BAB 8

Romance Completed 10518

“Abang…dengar dulu penjelasan Rin!”

Kata Nurin. Kakinya laju melangkah untuk mengejar Adam. Sedikitpun Adam tidak mahu memandang wajahnya.

“Penjelasan apa lagi hah? It’s already clear! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari kau!”

Tengking Adam kuat. Sungguh saat ini dia teramat benci pada wanita di hadapannya kini.

“Semua tu salah faham abang..Rin langsung tak tahu apa-apa..Rin tak tahu macam mana lelaki tu boleh ada kat situ. Tolonglah percaya pada Rin abang…”

Nurin masih terus merayu. Air matanya lebat membasahi pipinya namun sedikitpun tidak mengendurkan amarah Adam.

“Kau nak aku percaya kau? Macam mana aku nak percaya? Terang-terang kau buat benda terkutuk tu depan aku..sampai mati pun aku tak kan percaya kau!”

Balas Adam geram. Kekecewaannya semakin hari semakin parah. Mana mungkin dia maafkan wanita yang sanggup khianati kesetiaan cintanya.

“Abang..Rin merayu sangat-sangat. Percayalah..Rin teraniaya..Sumpah..demi Allah, Rin tak buat benda-benda tak senonoh tu belakang abang..”

“Sudah! Tak payah kau nak guna nama Allah kat sini. Kau nak kena laknat ke sebab menipu? Kau ingat kau boleh terlepas dari hukum Allah?”

“Abang..Rin..”

“Stop it! Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Cukuplah hubungan kita setakat ni saja..”

“Abang..tolonglah jangan ceraikan Rin…Rin merayu sangat-sangat..”

“Aku..arghh!!”

Kata-kata Adam seperti tersekat di kerongkong. Demi Tuhan, dia tidak sanggup melafazkan talak itu pada Nurin. Dia cuba menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba berfikir secara rasional. Dia tidak mahu membuat keputusan terburu-buru. Melihat wajah Nurin di hadapannya yang penuh sayu, tiba-tiba terdetik rasa kesian dalam hatinya. Namun egonya melampaui segalanya. Dia tidak akan mudah mengalah dengan pujuk rayu Nurin. Dia tak nak terpedaya lagi!

“Mulai hari ini, aku tak nak tengok muka kau lagi! Cukuplah apa kau dah buat pada aku! Kau balik lah…jangan kau muncul lagi kat sini!”

Kata Adam penuh dengan rasa marah. Nurin terkesima. Tidak sangka sampai macam tu sekali suaminya salah sangka terhadapnya.

“Tapi abang..Nurin rindu abang sangat-sangat…Kalau abang nak tahu, Nurin dah mengandung anak abang…masuk 3 bulan dah…”

Nurin masih belum puas memujuk Adam.

“Apa?! Kau mengandung?! Astaghfirullahalazim..berani kau mengaku tu anak aku? Kau cakap dengan aku..tu anak kau dengan jantan tu kan?!”

Panas hati Adam semakin membara. Sungguh berita yang baru didengarnya seperti menyiram minyak ke atas api yang membara. Hatinya bertambah pedih.

“Ya Allah abang! Apa abang merepek ni..ini anak abang lah? Dah lama kan kita tunggu mahu anak…Alhamdulillah abang..Allah bagi kita rezeki ini..untuk kita…”

“Bohong! Kau jangan harap aku nak percaya! Oh, jadi selama ini kau buat hubungan dengan lelaki lain sebab nak dapatkan anak la ye..bila dah dapat anak, kau mengaku tu anak aku. Kau ni jijik lah!”

Panggg!!!!

Satu tamparan hebat hinggap di pipi Adam. Adam terdiam seribu bahasa. Tidak sangka Nurin akan menamparnya.

“Cukup abang! Cukup lah abang tuduh Rin macam-macam. Tapi tolong jangan hina anak kita. Kalau abang tak nak terima Rin tak apa..tapi tolong terima anak ini!”

Nurin menekankan kata-katanya. Ternyata kata-kata Adam cukup mengguris hatinya.

“What so ever!”

Teriak Adam lantas terus berlalu ke arah keretanya yang di parkir di luar pejabatnya tanpa menghiraukan Nurin yang berdiri di situ. Hatinya terasa seperti disiat-siat. Tiada sekelumit pun kepercayaannya pada Nurin. Kehadiran makhluk bernyawa di dalam rahim Nurin menambahkan lagi rasa geram dan benci terhadap wanita itu. Adam menumbuk stereng keretanya beberapa kali. Melepaskan geram yang sudah lama terbuku di hati.

“Ya Allah..kau tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah..kau selamatkanlah daku dan anak ini daripada fitnah dunia..Kau buka kanlah pintu hati suamiku untuk mempercayai dan menyintaiku lagi seperti dulu..Aku berserah kepadaMu Ya Allah..”

Nurin berdoa dalam nada sebak. Air mata yang membasahi pipinya dikesat perlahan-lahan. Terasa dirinya cukup hina pada pandangan Adam. Suaminya yang dulu begitu penyayang dan mencintainya sepenuh hati kini berubah menjadi seorang yang bengis dan tidak berhati perut. Ternyata dia begitu lemah untuk menghadapi semua ujian ini. Hanya anak di dalam rahim inilah yang menjadi penguat semangatnnya untuk terus menegakkan kebenaran dan memulihkan hubungannya dengan Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience