BAB 3

Romance Completed 10518

Adam merenung kosong komputer di hadapannya. Fikirannya berkecamuk. Kata-kata mamanya semalam cukup mengguris hatinya. Kenapalah mama nya susah sangat menerima Nurin sebagai menantu sulungnya? Hatinya sungguh tidak berasa senang. Dia amat memerlukan restu kedua ibu bapanya untuk meneruskan rumahtangganya bersama Nurin. Ya Allah, apa aku perlu buat sekarang? Engkau berilah petunjuk kepadaku. Engkau lembutkanlah hati ibuku untuk menerima Nurin dalam hidupnya. Engkau kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh supaya dapat membuka mata mama bahawa Nurin tidak mandul seperti yang dia sangkakan. Adam berdoa di dalam hati. Wajahnya diraup beberapa kali.

“Hai Adam…Are you okay? I nampak you macam ada masalah je…”

Tiba-tiba Zara muncul dalam ruang bilik pejabatnya. Adam membuang pandang. Sungguh dia tak suka Zara . Gedik dan seksi!

“Hurmm tak ada apa-apa…you kenapa tiba-tiba datang sini? Tak buat appointment pun..”

Kata Adam sinis. Dia buat-buat sibuk menaip sesuatu di dalam komputer.

“Ala..tak kan I datang melawat you pun tak boleh. Kita kan kawan…tak kan lah kena ada appointment jugak…”

Jawab Zara dengan suara yang cukup menggoda. Zara perlahan-lahan merapatkan dirinya dengan Adam. Adam cuba mengelak.

“It’s not the right time to come here okay..I busy…I rasa better you balik je lah..”

Balas Adam geram.

“Adam…sampai hati you halau I. I datang ni pun sebab I rindu sangat dengan you…I miss you so much baby…”

Kata Zara manja. Dia cuba mengusap lembut wajah Adam namun Adam lebih pantas menepis. Lelaki itu terus berdiri menjauhi Zara. Tidak sanggup bersentuhan dengan perempuan yang tak tahu malu itu.

“Zara..apa tujuan you datang sini? I tak ada apa-apa urusan dengan you…So, please keluar sekarang!”

Marah Adam. Zara sedikit tersentak.

“Why Adam? Dulu bila I datang melawat you, you tak pernah nak halau I? Salah ke kalau I rindukan buah hati I?”

Zara sedikit menggertak. Wajahnya masam mencuka apabila godaannya tidak berjaya.

“Tapi itu dulu! Sekarang I dah ada isteri..so please don’t disturb me anymore!”

Adam turut membentak.

“But, I still love you! I tak kan berhenti cintakan you sampai mati..tak kisah lah you dah ada isteri ke tak!”

“Zara..please lah! You cantik..ramai lagi lelaki lain yang boleh you jadikan boyfriend atau suami.But not me okay!”Balas Adam geram.

“But I just want you!”

“Zara..listen to me! I’m someone husband now! Cinta I just untuk my wife…Tolonglah faham!”

“Owh really? Kalau you cintakan dia..kenapa sampai sekarang tak dapat anak? Kalau you all betul-betul in love, by right sekarang you dah ada 2-3 orang anak dah…What’s so ridiculous!”

Kata Zara sinis.

“Zara..stop it! That’s not your bussines!”

“Ok fine! Tapi you kena ingat…I akan pastikan one day you akan mengalah dengan I…One day you akan melutut untuk bersama dengan I!”

Zara bersumpah lantas meninggalkan Adam yang sedang keberangan.

Adam mengeluh berat. File di atas mejanya dicampak kasar ke lantai. Geram! Dia benar-benar tidak faham dengan Zara ni. Zara tidak pernah berhenti mengganggu hidupnya semenjak dia berkahwin. Sungguh wanita itu memang jenis yang tak tahu malu, makin dia tak layan, makin wanita itu mengejarnya. Dia sendiri tidak tahu mahu berbuat apa lagi. Mujur saja, Nurin tidak tahu soal ini. Kalau tidak, sudah pasti isterinya kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience