin sudah pun selamat menghadap Ilahi. Mungkin takdir Allah yang menentukan hidupnya dengan Nurin sampai di sini saja. Dengan rasa yang sungguh berat, dia relakan pemergian Nurin untuk selama-lamanya. Dia tidak mampu melawan takdir Allah.

“Adam..”

Tegur Datin Marina lantas mematikan lamunannya. Adam memandang wajah ibunya sayu.

“Ye mama..”

“Maafkan mama ye…Mama dah banyak buat silap pada Adam dengan Nurin. Nurin memang menantu mama yang terbaik Adam…”

Kata Datin Marina sebak. Baru kini dia sedar bahawa Nurin merupakan wanita yang paling mulia pernah dia jumpa. Dia sungguh menyesal kerana dia sering menyakiti hati menantunya itu semasa arwah masih hidup.

“It’s okay mama…”

“Mama betul-betul bersalah dengan Nurin..mama dah tuduh dia macam-macam. Mama jahatkan Adam? Mama tak pernah layan dia dengan baik sebagai menantu mama…”

“Mama..dah lah tu..Benda yang dah lepas biarlah lepas..Tak baik kita meratap di hadapan kubur orang yang sudah tiada… Lebih baik kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada Nurin..”

Balas Adam cuba berlagak tenang..

“Maafkan mama ye Adam..”

“Ye mama..Adam dah lama maafkan mama…”

Jawab Adam lesu. Datin Marina terus memaut bahu anaknya itu. Air mata membasahi pipinya. Sungguh dia menyesal kerana selalu menyakiti hati arwah Nurin selama ini. Kalaulah dia diberi peluang ke dua, dia pasti akan menjadikan arwah menantunya yang paling bahagia dalam keluarganya namun segalanya sudah terlambat. Hanya doa saja yang mampu dihulurkan pada arwah Nurin saat ini.

Al-Fatihah buat arwah Nurin….Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan semoga dia ditempatkan di dalam syurga Firdausi di akhirat kelak…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience