BAB 11

Romance Completed 10518

“Adam..kenapa papa tengok Adam semakin tak fokus dengan kerja ni? Sejak akhir-akhir ini kita banyak hilang projek sebab Adam tak pergi mesyuarat dengan kita punya partner. Kenapa ni Adam? Any problem?”

Soal Datuk Yazid pada Adam yang sedang bersantai di laman rumah banglo mewahnya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Adam kerana dia sibuk dengan urusan syarikatnya di Australia.

“Erm..entahlah papa. Adam tak ada mood..”

Jawab Adam ringkas.

“Why Adam? Fikirkan pasal Nurin ye?”

Soal Datuk Yazid sekadar menduga.

“Tak lah..tak guna nak fikirkan pasal perempuan yang dah musnahkan cinta Adam pada dia..”

Adam cuba berbohong menutup rasa gusar di hatinya.

“Adam jangan tipu papa boleh tak? Papa kenal Adam dari kecil lagi, papa tahu Adam rindukan Nurin kan?”

“Kalau rindu pun tak guna jugak papa..Nurin dah curang dengan Adam. Adam rasa sakit sangat papa..tak pernah Adam rasa sakit macam ni…”

Balas Adam sayu. Walaupun sudah lebih 5 bulan peristiwa itu berlaku tapi Adam masih tidak dapat melupakan apa yang terjadi. Mesej dan panggilan daripada Nurin langsung dia tidak layan. Dia benci wanita itu tapi tidak pula dia sanggup menceraikannya. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sendiri.

“Ye..papa ada dengar jugak cerita pasal Nurin. Tapi Adam yakin ke dengan apa yang Adam dengar dan lihat? Mana tahu Nurin cuma teraniaya…”

Kata Datuk Yazid.

“Teraniaya apa papa? Adam sendiri tengok dia buat maksiat depan Adam..macam tu papa cakap Adam tak boleh percaya?!”

Soal Adam sedikit kasar. Datuk Yazid mengeluh halus.

“Tapi tak tahu kenapa, hati papa ni susah betul mahu percaya. Ye lah, Nurin tu kan budak baik, sopan, tak suka bersosial, jaga solat. Tak kan lah dia sanggup buat macam tu..”

“Itu lah masalahnya papa…Adam pun susah mahu percaya pasal ni..Tapi tak semestinya orang nampak baik tak boleh buat benda terkutuk macam tu…”

“Tapi Adam..kalau benda tu tak betul macam mana? Itu fitnah namanya..Hukum fitnah berdosa besar tau…”

“Dahlah tu papa…Adam malas nak cerita pasal perempuan tu. Buat sakit hati je..”

“Papa pun tak tahulah nak cakap apa lagi..Tapi papa harap Adam siasat balik benda ni betul ke tak. Mana tahu ada orang yang nak aniaya Adam…”

Pujuk Datuk Yazid lagi. Dia yakin, menantunya tidak akan buat perkara terkutuk seperti itu.

“Nak siasat apa lagi papa? Tak guna dah..the truth is still the truth..Adam sumpah, sampai matipun Adam tak kan percayakan perempuan tu..Sumpah!”

Tegas Adam. Panas hatinya bila mendengar papanya membela Nurin.

“Adam..tak baik bersumpah macam tu. Nanti sumpah makan diri, susah pulak…”

Tegur Datuk Yazid.

“Apa-apa je lah papa..”

Jawab Adam malas. Dia merengus geram. Hatinya tidak pernah tenang semenjak dia meninggalkan Nurin. Dia langsung tidak mahu mengambil tahu soal perempuan itu. Persetankan semua itu. Yang pasti sampai bila-bila pun dia tak kan maafkan Nurin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience