BAB 7

Romance Completed 10518

Adam merenung kosong kolam ikan di hadapan rumah banglo mewah milik ibu bapanya. Sudah seminggu dia tidak pergi ke pejabat. Dan sudah seminggu juga dia tidak menjenguk Nurin di rumah banglo mereka. Hatinya masih benar-benar rasa sakit dengan apa yang Nurin dah buat. Langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya..isterinya yang ditatang bagai minyak yang penuh boleh curang terhadapnya. Apa kurangnya kasih sayang yang dia curahkan?

Apa yang isterinya mahukan dia mesti tunaikan selama ini. Kenapa Nurin sanggup buat dia macam ni? Fikiran Adam semakin serabut. Fikirannya kusut. Terasa ujian ni teramat berat untuk dia terima.

“Adam…”

Tegur Zara tiba-tiba mematikan lamunannya.

“Hurmm buat apa you kat rumah I?”

Soal Adam tanpa sedikitpun memandang wanita itu.

“Adam..I risaukan you..Mama you cakap dah seminggu you tak datang kerja, tak nak makan, tak nak bercakap. You masih sedih ke?”

Soal Zara lembut. Dia terus melabuhkan punggung di bangku di hadapan Adam. Dia memerhatikan lelaki itu dalam diam. Wajahnya kusam tidak seperti selalu.

“You tak perlu risau apa-apa…I’m okay..”

Balas Adam lemah.

“Apa yang okay. Look at your face now..muka you kusam sangat…Dah lah tu Adam..tak perlu la you seksa diri you macam ni sebab perempuan tu..”

Pujuk Zara sambil memegang lembut tangan Adam. Adam memandangnya kosong.

“Kenapa dia buat I macam ni ye? Apa salah I? I cintakan dia sepenuh hati I tapi sanggup dia tikam I dari belakang…”

Kata Adam sayu. Zara membetulkan duduk. Dia yakin saat ini dia boleh memancing perhatian Adam terhadapnya.

“You tak salah apa-apa Adam..dia yang tak reti nak menghargai cinta you. Dah lah tu Adam..tak perlulah you bebankan diri you fikir pasal isteri you…You ada hak untuk happy..Ramai lagi yang sayang dengan you…bukan isteri you je…”

“Tapi I tak boleh hidup tanpa dia.. I cintakan dia sangat-sangat..”

Kata Adam bertambah sayu. Zara mengeluh kasar. Dia cuba berlagak tenang. Sungguh dia tak suka bila Adam menyebut soal perempuan itu.

“Adam..try you bukak mata you..tengok sekeliling. Ada orang yang sedang menanti cinta you. Ada lagi wanita yang boleh mencintai you lebih dari segala-galanya…”

“Siapa? Boleh ke dia mencintai I macam I cintakan Nurin?”

“Yup..of course..Malah orang tu boleh jaga you sampai hujung nyawa dia…”

“Do you mean yourself?”

Soal Adam menduga.

“Yes..”

Balas Zara sambil tersenyum. Adam tersenyum hambar.

“But, I’m so sorry I tak boleh cintakan you macam dulu. Cukuplah cinta I pada Nurin..”

“Tapi dia dah khianati you! Dia khianati cinta you! Tak kan you masih boleh terima dia dalam keadaan macam ni?!”

Soal Zara kasar. Ternyata dia sangat cemburukan Nurin. Ternyata cinta Adam pada Nurin tak pernah padam.

“Dah la tu..Zara..dah lah cakap pasal dia! I dah cukup serabut dah sekarang..”

Kata Adam sebak. Matanya berkaca menahan sebak. Semakin dia fikirkan pasal perkahwinannya dan cintanya pada Nurin yang sudah dikhianati, semakin hatinya terasa sakit.

“Okay..I tak nak you sedih-sedih macam ni. I dengan mama you kan ada..boleh temankan you kat sini ermm…We all sayangkan you..”

Pujuk Zara lagi. Adam diam. Malas mahu menjawab apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience